Bab 3

3.4K 170 3
                                        

FALIQ ARSHAD memandang mama dan papanya. Badan ditegakkan. Terasa keras pula punggungnya terlalu lama duduk dalam posisi yang sama.

"Ada apa papa nak cakap tadi?" soal Faliq yang lama mendiamkan diri.

"Macam ni,mama dengan papa ingat nak ambik anak angkat." ujar Dato'Rizal tanpa berdalih.

Faliq berkerut.

"Nak buat apa ambik anak angkat?" Apa aku ni tak cukup baik ke? Fikirnya sendiri.

"Pagi tadi,kawan baik papa dengan mama baru meninggal dunia. Dia ada anak dua orang. Dua-dua perempuan. Seorang masih belajar di UniKL. Seorang lagi pekerja baru kat syarikat Faliq. Yang papa kata nama dia Mina tu. Ingat tak?"

"Mama kesian kat dia orang. Sebab itu mama nak ambik dia jadi anak angkat. Boleh?" soal Datin Ruziah. Dia tahu anaknya itu seorang yang baik.

Faliq berfikir seketika.

'Pekerja baru?'

"Ikut suka mama papa lah. Faliq tak kisah. Lagipun niat mama papa nak membantu kan? Takpelah." Faliq bersetuju.

'Lagipun mama dengan papa nak tolong dia. Takpelah. Lagipun,rumah ni besar.' getus hati Faliq.

Dato'Rizal dan Datin Ruziah tersenyum. Dalam kepala mereka dah merancang pelbagai perkara.

NAJMINA JANNAH dan adiknya melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Mereka berdua tergamam.

"Masuklah,Mina,Rina. Jangan malu-malu." kata Datin Ruziah dengan senyuman.

"Beg-beg biar Pak Mat yang angkat." kata Dato'Rizal.

Mina Dan Rina tersenyum.

Semalam,Dato'Rizal dan Datin Ruziah datang ke rumah mereka. Katanya nak ajak mereka berdua tinggal di situ. Puas mereka menolak sebab taknak menyusahkan. Tetapi akhirnya setelah lama dipaksa,Mina dan Dina bersetuju dan di sini mereka.

"Mak Jah. Mana Faliq?" soal Datin Ruziah pada Mak Jah.

Faliq yang mendengar namanya diseru pantas turun dari tangga.

"Ye ma. Faliq nak keluar ni. Ada hal kat office." Faliq berkata sambil mendekati mereka yang ada di ruang tamu.

Matanya tertancap pada seseorang. Fikiran melayang memikirkan sesoarang. Perempuan pendek!

Mata Mina membutang.

'Ni bukan mamat poyo tu ke? Sekejap. Kalau dia anak Dato'Rizal,maksudnya dialah boss aku?! Oh tidak!!'

Mina menunduk. Mukanya cuba ditutup dengan rambutnya yang panjang dan dibiar lepas.

Faliq mendekati Mina. Rina memandang wajah Faliq dan kakaknya berkali-kali.

Sekarang Faliq betul-betul ada kat depan Mina. Mina terdiam. Jantungnya cuba mengepam darah dengan stabil.

"Ma,pa. Ni ke pekerja baru Faliq tu?" Faliq menunjukkan ke arah Mina.

Mina menelan air liurnya.

"Ha'ah. Ni lah Mina." kata Dato'Rizal.

Rina menyenggol lengan kakaknya.

"Angkat mukalah kak." bisik Rini pada akaknya.

Perlahan-lahan Mina mengangkat mukanya dan berpandangan dengan Faliq.

Faliq terkejut. Tak lama selepas itu dia tersenyum sinis.

"Nama saya Najmina Jannah." kata Mina dengan tidak sengaja dia menyelak rambutnya sehingga menampakkan parut lamanya.

Janji Bahagia (✔) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang