NADEERA LATIF merenung jam di dinding rumahnya. Dia sedang menonton drama korea di kaca tv nya.
"Adik" panggil emak Deera,Puan Rohaya dari dapur rumah.
"Ya,mak?" sahut Deera.
"Lambat lagi ke boss kamu tu nak sampai?" soal Puan Rohaya dan menghampiri anak bongsunya.
"Kalau tak silap,sekejap lagi dia sampai." balas Deera.
Puan Rohaya mengangguk dan bergerak ke dalam biliknya.
"Woi,kau nak date ke dik?" soal Nazhan yang merupakan abang kepada Deera. Tak tahulah muncul dari mana. Well,Deera ada 2 adik beradik je. Dia dan abang dia,Nazhan si pengganggu ketenteraman.
"Mana adalah. Orang nak keluar je." balas Deera. Matanya masih melekat di kaca tv itu.
Nazhan mengambil tempat di sofa single sebelah sofa Deera. Nazhan membuat muka tak percaya.
"Yalah tu keluar je. Yelah,kita kena mula dari keluar,lepastu kawan. Dan kemudiannya....KAHWIN!" Nazhan mengusik adiknya.
Deera memandang abangnya tajam. Kalau tak cari masalah dengan aku memang tak sah!
"Abang ni mengarut tau. Orang pekerja dia. Dia tu CEO tau.C.E.O . Takkan lah dia nak kat orang yang serba kekurangan ni."
Kening Nazhan terangkat. Senyuman sinis terukir.
"Maksudnya,kau sukalah kat boss kau tu? Wahhh! Adik aku dah majulah. Ni kena kecoh ni." pantas Nazhan bangun dan berlari ke arah bilik emak dan ayahnya.
Deera membulatkan matanya. Pantas dikejar langkah Nazhan yang laju tu.
"Mana ada lah. Orang tak kata apa-apa pun. Abang!!"
Langkah Nazhan dan Deera terhenti apabila mendengar ketukan dan pintu diselangi dengan salam.
Nazhan memandang Deera yang pendek sedikit darinya.
"Tu,crush kau dah datang." usik si Nazhan.
Deera menunjukkan penumbuknya. Kakinya melangkah ke arah pintu utama.
Wajah Raja Adrian dengan senyuman dipandang.
"Waalaikumussalam." jawab Deera. Senyumannya turut terukir dibibir. Tergedik pula senyum tu.
"Maaf lambat. Tadi saya ada hal sikit." kata Raja Adrian.
Deera mengangguk faham.
"Awak dah siap?" soal Raja Adrian.
Deera mengangguk. Dia menunjukkan tiga jari hujungnya sebagai tanda ya pada Adrian.
Tanpa disedari Deera dan Adrian,Nazhan senyap-senyap mendekati mereka dan...
"Baaa!"
Krik,krik..Krik,krik.
Nazhan termalu sendiri apabila sergahannya menjadi hambar.
"Abang ingat lawak ke?"soal Deera.
Nazhan tersenyum.
"Asal Deera tak terkejut. Deerakan orang banyak melatah."
Raja Adrian yang sedari tadi memerhati wajah Nazhan tiba-tiba dia teringat sesuatu.
"Nazhan?"
Nazhan memandang Raja Adrian. Kemudian dahinya berkerut. Cuba mengecam wajah lelaki yang teringin jadi adik ipar dia.
"Adrian?"
Dan kemudian mereka berdua tersenyum mesra.
"Yow..Lama tak jumpa. What's up der?." Raja Adrian dan Nazhan membuat 'brother hug'. Dan kemudian handshake mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Janji Bahagia (✔)
RandomNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...