Bab 30

3K 136 4
                                    

NAJMINA JANNAH terduduk di kerusi pantry. Mindanya ligat mengingati kata-kata Faliq sebentar tadi. Mata dipejam rapat.

"Okey fine! Aku cintakan dia! Aku cintakan Mina! Aku sayangkan isteri aku! Puas hati kau?"

Ya Allah,malunya..Mina menggeleng. Menyesal pula pergi pejabat Faliq tadi.

Sekarang dia nak buat apa? Dia sudah tahu perasaan Faliq. Dan dia pun punya perasaan yang sama. Tetapi...betulkah? Ataupun Faliq hanya kata disebabkan desakan Adrian. Entahlah.

Mina tersenyum sendiri. Andai sahaja pengakuan Faliq tadi itu ikhlas,dia adalah manusia yang paling bahagia.

"Tersenyum ingatkan I ke?" satu suara menegur.

Mina pantas membuka matanya. Kelihatan Razif duduk begitu hampir dengannya. Mina berdiri menjauhkan dirinya.

Tanpa menghiraukan Razif,Mina pergi ke arah kabinet yang menyimpan cawan-cawan pekerja. Satu cawan miliknya dikeluarkan. Dia berniat mahu membancuh air Nescafe.

"Kau dah sombong sekarang." Razif mendekati Mina. Shawl Mina diusap lembut. Mina menjauhkan dirinya. Bahaya.

"Mina...Aku minta maaf. Kita mula semula. I tahu I salah sebab curang,tapi I tak sengaja. Aku sayang kau,Mina."

Mina memandang Razif tak percaya. Dah kenapa dia ni? Gila ke?

"Mina..Aku.." pergelangan tangan Mina cuba dicapainya.
Mina mengelak.

"Aku..Sayang kau." tangan Mina hampir digenggam tapi gagal kerana Mina lebih pantas mengelak.

Bahaya kalau dia seorang diri di pantry. Razif dah berubah,bukan macam dulu.

"Razif. Jangan dekat! Kau ni gila ke?kau tak sedar ke salah mencintai isteri orang?!" Mina menahan geram.

"Mina..Aku --"

"Mina." seruan seseorang membuatkan kedua mereka berpaling.

Mina terkejut tapi perlahan-lahan senyuman terukir. Dia menapak ke arah Faliq.

Faliq memandang Razif lama. Kalau ikutkan hati,sudah ditumbuknya Razif bagi sedar diri.

"Kau kacau isteri aku?" soal Faliq sarkastik.

Razif terdiam. Tak akanlah nak lawan bos pulak kan? Dia tak mahu dibuang kerja.

Faliq bengang apabila soalannya diabaikan. Senyuman sinis muncul di bibir merahnya.

Tangannya pantas menarik kepala Mina dan tanpa Mina dapat memproses apa-apa,dia sudah berada di dalam dakapan Faliq. Spontan tangan Mina melingkar di pinggang Faliq.

Kepalanya melekap di bahu Faliq. Pinggang Mina dipeluk. Mina tersentak. Dia terkaku tidak bergerak. Perasaan terkejut,malu dan tidak sangka bergabung.

"You know what? You'll never get this hug. It's only for me. Limited edision. Cause what? She's mine,bro." Faliq berkata sinis. Dapat dilihat wajah serius Faliq.

Wajah Razif bertukar kelat. Dengan itu,dia terus berlalu pergi. Panas hatinya melihat adegan lelaki itu. Ya,dia sedar dia takkan dapat pelukan itu,tapi walau macam mana pun,Mina tu akan jadi milik dia.

Setelah itu,Mina terus melonggarkan pelukannya. Segan sungguh dia. Sudahlah di hadapan Razif. Nasib baik takde staff lain yang lalu.

Tapi dia bersyukur Faliq ada menyelamatkannya. Thank you,my hero!

"Ermm...Terima kasih selamatkan saya tadi." ucap Mina. Pipinya memerah mengingatkan hal tadi. Sudahlah hal di pejabat Faliq tadi masih belum selesai.

Janji Bahagia (✔) Where stories live. Discover now