DATIN RUZIAH melangkah masuk ke dalam sebuah butik pengantin yang agak terkenal. Wajah seseorang dicari.
Najmina Jannah memerhati segenap ruang butik tersebut. Nampak mewah. Elegant dan moden. Cantik!
Sedang dia leka memerhati,tangannya ditarik oleh Datin Ruziah. Mina tersedar.
"This is my daughter-in-law Nur Najmina Jannah." ujar Datin Ruziah pada kawannya,Datin Sharifah.
"Assalamualaikum,datin. Saya Najmina Jannah. Panggil Mina je.
"Waalaikumussalam. Apa pulak datin. Just call me auntie."
Datin Sharifah tersenyum memandang Mina.
"She's beautiful. Pandai Ruz pilih menantu ya." puji Datin Sharifah ikhlas. Walaupun,Mina tidaklah bertudung tetapi dia berpakaian sopan dan lembut bertutur.
Mina tersenyum malu.
'Terima kasihlah auntie sebab puji. Bukan selalu kena puji ni.'
"Mari kita tengok baju pengantin." ajak Datin Sharifah.
Najmina Jannah dan Datin Ruziah mengikut langkah kaki Datin Sharifah menuju ke sebuah tempat.
__________________________QAMARINA HAURA melangkah masuk ke dalam dewan setelah seminggu menghilangkan diri. Sebenarnya berat hati Rina untuk kembali di situ tapi disebabkan menjaga reputasi Dato'Rizal dan Datin Ruziah,dia datang juga ke UniKL itu.
Semua mata memandangnya. Naik segan Rina dibuatnya. Manusia yang paling asyik memerhati Rina adalah Raja Aaron. Rina sedar akan itu. Hatinya cuba menahan sebak. Sakit hati masih berbekas.
Rina melangkah mendekati kawan-kawanya,Fiza dan Tya. Mereka berdua tersenyum melihat Rina.
Rina mengambil tempat duduk di tepi Tya.
"Wey,lama kau tak datang." tegur Fiza. Rina hanya tersenyum nipis.
Raja Aaron asyik memandang wajah yang dirinduinya. Rindu? Sememangnya dia rindu. Semenjak pertemuan pertama lagi dia ada hati pada Rina tapi disebabkan ego. Dia menidakkan perasaannya.
Rina menoleh memandang Raja Aaron. Sebenarnya nak usya jer tetapi tidak disangka Raja Aaron pun sedang memandangnya.
Pantas Rina mengalihkan pandangan. Mukanya memerah. Kantoilah pulak!
Tak lama lepastu,Prof Shima melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Semua pelajar menumpukan perhatian mereka.
__________________________QAMARINA HAURA melangkah keluar dari dewan kuliah bersama Fiza dan Tya.
"Kita nak pergi mana lepas ni?" soal Fiza.
Rina menjeling jam tangannya sekilas. Dia berfikir sebentar. Lepas ni,mereka bertiga tiada apa-apa kelas. Baik pergi cafe. Lagipun tengah lapar. Fikir Rina.
"Jomlah kita pergi cafe. Lagi pun kita takde apa-apa kelas pun lepas ni." ajak Rina. Dia memandang 2 sahabatnya yang dari tadi mendiamkan diri.
"Ermm.. Kita orang okey tapi aku rasa kau mungkin tak okey." ucap Tya. Mata Fiza dan Tya asyik merenung sesuatu.
"Asal pulak aku tak okey?" soal Rina hairan.
'Apalah yang diorang 2 ni seronok sangat pandang kat belakang aku? Ada apa ke? Ke ada sesiapa?
Jap-jap. Jangan-jangan.....'
"Ehem!" deheman seseorang membuatkan Rina terkaku. Perlahan-lahan badannya memusing memandang belakang.

YOU ARE READING
Janji Bahagia (✔)
AléatoireNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...