SENYUMAN LEBAR menunjukkan betapa gembiranya Najmina Jannah apabila kakinya menjejak tanah Jepun ini.
Dia memandang Faliq Arshad yang masih sibuk membawa barang-barang mereka. Mina mengambil satu beg dari tangan Faliq.
"Biar saya tolong." Faliq mengangguk.
"Jap,aku nak call someone."
Faliq mendail nombor seseorang di telefonnya. Telefon itu dilekapkan ke telinga kanan. Mina disebelahnya hanya memerhati.
"Kon'nichiwa,Ho Yee. This is Faliq. Faliq Arshad."
"...."
"Yes,I have arrived."
"...."
"Alright. Arigato,Ho Yee."
Mina memandang Faliq lama. Faliq yang perasan akan itu,mengangkat sebelah keningnya.
"Siapa Ho Yee?" soal Mina.
"Kawan aku." balasnya ringkas.
Mina mengecilkan matanya. Rasa musykil pula. Kepala digeleng,fikiran negatif tadi dibuang daripada kepala.
Beberapa minit kemudian,sebuah kereta Limo hitam berhenti di hadapan mereka.
Keluar seorang wanita yang umurnya lebih kurang sebaya Faliq.
"Kon'nichiwa,Faliq." ujar wanita itu mesra.
"Kon'nichiwa,Ho Yee. This is my wife,Mina."ckata Faliq Arshad. Menarik bahu Mina rapat. Tersentak Mina dibuatnya. Bulat matanya memandang Faliq yang selamba sahaja.
'Nasib baik ada orang tau.'
"Assalamualaikum,Mina. My name is Ho Yee. By the way, I am muslim. Don't worry." ujar Ho Yee ceria.
"Waalaikumussalam. I can see that you are muslim. Obviously,you are wearing hijab."balas Mina tersenyum lebar. Terasa rendah diri dia kerana tidak memakai tudung. Bila lah agaknya dia nak menutup aurat dengan sempurna?
"Woahh,you are so cute when you smile!" jerit Ho Yee teruja. Jeritan Ho Yee mengundang perhatian orang di sekeliling mereka.
Mina menunduk malu. Malu dipuji dan malu menjadi pandangan orang ramai.
"Yaa,Ho Yee. Why are you being so excited? That was ambarrassing." tegur Faliq.
Ho Yee hanya sengih.
"So,let's go. Sofu and sobo are waiting for us."cHo Yee bergerak ke dalam Limo Hitam miliknya. Faliq dan Mina turut mengikuti Ho Yee. Tapi kali ini,Faliq menawarkan diri untuk memandu. Ho Yee membiarkannya.
Di dalam kereta,Ho Yee banyak berbual dengan Mina. Mina pun gembira.
Faliq memandang dari cermin belakang. Okey, Faliq terasa macam driver dah sekarang ni.
'Perempuan memang pantang berjumpa. Ada je benda nak dibualkan walaupun baru tak sampai satu jam.'
Setelah lama berbual,akhirnya mereka tiba ke destinasi. Ho Yee orang pertama yang keluar.
Mina memandang rumah agam yang mewah di hadapannya.
'Wow. Cantik gila.'
Faliq menyenggol bahu Mina membuatkannya tersedar.
"Kau punya terkejut,macam tak pernah nampak rumah." Mina mencebik.
"Assalamualaikum,Sofu! Sobo!" Tidak lama selepas itu,seorang wanita yang yang sudah berusia keluar dengan senyuman lebarnya.
YOU ARE READING
Janji Bahagia (✔)
RandomNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...