NAJMINA JANNAH terduduk di atas lantai. Dia tiada daya untuk berkata. Di mana dia mahu mencari si pencuri hati.
Mina memandang Adrian yang sedang berbincang bersama seorang doktor. Langkah diambil mendekati mereka.
"Macam mana Faliq boleh hilang?" soal Mina.
"Kami tak tahu. Tadi nurse masuk dalam bilik ni sebab nak beri makan ubat. Tapi Faliq takde dalam bilik. Entah ke mana menghilang. Sudah dicari satu bilik tapi tetap tak jumpa." terang Adrian panjang lebar.
Mina mengeluh. Mungkin Faliq lari sebab dia. Faliq nak bagi pengajaran pada dia. Mina menyalahkan diri sendiri. Bodoh Mina! Lembab!
Dia duduk di sofa yang tersedia. Deera memeluk bahu wanita itu. Mina mengusap perut kempisnya.
Deera perlahan melangkah keluar dari wad tersebut apabila diarahkan Adrian.
"Awak pergi mana? Awak tak pernah bagitahu saya perkara sebenar. Kenapa? Saya tak sempat nak bagitahu saya mengandung. Saya minta maaf. Awak jangan hilang. Saya rindu." Mina merintih sedih. Di mana suaminya kini? Bagaimana dengan janji yang pernah ditutur lelaki itu?
"Aku janji akan lindungi kau sampai akhir nyawa aku"
"Awak tipu. Awak kata awak nak jaga saya dan lindungi saya. Tetapi saya mengandung pun awak takde kat sisi saya. Mana awak pun saya tak tahu." Mina berkata dengan nafas tertahan-tahan.
"Ujian yang kita dapat ni sikit aja. Tetapi awak dah lari jauh. Kalau betul awak nak lindungi saya,patutnya awak ada dengan saya dan kita sama-sama --" setitik air mata Mina jatuh pada tangannya.
"Kita...Sama-sama hadap. Awak --" Mina mengetap bibirnya. Dia sudah tak mampu bersuara. Air matanya turun laju. Tiada sesiapa yang mampu hentikannya.
Kecuali seorang. Dia yang bernama Faliq Arshad. Hanya dia yang mampu hentikan air mata Najmina Jannah.
Terasa tubuhnya dipeluk seseorang. Mina berpaling kerana terkejut. Kelihatan Faliq Arshad sedang tersenyum pucat.
Tanpa sempat Faliq berkata,tubuh tegap itu terus sahaja dipeluk Mina. Air matanya berhenti turun. Hanya sedu yang masih tinggal.
Jika ini mimpi,biarkan ia berlarutan. Kalau hanya fantasi tempat bertemu,aku rela untuk terus lena. Lena di dalam dakapan suami meskipun itu hanya khayalan.
"ARGHH!" jerit Mina kuat. Mata dibuka terkejut. Berpeluh-peluh dia kerana mimpi. Terasa benar sekali mimpi tersebut.
Dia memandang sekeliling. Ini wad. Wad Faliq. Matanya membesar. Perutnya diusap bersama air mata yang bertakung. Maksudnya waktu dia pengsan tadi,dia hanya mimpi bahawa dia sedang memeluk Faliq. Sedangkan itu bukan.
Wajah ditekupkan dengan kedua tangan. Tangisannya sekali lagi berlagu. Dia hilang tempat mengadu. Dia hilang tempat memujuk. Dia mahukan suaminya.
"Princess." suara itu menyentakkan Mina. Tangan yang menekup muka ditarik seseorang.
"Kenapa ni?" spontan tubuh itu terus dipeluk Mina.
"Hey,princess." Faliq membalas pelukan itu. Kepala Mina yang dibalut dengan tudung sarung itu diusap lembut.
Mina memandang mata Faliq. Faliq tersenyum melihat riaksi isterinya itu.
"Bukan awak hilang ke? Awak pergi mana?" Mina menyoal dengan mata yang berair itu. Faliq tertawa melihat Mina yang mencuit hatinya.
YOU ARE READING
Janji Bahagia (✔)
AcakNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...