Bab 13

2.8K 129 2
                                    

NAJMINA JANNAH sudah bersedia untuk ke pejabat dan dia memperbetulkan penampilannya di depan cermin.

Selesai menilik dirinya,dia kembali memandang Faliq Arshad. Kakinya melangkah menghampiri Faliq kemudian,tali leher yang berada di pegangan Faliq dirampas.

Tali leher dipakaikan buat suaminya. Faliq hanya memerhati wajah Mina bersama kerutan di dahinya.

Mina tersenyum. Alahai suami,comel pulak berkerut tu!

"Kan dah siap. Lambat sangat awak pakai tie ni. Tu yang saya tolong." kata Mina yang memahami suaminya yang jelas keliru itu.

Faliq mengangguk. Tangan Mina dicapai.

"Jomlah breakfast. Yang lain dah tunggu " ajak Faliq. Mina akur.

Mereka berdua keluar dari bilik dan turun tangga bersama untuk ke meja makan.

"Dah nak pergi kerja ke?" soal Datin Ruziah yang melihat mereka yang sudah bersiap.

Mina tersenyum sambil mengangguk.

"Mina naik Faliq tau. Sebab kau orang satu tempat kerja kan? Rina naik Pak Mat tau pergi U." kata Dato' Rizal yang juga turut ada di situ.

Rina memandang Dato'Rizal.

"Papa,Rina naik teksi je boleh tak? Tak nak lah susahkan Pak Mat." ujar Rina.

Dato'Rizal menggelengkan kepalanya. Tangan disilang ke dada. Sekali tengok,serupa komander askar.

"No,no,no. Kena naik Pak Mat juga. Bahaya naik teksi tu." kata Dato'Rizal tegas. Apabila tuan besar dah beri arahan,tetap kena ikut.

Rina menganggukkan kepalanya mengalah. Mereka kemudian bersarapan dengan berselera.
__________________________

FALIQ ARSHAD masuk ke dalam pejabatnya. Wati yang melihat turut mengikut majikannya ke dalam pejabat.

Faliq duduk di kerusi empuknya. Pandangan dialihkan pada Wati dengan senyuman.

"Selamat pengantin baru,boss." ucap Wati.

"Thanks Wati."

"Apa yang saya ada hari ni?" soal Faliq. Satu fail yang berada di atas meja dibuka untuk disemak.

"Encik Faliq ada appoinment dengan Dato'Jaafar pada pukul 2 petang. Selepas itu,Dato'Johan ada telefon saya. Dia tanya tentang perkembangan projek Ecosystem kita." jawab Wati membaca catatan di dalam diarinya.

Faliq mengangguk faham. Sebelum Wati meminta diri untuk keluar,Faliq sempat berkata sesuatu.

"Tolong panggilkan Hariz. Ada benda saya nak bincang." kata Faliq.

Wati menganggukkan kepalanya dan berlalu keluar untuk memanggil Hariz.
__________________________
RAJA ADRIAN memandang wajah Nadeera Latif yang sedang enak makan.

Diorang berdua baru sahaja habis breakfast dengan client. Memandangkan Deera merupakan PA kepada Adrian. Jadi dia ada sekali.

"So,Deera?"

Deera memandang bossnya. Dia menghirup sedikit air coklat panas yang dipesannya.

"Betul lah awak ni kawan baik Mina?" soal Adrian.

Deera mengangguk.

"Yes,I am."

"Jadi,how long korang berdua dah berkawan?"

"Sejak dari form 2. And,sebenarnya Mina ni sekolah lain dulu. Tapi dia ada masalah kat sekolah lama. Lagi pulak,arwah ayah dia tukar tempat kerja. Jadi dia sekolah di Sekolah Menengah Abdul Jalil. Macam itulah saya dan dia berjumpa." terang Deera panjang lebar.

Janji Bahagia (✔) Where stories live. Discover now