Bab 36

2.3K 99 0
                                        

NAJMINA JANNAH memandang bosan ke arah cerita yang ditayangkan. Remote diambil dan siaran ditukar lagi. Dari tadi sudah setengah jam,tetapi masih tiada cerita yang dapat menarik perhatian Mina.

"Aduh,bosannya. Puasa ni memang tiada cerita yang seronok." rungut Mina sendiri. Remote diletakkan ke tepi.

"Kak Jannah." panggilan seseorang menghentikan Mina daripada terus mengomel. Kening diangkat memandang Akma.

"Nak tak join kita orang pergi tangguk ikan?"

"Kita orang?"

"Ya lah. Dengan Abang Ilman."

Ilman tiba-tiba muncul dari belakang membuatkan Mina terkejut. Mengucap panjang dia dengan kehadiran yang tidak disangka itu.

"Hisy,Ilman ni lah! Cuba bagi salam." Bahu itu dipukul perlahan. Buatnya aku pengsan tadi? Tak ke naya.

Ilman tersengih. Dilihatnya Ilman dengan seluar pendek bawah lutut dan baldi. Bersedia untuk pergi menangguk.

"Akak jom lah ikut kita orang sekali. Dah lama kan akak tak tangguk ikan dengan kita orang?" ajak Ilman pula. Mina akui itu. Kali terakhir dia menangguk ikan adalah sebelum dia sambung belajar.

"Nak pergi mana tadi? Tangguk ikan?" Faliq muncul dari dapur terus menyoal apabila terdengarkan ajakan Ilman.

Ilman dan Akma mengangguk hampir serentak.

"Jom lah bang. Best tangguk ikan kat ban."

"Apa tu?"

Mina hampir tergelak dengan soalan Faliq. Mata dibesarkan memandang Mina. Ejek aku pulak kau.

"Tangguk ikan tu tangkap ikan dengan tangan. Seronok. Sejuk pun sejuk. Tapi comot sikit lah nanti. Jom lah bang." Ilman masih tidak mahu mengalah.

Faliq berfikir sebentar. Dilihatnya wajah Mina memandangnya penuh harapan. Dia kemudian tersenyum seraya menganggukkan kepala.

Beberapa minit kemudian,mata Faliq membulat memandang bendang yang penuh dengan lumpur. Oh,no! Ni bukan comot sikit ni.

"Awak!" Matanya beralih pada si isteri.

"Marilah. Masuk dalam ni. Seronok." Malang sekali ia masih tidak mampu menarik perhatian Faliq.

"Wah,ikan!"

Mata dialihkan pada Ilman yang berjaya menangkap seekor ikan. Ikan tersebut dimasukkan ke dalam baldi yang dibawa.

"Jom lah bang."

"Ye. Jom lah."

Mina mengecilkan matanya. Kemudian dia tersenyum mengejek.

"Awak takut nak masukkan?" soalan tiba-tiba daripada Mina membuatkan dirinya rasa tercabar.

"Mana ada." nafi Faliq keras.

"Ya. Awak takut nak masuk sebab awak takut ada lintah. Or maybe you scared pada ikan? Betulkan?"

Faliq menjegilkan matanya pada Mina. Mina menyilangkan tangan ke dada. Gaya seperti memperendahkan Faliq.

"Tak lah. Aku tak takut."

"Awak gelikan? Ya lah. Awak kan budak bandar,mana lah nak main lumpur-lump --"

"Agak sikit. Aku tak takut okey." balas Faliq tak puas hati. Ini satu penghinaan.

Mina mencebik. Tak takut lumpur. Okey.

Perlahan Mina bergerak ke arah Faliq. Sempat dia mengambil segenggam lumpur.

Janji Bahagia (✔) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang