NAJMINA JANNAH memandang seorang lelaki yang sedang berbual dengan kawannya. Stalker? Maybe..
"Wey! Kau dengar tak apa yang aku kata ni?" soal Deera apabila Mina tidak memberi sebarang respond.
"Ha? Kau kata apa tadi. Sorry,aku tak dengar." balas Mina. Deera memuncung tak puas hati. Penat-penat dia bebel tadi,tetapi Mina tidak mendengar pun.
"Aku tanya,kau okey ke dengan Program Mentor Menti tu?" soal Deera sekali lagi.
"Program yang kita kelas tambahan dengan menti kita tu ek?" soal Mina balik.
Deera mengangguk. Okey,sebenarnya program ini untuk semua murid form 3 yang bakal menduduki PT3.
Jadi, setiap murid form 3 akan medapat seorang menti untuk mengajar beberapa subjek setiap hujung minggu.
Program ni akan berlangsung selama kurang daripada dua bulan. Dan menti ini,terdiri daripada beberapa orang pelajar form 5 dan guru. Ia diadakan di sekolah. Tempat akan dimaklumkan oleh menti masing-masing.
"Aku okey je. Tapi..Aku harap sangat dapat menti yang sporting. Aku tak naklah sampai dapat menti yang garang. Stress" tutur Mina.
Deera mengangguk setuju.
"Dan aku harap kau dapat menti dengan senior Arshad." balas Deera menyebabkan Mina memandangnya terus.
"Asal pulak?"
"Macam aku tak tahu kau selalu usyar dia. And..ianya tak mustahil okey. Mana tahu mulut aku yang masin ni dapat membantu kau." gurau Deera.
Mina menggeleng kepalanya. Satu keropok lekor dari plastik milik Deera diambil lalu dimakan dengan selamba.
Deera memandangnya dengan pandangan 'what-the-heck?'
Mina hanya tersenyum tak bersalah.
Kringgg~~
Menggelabah semua pelajar naik kelas masing-masinh. Dan inilah yang paling dibenci Mina dan Deera. Naik tangga dengan keadaan yang sesak ini sungguh menyusahkan.
Baru sahaja Mina dan Deera mahu mendaki tangga,seorang junior lelaki menghampiri mereka. Terpaksalah mereka berdua ke tepi dan beri laluan kepada yang lain dulu.
"Kenapa?" soal Deeera kepada junior itu.
"Cikgu Timah panggil. Dia kata kakak kena datang kat kelas 2A,ada benda nak bincang." jawab junior tersebut.
Deera mengangguk. Dia memandang ke arah Mina.
"Sorry wey. Aku kena pergi kelas 2A sekejap. Kau naik dulu. Nanti jumpa dekat kelas." ujar Deera serba salah.
Mina tersenyum.
"Takpe."
Deera turut tersenyum. Dengan itu Deera terus pergi ke bilik 2A bersama dengan junior tadi. Kelas 2A dekat area sini aja. Jadi tidak perlulah naik tangga.
Mina menaiki tangga yang semakin lengang. Langkahnya terhenti apabila terdengar bunyi jeritan pelajar dari atas.
Dan tanpa disangka sekumpulan pelajar lelaki sedang berlari ke arahnya. Lebih kepada nak turun tangga. Mina yang tidak sempat buat apa-apa,menutup mata. Kalau jatuh tangga kena tolak sia-sia aja.
Mina terasa badannya ditolak ke dinding. Kedengaran nafas seseorang. Macam dekat sangat. Dapat dibau perfume yang dipakai si dia.
Matanya perlahan dibuka apabila bunyi tapak kaki semakin berkurangan. Seorang lelaki berada di hadapannya.
YOU ARE READING
Janji Bahagia (✔)
אקראיNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...