Bab 27

2.4K 118 1
                                        

NAJMINA JANNAH memandang sekeliling bilik tidurnya. Sudah seminggu dia tinggalkan bilik tidur dia dan Faliq itu.

Mereka baru sahaja sampai ke Malaysia. Faliq balik aja terus tidur. Tidak sempat nak kemas apa. Mengantuk sangatlah tu.

Mana tidaknya,kadang-kadang Faliq menolong sofu bertukang sesuatu di Jepun.

Kadang-kadang sampai tengah malam. Sudahlah malam itu pun dia terpaksa berjaga jugak nak tunggu Faliq. Walaupun,Faliq tak benarkan. Tetapi dia tetap nak tunggu.

Mina mendekati Faliq. Pipi Faliq diusap kasih.

"Kesiannya suami saya ni. Penat sangat dia. Ermm..terima kasih awak sebab dah bawa saya jalan-jalan kat Jepun. Dapat jugak saya pergi sana. Terima kasih jugak sebab awak dapat terima saya dalam hidup awak. Walaupun mungkin awak tak sayang saya lagi,tetapi awak tetap jalankan tanggungjawab awak sebagai seorang suami. Saya sayang awak. Sayang sangat." ucap Mina berani.

Memanglah berani,Faliq tidur. Rasanya kalau Faliq bangun,memang tidaklah.

Tiba-tiba terasa pergerakkan badan Faliq. Pantas Mina menjauhinya.

Mata Faliq dicelikkan. Faliq melihat sekeliling. Apabila matanya melihat Mina terus sahaja dia tersenyum.

"Awak penat sangat ni. Tidurlah. Nanti sudah Asar saya kejut solat. Saya nak kemas barang dulu." ujar Mina.

Faliq mengangguk. Dia melihat Mina yang mula bergerak ke arah beg pakaian mereka.

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Terus dia berdiri dan mengambil beg plastik di dalam pakaiannya.

"Mina. Sini sekejap." panggil Faliq.

"Nak apa? Cakap ajalah." balas Mina. Sebenarnya dia malas nak bergerak.

"Sinilah sekejap. Ada benda aku nak beritahu ni." panggil Faliq lagi.

Mina mencebik. Dan akhirnya dia akur mendekati Faliq. Punggung dilabuhkan di atas katil bersebelahan Faliq.

"Awak nak cakap apa?" Mina menyoal terus.

Faliq tersenyum. Garang nau.

"Aku nak cakap thanks sebab terima aku dalam hidup kau. Dan aku janji akan jadi suami yang terbaik. Dan paling penting sekali,aku janji akan lindungi kau sampai hujung nyawa aku. Itu janji aku dari dulu sampai sekarang dan selamanya." ucap Faliq lembut.

Mina tersenyum terharu. Rasa nak menangis pun ada. Cuma dia confuse dengan ayat 'Itu janji aku dari dulu sampai sekarang dan selamanya'. Mungkin dari awal perkahwinan mereka.

"Dan...Aku ada hadiah untuk kau."

Mina berkerut dahi. Faliq memberikan beg plastik tersebut kepada Mina.

"Ada apa dalam ni?"tanya Mina.

"Tengoklah."

Perlahan beg itu dibuka. Matanya membulat seketika. Faliq dipandang lama.

Faliq yang melihat riaksi Mina tersenyum. Pinggang Mina ditarik dan dipeluk. Mina membiarkan meskipun jantungnya sudah tidak menentu.

"Kau isteri yang baik. Tak pernah pun kau tinggal solat. Dan kau selalu ingatkan aku tentang solat. Dan tak pernah pun kau tinggikan suara dekat aku. Kau sudah cukup sempurna untuk aku.

Dan aku juga yakin..Kau hamba yang taat pada perintah Nya. Jadi tak salah kalau kau bertudung. Kau dapat jaga aurat kau. Dan kau juga dapat kurangkan dosa aku." ujar Faliq selembutnya. Tidak mahu isterinya berkecil hati.

Mina memandang tudung tersebut lama. Cantik. Bermacam warna.

Air matanya bergenang. Dia terharu. Dia sedar akan dosanya. Mungkin sudah tiba masanya untuk menutup aurat sepenuhnya. Kasihan juga Faliq turut sama menanggung dosa.

Dengan tiba-tiba Mina menangis. Faliq terus kalut. Tubuh itu dipeluk.

"Kenapa kau menangis. Aku minta maaf kalau kau terasa. Aku tak sengaja." ucap Faliq risau. Takut dia tiba-tiba isteri kesayangannya itu menangis.

Mina terus membalas pelukan itu. Kepala diletakkan di dada Faliq.

"Saya tak terasalah. Saya cuma terharu. Saya minta maaf jugak sebab saya,awak yang kena tanggung dosa" tutur Mina sayu.

Faliq tersenyum. Rambut panjang Mina diusap lembut. Dahi itu diciumnya. Mina rasa selesa dan selamat.

"Aku akan jaga dan lindungi kau sampai hujung nyawa aku."

Mina tersenyum. Sungguh bahagia dirasakan. Akan dia pegang janji Faliq itu.

Panggilan telefon dari seseorang menyentakkan pasangan itu. Mina melepaskan pelukan. Faliq mengeluh.

'Kacau daunlah!'

Telefonnya diambil.

"Assalamualaikum,ya Wati." ujar Faliq terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam. Encik Faliq,sorry ganggu. Tapi hari ini ada interview budak baru tu. Nak continue ke? Atau Encik Faliq nak uruskan?" suara disebelah sana menyoal.

"Interview? New worker? Buat je. Kak Wati boleh tolong handle kan?"

"Okeylah kalau macam tu. Encik Faliq dengan Mina memang tak masuk kerja ke hari ni?"

Mina hanya mendengar. Kepala disandarkan di bahu Faliq. Tangannya bermain dengan jari Faliq yang bebas.

"Ya..Saya sibuk sikit. Nak kena jaga kucing seekor ni. Manja sangat." Faliq melirik ke arah Mina.

Mina memandang Faliq tak puas hati. Jari Faliq terus sahaja dibawa ke mulut dan...

"Ouch! Sakitlah Mina. Jari aku jugak kau nak gigit." Faliq menarik tangannya dari Mina. Jari yang digigit Mina tadi dibelek.

Dapat didengari tawa kecil Wati.

"Okeylah Encik Faliq. Saya tak naklah mengganggu. Assalamualaikum. Kirim salam kat Mina sekali." Wati meletakkan telefon.

Faliq menjawab salam. Dia memandang Mina tajam.

"Kau inikan. Memang nak kena." Dengan itu,pinggang Mina terus digeleteknya.

Ketawa kuat Mina dibuatnya. Bilik itu dipenuhi dengan gelak tawa pasangan tersebut.

"O..Okey. Stop!" Mina menghentikan Faliq.

Faliq tersenyum puas. Puas dapat membalas dendam.

Termengah-mengah Mina dibuatnya. Dia terbaring di atas katil akibat kegelian digeletak.

Faliq berbaring di sebelah Mina. Pinggang Mina dipeluk. Mukanya diletakkan di celahan rambut Mina. Wangian isterinya itu dihidu. Wangi!

"Mina. Tadi Kak Wati kirim salam." pesanan Wati tadi disampaikan Faliq. Mina mengangguk dan salam itu dijawab perlahan.

"Nanti ada pekerja baru. Lelaki. So,make sure kau tak dekat sangat dengan dia. Kita tak kenal dia macam mana. Berkawan boleh tapi jangan melebih." ujar Faliq panjang lebar.

Mina sembunyi senyum. Rasa disayangi pulak.

"Kenapa pulak? Saya dengan Hariz okey aja. Dengan Mikael awak bagi pulak saya rapat dengan dia orang?" Mina bertanya. Sambil itu jari Faliq sekali lagi dimain.

"Itu sebab aku dah kenal dia orang lama. Jadi,aku trust dia orang. Yang budak baru ni kita tak tahu macam mana. Aku nak kau jaga diri kau." ujar Faliq lagi. Rambut Mina diusapnya lembut. Sedaya upaya dia sembunyikan perasaan cemburunya.

"Awak kata awak nak jaga saya. Macam mana ni?"

Hidung Mina ditarik Faliq perlahan.

"Banyak cakap betul kau ni. Dah diam. Don't say anything. Aku ngantuk. So,conclusionnya sekarang ni..we need to sleep."

Mata dipejamkan. Bahagia sungguh tidur di dalam pelukan seseorang yang bergelar suami.




















Walla! 😉

Janji Bahagia (✔) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang