Bab 31

2.7K 119 2
                                        

FALIQ ARSHAD menghentikan kereta di perkarangan rumah mereka.
Dia memandang Mina yang sedang nyenyak tidur. Dapat dilihat wajah itu sembab dengan air mata.

Pintu kereta dibuka dan dia beralih pada pintu kereta sebelah pemandu.

Perlahan tubuh Mina dicempungnya. Tidak sampai hati nak kejutkan Mina.

Pintu utama dibuka. Kelihatan Mak Jah memandangnya pelik. Mungkin tertanya dengan kepulangan awal mereka.

"Eh,kenapa dengan Mina tu?" soal wanita yang berusia itu hairan. Bulu ayam dikepitkan bawah ketiak.

Faliq hanya memberikan senyuman.

"Jangan bagitahu mama dengan papa fasal Mina." pinta Faliq separuh merayu.

Bukan apa,dia tak nak kecoh. Lagipun dia nak beritahu sendiri. Senang kalau mama nak bertanya. Mama tu bukan main lagi sayang sangat dekat menantu dia ni.

Mak Jah mengangguk faham.

"Nak Mak Jah tolong apa-apa tak?" Mak Jah menyoal lagi.

Faliq tersenyum seraya menggeleng. Kemudian,dia naik ke atas di bilik mereka.

Tubuh Mina diletakkan di atas katil katil perlahan-lahan. Dia melutut di tepi katil sambil memandang Mina. Wajah Mina diusap kasih.

"Aku minta maaf sebab lambat tadi. Aku patutnya stay situ,tak perlu tinggalkan kau. Silap aku." Faliq berkata perlahan.

Dia kemudian berdiri dan melangkah pergi. Sesaat kemudian langkahnya terbantut apabila tangannya ditarik.

Kelihatan Mina masih berbaring dengan mata dicelikkan. Tangan Faliq dilelar lembut.

"Aw..Awak nak pergi mana?" soal Mina serak. Mungkin terlalu banyak menangis.

"Aku nak turun bawah. Kenapa? Kau nak aku teman kau ke?" soal Faliq.

Mina menganggukkan kepalanya.

"Awak janganlah tinggalkan saya. Saya takut." ujar Mina. Air matanya mula bertakung. Faliq mendekati Mina lalu bahu Mina ditarik rapat kepadanya.

"Okey,okey. Aku tak tinggalkan kau. Tidurlah. Aku teman." ucap Faliq.

Dia berbaring di sebelah Mina. Tangan kanan ditongkatkan ke bantal,Mina dipeluk dengan sebelah tangan lagi.

Mina meletakkan wajahnya di dada Faliq. Haruman Faliq yang menyenangkan dibaunya. Mata dipejamkan. Tak lama kemudian dia kembali ke alam mimpi.

Faliq memandang ke arah Mina. Dahi Mina dicium sekilas. Tidak sedar bila dia turut sama terlena.
--------------------------------------------

"SERIUS AH?" Adrian bertanya terkejut dengan apa yang didengarinya tadi. Minuman yang hampir sampai di bibir itu terbantut.

"Ya. Orang tua tu memang tak guna. Puas hati aku belasah dia separuh mati." balas Faliq. Dia menghirup sedikit air jusnya.

"Kau tak report ke?" soal Adrian lagi.

"Tak. Lagipun aku nak bagi dia peluang lagi untuk hidup. Kalau dia buat perangai balik,memang kena orang tua tu."

Adrian mengangguk. Dia faham akan sesuatu keputusan yang dilakukan sepupunya.

"Dah tu,Mina macam mana? Dia okey tak? Yang kau keluar ni,dia tahu tak?"

Faliq menggeleng. Tangannya naik meramas rambut.

"Dia trauma. Aku keluar pun diam-diam sebab dia tengah tidur. Tak akan aku nak kacau." jawab Faliq.

Adrian mengangguk. Dia memandang wajah sepupunya itu.

"Rizal macam mana? Masih kacau Mina lagi?" Adrian menyoal. Dia diberitahu Faliq tentang hal Rizal. Sepupu sejati,semua benda dikongsinya.

Faliq mengeluh. Ini lagi satu masalah dunia. Tidak cukup dengan Dato'Johan,Rizal pulak yang menyakitkan hati.

"Kacau. Tapi,aku ada untuk jaga Mina. Dan aku ada suruh staff-staff aku perhatikan Mina kat tempat kerja. Lagipun aku rasa Mina aku nak berhentikan kerja. Senang kalau dia kat rumah.

Sebab memang patutnya aku yang kerja dan cari rezeki. Bukannya dia." balas Faliq tenang. Tenang diluar,di dalam hati terasa panas mengingati tindakan Rizal pagi tadi.

"Kau dah bagitahu Mina? Bagitahu tentang apa yang kau rasa kat dia?" soal Adrian.

"Belum. Aku.. Aku rasa nanti kot. Aku rasa lepas Mina dah okey sikit. Syarikat aku pun dah batalkan urusan dengan syarikat Dato'Johan." Faliq menjawab. Mata dipejamkan memikirkan Mina di rumah.

"Faliq,aku daripada hari tu lagi aku nak tanya. Sampai bila kau nak sembunyikan hal sebenar. Hal kenapa kau kahwin dengan Mina. Fasal perjanjian tu.

Perjanjian yang kau buat dengan ayah Mina 9 tahun lepas untuk jaga dia." tutur Adrian panjang lebar.

Faliq terdiam. Sebolehnya dia nak bagitahu Mina,tetapi keadaan yang tidak mengizinkan.

"Mungkin balik ni ataupun lepas je semua urusan dah settle." jawab Faliq.

"Bagi aku. Baik kau bagitahu cepat. Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi. Aku taknaklah sampai berlaku salah faham." nasihat Adrian.

Faliq mengangguk faham. Tanpa disedari,seseorang telah mendengar semua tutur bicara mereka berdua.

Senyuman penuh makna terukir dibibirnya. Semakin senang kerjanya.

"Faliq,aku ada benda nak bagitahu kau ni." Adrian berkata teruja.

Faliq mengangkat keningnya. Dah kenapa?

"Aku..."
--------------------------------------------

FALIQ ARSHAD melangkah masuk ke dalam rumah setelah memberi salam. Terkaku dia sebentar melihat Dato'Rizal,Datin Ruziah,Rina dan isterinya di ruang tamu.

Wajah mama dan papa kelihatan sedikit tegang. Mereka memandang ke arah Faliq tajam. Manakala Rina sedang memeluk kakaknya,seperti menenangkan Mina yang sedang menangis.

Mina yang melihat kepulangan Faliq terus memeluk tubuh itu. Air matanya keluar lagi.

Faliq terkejut. Air mata Mina diusapnya dan pelukan itu dibalas.

"Aw..Awak pergi mana? Awak kat..kata tak nak ting..tinggalkan saya.." sayu Mina berkata.

Sebersalah Faliq dibuatnya. Lebih lagi melihat air mata Mina yang mengalir.

"Aku minta maaf. Aku keluar jumpa Adrian kejap. Kau tengah tidur,aku taknak kacau." balas Faliq. Dia mengusap air mata itu lagi.

"Faliq. Apa yang dah jadi? Kenapa dengan Mina?" soal Dato'Rizal terus. Wajahnya serius.

Gulp!

Faliq memandang ke arah Mina yang sedang memeluknya sebelum kembali memandang papanya.

Dato'Rizal seakan mengerti.

"Rina. Bawa kakak kamu ni naik. Papa dengan mama nak bincang dengan Faliq." arah Dato'Rizal. Rina akur.

Tubuh Mina dipeluknya lalu dibawa naik ke bilik Faliq.

Faliq duduk di atas sofa single. Berhadapan dengan papa dan mamanya.

"Apa yang dah jadi tadi. Cuba cerita. Kenapa Mina macam tak tentu arah? Terkejut mama tau bila dengar bunyi orang nangis kat dalam bilik.

Mama buka pintu je,Mina tiba-tiba meracau-racau. Nasib baik ada Rina tolong mama tenangkan dia." cerita Datin Ruziah. Risau dia dengan menantu kesayangannya itu.

"Selepas Faliq cerita ni,mama dengan papa tenang aja. Sebab Faliq dah uruskan semuanya." tutur Faliq lalu menarik nafas dan dihembus perlahan.

Dia menceritakan semula kisah tadi seperti yang diceritakan pada Adrian. Langsung tiada yang tinggal.












Bersambung...

Janji Bahagia (✔) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang