Bab 32

2.5K 113 2
                                    

MALAM ITU,semua berkumpul di ruang tamu. Mereka baru sahaja habis dinner. Itu yang semua lepak kat depan ruang tamu. Sudah lama tidak luangkan masa bersama.

Faliq Arshad memandang Dato'Rizal sebelum memandang ke arah Najmina Jannah. Seakan meminta izin untuk bersuara.

"Mina. Aku ada benda nak bagitahu kau. Tapi aku nak kau setuju. Sebab aku dah bincang dengan papa sekali." ucap Faliq tiba-tiba.

Kepalanya yang disandarkan pada bahu lelaki itu terangkat memandang suaminya.

"Aku nak kau berhenti kerja." ucap Faliq tenang. Dia mahu melihat riaksi isterinya.

"Ha--?" kata-kata Mina terpotong oleh Faliq.

"Dengar dulu kenapa. First, aku taknak kau ingat apa yang Dato'Johan cuba buat kat kau. Second, aku tak nak Rizal kacau kau.

Lastly,sebab memang tugas aku sebagai suami untuk cari rezeki. Bukannya perempuan." terang Faliq panjang lebar.

Mina tersenyum mendengar. Dia memang kalau boleh nak berhenti. Lagipun,dia boleh teman Mak Jah atau borak dengan mama.

Mina mengangguk setuju. Faliq tersenyum puas. Bahu Mina ditarik rapat kepadanya. Bagus. Tidak perlu susah-susah dia bertekak dengan isterinya yang sememangnya keras kepala.

Dato'Rizal dan Datin Ruziah turut sama tersenyum. Mereka berpegangan tangan. Mengingati kenangan dulu-dulu. Indah betul sebelum perkahwinan mereka berlangsung.

Rina yang duduk di atas lantai berlapik permaidani merah itu mencebikkan bibirnya. Keropok di tangan sekali lagi disua ke dalam mulut. Matanya kembali memandang pada kaca televisyen.

"Ehem,ehem! Kalau ya pun nak bergula bermadu kat sini. Mohon pandang kiri kanan. Di sini masih ada yang single." tutur Rina. Jelas nada tidak puas hatinya.

"Eleh,lonely lah tu." usik Faliq. Bahu Mina ditarik lebih rapat sehinggakan dia mendapat mencium wangian rambut wanita itu.

Mina,Dato'Rizal dan Datin Ruziah ketawa mendengar usikan Faliq.

Rina menjeling abang iparnya. Tangan disilangkan ke dada.

"Bukan lonely okey. Cuma orang nak fokuskan kat study aja." balas Rina. Nasib baik abang ipar itu sudah dianggap abang kandung,kalau tidak sudah ditumbuknya wajah lelaki itu.

"Itulah. Ada orang dah suka dia tolak. Kan hidup alone." kata Mina pula seakan menyokong usikan Faliq. Tangan yang terasa gatal digaru.

"Siapa yang suka Rina?" soal Dato'Rizal dengan kerutan di dahi tua itu.

"Siapa lagi pa. Raja Aaron lah." kata Mina lagi. Seronok mengenakan adiknya itu.

"Aaron? Aaron anak buah papa tu ke? Anak Dato'Raja?" Datin Ruziah pula bertanya.

Laju Mina menganggukkan kepalanya bersama sengihan. Dato'Rizal berpandangan dengan isterinya. Sebelum mereka ketawa lucu.

"Ouh..Bolehlah papa tolong adjust kan sekali nanti. Kalau Rina dah sedia,bagitahu aja papa." ujar Dato'Rizal sebelum semua di ruang tamu ketawa gembira.

Rina memuncung tak puas hati. Habis merah mukanya diketawakan. Cis! Kenapalah selalu sahaja aku yang dikenakan.

Tidak lama selepas itu,mereka sambung menonton rancangan di yang disiarkan di kaca tv.

"Eh,tak lama lagi nak puasa kan?" soal Dato'Rizal memecahkan kesunyian yang menjengah beberapa minit tadi.

"Ha'ah lah. Rasanya lagi seminggu dua nak masuk Ramadhan." jawab Mina.

Janji Bahagia (✔) Where stories live. Discover now