KEADAAN di ruang tamu sangat sunyi. Hanya kedengaran bunyi angin dari penghawa dingin yang memang disediakan di ruang tamu itu.
"Ada apa mama dengan papa suruh kami berkumpul?" soalan daripada Faliq Arshad memecahkan kesunyian
Najmina Jannah juga mendiamkan diri. Adiknya pula sudah masuk ke dalam bilik. Nak siapkan assignment.
Dato'Rizal dan Datin Ruziah saling berpandangan. Mengharapkan apa yang ingin disampaikan itu diterima baik.
"Kami berdua dah sepakat nak..." Dato'Rizal berjeda.
"Nak apa?" soal Faliq dan Mina tidak sabar. Faliq menjeling Mina. Mina mencebik. Dia yang sibuk tiru orang.
Datin Ruziah menarik nafas panjang.
"Kami nak satukan kamu berdua."
"Hah?!" Bergema ruang tamu itu dengan jeritan Faliq dan Mina.
Wait! Aku salah dengar kut.
"Mama gurau aja kan,papa?" soal Faliq pada papanya. Harapnya dia salah dengar.
"Tak. Kami dah buat keputusan. Lagipun,apa salahnya. Mina single. Faliq pun single." Okey. Ini serius. Kata-kata daripada Dato'Rizal hampir membuatkan Mina pitam.
"Lagipun,sampai bila kau orang nak macam ni? Contoh kalau mama dengan papa pergi outstation. Rina pulak ada kelas tambahan. Tinggal kau orang berdua saja di dalam rumah. Kan tak manis kalau jiran nampak." alasan logik diberi Datin Ruziah.
Mina dan Faliq terdiam. Ada betulnya jugak apa yang dikatakan mamanya. Tetapi,ini soal masa hadapannya. Gila!
Faliq memikirkan sesuatu. Dia tak nak jadi anak derhaka,kalau boleh dia nak tunaikan segala permintaan mama dan papanya.
Dan bila memikirkan janjinya pada ayah Mina membuatkan Faliq berfikir banyak kali.
"Bagi kami masa." putus Faliq. Dia sudah habis fikir.
"Baiklah. Kami nak dengar dalam masa dua hari." usai kata begitu,Dato'Rizal dan Datin Ruziah naik ke bilik mereka.
Mina tanpa banyak kata terus masuk ke biliknya juga. Faliq memandang langkah Mina.
Seketika Faliq mengeluh. Tekad ibu bapanya benar-benar membuatkan dia buntu. Dia mengambil keputusan untuk merehatkan minda. Faliq mengambil kunci keretanya dan menghidupkan enjin kereta. Kereta dipandu terus ke rumah sepupunya,Raja Adrian.
NAJMINA JANNAH membuka pintu biliknya. Terkejut dia melihat adiknya,Rina sedang berguling-guling di atas katil sambil memegang phone jenama Asus.
"Rina. Apa berguling macam tu?" tegur Mina pada adiknya. Buatnya jatuh katil,kan susah.
Rina terus duduk bersila apabila kakaknya mengambil tempat di atas katil bersaiz Queen itu.
"Takde lah kak. Rina cuma geram dengan sorang mamat gila ni!" luah Rina. Bantal busuknya dipeluk erat.
"Mamat gila?"
"Macam ni,ada sorang lelaki ni nama dia Raja Aaron. Orang kata dia ni anak Dato. Dia ni,macam mana nak cakap ek? Dia ni digilai ramai lah senang cerita.
Ya lah,manakan tidak,sudahlah hot,pandai,kaya,handsome. Orang kata,perfect lah! Tapi,satu aja kekurangannya." Rina tiba-tiba menggenggam erat bantal busuknya itu.
"Dia ini pengacau. Bukan setakat pengacau aja,dia ni gatal,penyibuk,pembuli. Dan gila!" Mina menggeleng. Tak lama sahaja lagi bantal itu kemungkinan akan terkoyak.

YOU ARE READING
Janji Bahagia (✔)
RandomNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...