Bab 39

2.8K 111 3
                                        

SESEORANG melangkah masuk ke dalam wad. Najmina Jannah memandang si dia. Senyuman diukir buat mereka berdua.

Matanya singgah pada Faliq Arshad yang masih tidak sedarkan diri sebelum kembali memandang Mina.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." terus sahaja tubuh Mina dipeluk.

"Kau sabar ek. ALLAH nak uji kau dengan Faliq." Deera memberi kata-kata semangat. Adrian memerhati wajah sepupunya yang masih terbaring.

Deera memandang ke dalam mata Mina. Jelas cecair jernih bertakung di kelopak mata.

"Salah aku wey. Aku tak beri dia ruang untuk explain pun. Aku..Aku tuduh dia curang sedangkan dia ada masalah dia sendiri. Aku gagal..Aku gagal,Deera."

Tubuh Mina sekali lagi dipeluk. Mina mengongoi di dalam pelukannya. Adrian hanya mampu memandang simpati.

"Mina. Stop blaming yourself. Kau tak gagal. Kau cuma keliru. Okey. Jangan salahkan diri sendiri. Dengan keadaan kau yang sedang mengandung ni bahaya."

Dato'Rizal dan Datin Ruziah baru pulang dari kerja menjumpai Mina dan Faliq dalam keadaan tidak sedarkan diri. Entah bila dia pengsan pun,dia tidak tahu. Dan kemudian mereka dibawa ke hospital. Faliq pengsan kerana terlalu penat dan tidak cukup rehat. Mungkin tertekan. Mina pula disahkan mengandung 5 minggu.

"Dah,jangan menangis lagi. Kau puasa tak? Kalau kau menangis macam ni,hilanglah tenaga kau." ujar Deera lagi. Mina hanya membalas dengan anggukan.

"Mina." panggilan Adrian membuatkan Mina memandangnya.

Adrian mengigit bibirnya apabila melihat wajah wanita itu sudah lencun dengan air mata. Dia rasa bersalah pula mahu ceritakan perkara sebenar. Takut kalau Mina tak boleh terima.

"Saya nak bagitahu sesuatu. Boleh kita bincang kat cafe?" Mina mengangguk.

Mereka hanya mahu duduk di kafe kerana tidak selesa mahu berbincang di sini. Bukan maknanya mereka mahu batal puasa. Sekarang masih di bulan Ramadhan.

Wajah suaminya dipandang lalu dicium sekilas di dahi. Dia berlalu bersama Adrian dan Deera ke kafe hospital.

"Apa yang awak nak bagitahu tadi?" Mina menyoal melihatkan Adrian yang hanya menyepi.

"Mina aku nak kau tarik nafas dulu. Okey,biar Adrian terangkan the whole thing." kata Deera di sisi Adrian.

Mina berkerut lagi. Ada apa sebenarnya ni?

"I..I don't get it."

Adrian menongkatkan kedua tangan di dagunya.

"Macam ni. Actually..."

9 tahun lepas,

NAJMINA JANNAH yang menyandang begnya memandang sekeliling sekolah.

Kosong.

Tiada sesiapa disitu. Mina mengeluh dalam diam. Jam tangan ditiliknya.

'6:30 petang' getus hati Mina.

Mina termenung seketika sebelum tersedar akibat titisan air dari atas langit. Hujan.

Kaki dihayunkan ke bas stop. Dia duduk di situ sementara menunggu untuk diambil oleh ibunya.

'Menyesal pulak tak ikut Deera tadi.'

Sebentar tadi,Nadeera Latif,kawan baik Mina. Nak tolong hantarkan Mina pulang. Tetapi Mina menolak kerana tidak mahu menyusahkan Deera dan dia menganggap ibunya akan mengambilnya awal. Tapi tak sangka lambat begini.

Janji Bahagia (✔) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang