RUANG TAMU bising dengan telatah Qamarina Haura. Rina yang dari tadi mengomel tentang cerita yang ditonton mereka,meriuhkan keadaan.
Tertawa Dato'Rizal dan isterinya dengan telatah Rina. Faliq Arshad dan Mina hanya tersenyum gembira.
Dato'Rizal berhenti ketawa. Dia berdehem sedikit dan memandang ke arah Faliq dan Mina.
"Faliq...Mina. Tak terfikir ke nak pergi honeymoon?" soal Dato'Rizal membuatkan senyuman Faliq dan Mina mati. Mereka berpandangan.
"Ho..honeymoon?" Mina menyoal gagap.
"Iya. Honeymoon. Bulan madu. Tak akan kamu berdua tak teringin nak pergi? Kahwin dah dekat 3 bulan..Tapi tak pernah pergi bulan madu."
"Betul tu. Mama sokong cadangan papa. Tak akan tak nak pergi? Mama pun teringin nak ada cucu." ujar Datin Ruziah. Pucat lesi wajah Mina mendengar permintaan ibu angkatnya itu.
"Kami sibuklah pa,ma. Lagi-lagi untuk projek baru Faliq lagi. Takde masa nak bulan madu." Faliq pantas memberi alasan.
Mina mengangguk laju. Setuju dengan apa yang dikatakan Faliq.
"Papa dah beli tiket flight ke Jepun. Jangan bagi alasan dah. Melawat lah sekali sofu dengan sobo." celah Dato'Rizal.
Faliq berkerut dahi. Mina pulak membulatkan matanya. Kepala digaru. Nak cilok mana pula lagi alasan ni.
"Ta..tapi pa,kami sibuk. Macam mana nak--" kata-kata Mina dipotong Dato'Rizal.
"Lusa korang dah kena pergi. Papa dah tempah semuanya. Cuma hotel je belum lagi. Sekarang pilih,nak bermalam kat hotel atau kat rumah sofu dengan sobo?"
Faliq dan Mina terdiam.
"Pa...Faliq ada meeting penting lusa ni. Kalau tak pe..."
"Meeting urgent tu,papa pun boleh ganti. Sekarang ni,papa tak kira. Kamu berdua pergi bulan madu jugak. Pilih,nak tinggal kat hotel atau kat rumah sofu dengan sobo?"
"Biar kami bincang dulu."
Faliq memandang Mina dan ditarik tangan Mina menjauhi ruang tamu.
"Kau nak ke pergi sana?""soal Faliq terus.
Mina tersenyum. Tangan diramas.
"Saya nak pergi. Ala..bukan buat apa pun. Saya pun tak pernah jejak Jepun lagi. Teringin saya nak jalan-jalan kat sana. Orang kata kat sana cantik." ujar Mina teruja.
Faliq terdiam. Ada betulnya juga,lagipun apa salahnya bawak Mina berjalan-jalankan. Bukan buat apa pun.
"O..okey. Kita pergi. Tapi tinggal kat rumah sofu dengan sobo."
Baru sahaja Faliq mahu bangun,tangannya ditarik oleh Mina.
"Apa lagi?" Faliq menyoal perlahan.
"Siapa sofu sobo tu?" soal Mina lagi. Rambut yang terjuntai di selak ke belakang.
"Sofu sobo tu atuk dan nenek dalam bahasa Jepun. Kami gelar dalam bahasa Jepun,tapi jangan risau. Diorang tahu berbahasa Melayu. Tetapi kau kena belajar sikit asas bahasa Jepun dan budaya diorang." terang Faliq.
Mina terangguk-angguk mendengarnya. Senyuman terpamir di bibir.
"Okey. Awak mesti pernah tinggal kat sana kan? Nanti awak kena tunjuk tempat-tampat yang best." Mina tersenyun gembira. Terlebih excited lah pula.
Faliq sembunyi senyum. Comel pulak bini aku ni ek.
Tak lama lepastu,Faliq dan Mina bergerak ke ruang tamu semula. Mereka memberitahu persetujuan masing-masing.
YOU ARE READING
Janji Bahagia (✔)
DiversosNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...