PINGGAN yang baru digunakan mereka sekeluarga dibasuh Mina sepantas mungkin. Selesai membasuh,kakinya terus melangkah ke arah bilik. Pintu bilik dibuka.
Faliq Arshad dan Qamarina Haura yang berada di dapur,memandang pelik.
"Erk..Kenapa dengan Kak Mina tu?" soal Rina. Gelas kosong di tangannya,diisikan air.
"Entah. Abang Faliq pun tak tahu." kepalanya digelengkan.
"Sekejap biar Abang Faliq tengok."
Faliq berdiri dan menapak naik ke tangga. Menuju ke bilik mereka. Berkerut dahi Rina dibuatnya. Apa kena dengan kakak aku ni?
Tanpa ketukan,Faliq melangkah masuk ke dalam bilik.
Dia memandang ke arah beg-beg yang sudah siap di pack. Matanya kemudian teralih pada Mina yang sedang bermain dengan phone berjenama Huawei. Baru sahaja dibeli oleh Faliq.
"Wey,kau buat apa tu?" tanya Faliq. Badan disandarkan ke pintu bilik.
Tiada balasan.
"Mina. Aku tanya ni."
Masih tiada balasan.
"Mina,kau jangan uji kesabaran aku." suara sedikit meninggi.
Tetap tiada balasan.
Kaki dituju ke katil. Faliq bercekak pinggang memandang isterinya yang masih leka.
'Astaghfirullah... Pakai earphone rupanya. Patut aku panggil buat pekak je. Rambut tu tak reti nak ikat ke?'
Faliq Arshad perlahan-lahan pergi ke arah Mina dan tangannya pantas menarik phone Huawei itu dari Mina. Mina tersentak.
Earphone yang dipakainya turut sama tercabut.
Mina mendongak memandang Faliq yang sedang berdiri di tepi katil bersama phone nya.
"Baru nak pandang aku? Dari tadi aku panggil,tak reti-reti nak balas. Telinga ada pun macam takde." Faliq berkata sinis.
"Aw..Awak. Bagilah balik phone saya tu." ujar Mina.
"Tak nak."
Mina mencebik. Dia turun dari katil dan cuba merampas phone yang berada dalam genggaman Faliq.
Malang baginya kerana pendek. Faliq yang lebih tinggi itu,menaikkan tangannya ke atas membuatkan Mina tidak dapat mencapainya.
Mina merengus.
"Bagilah. Faliq!" Mina melompat-lompat cuba mencapai phone nya itu
Dan...Gagal.
Faliq baring di atas katil. Phone Mina dibuka mudah. Tak lock lagi. Senang nak check phone budak ni.
Mina give up. Dia membiarkan Faliq memeriksa phonenya itu.
"Apa yang kau tengok ni? Budaya orang Jepun?" Faliq memandang Mina. Dahinya berkerut pelik.
Mina tersengih. Dia duduk di atas katil bersebelahan Faliq. Tetapi,seperti biasa. Mesti ada bantal menjadi penghalang.
Mina menyandarkan badannya di kepala katil.
"Saya tengok budaya orang Jepun. Cara percakapan dia orang. Apa nak buat kat sana. Saya research semua fasal orang Jepun.
Saya kena belajar sendiri. Awak tu,bukannya nak ajar saya pun. Ajar saya tunduk bila jumpa,ajar saya bertegur sapa pun jadilah. Tetapi,satu pun awak tak ajar. Tak cerita pun pasal family awak kat sana tu." omel Mina panjang lebar.
YOU ARE READING
Janji Bahagia (✔)
De TodoNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...