RAJA AARON memandang sekeliling UniKL. Kelihatan seperti mencari seseorang.
"Bro. Kau okey tak ni?" soal Helmi,salah seorang kawan baik Raja Aaron. Daripada tadi lagi,sahabatnya ini macam tidak tentu arah.
"Aku..." kata-kata Aaron terhenti apabila melihat seseorang. Kakinya terus melangkah ke arah dua orang gadis.
"Wey,dah lama Rina tak datang." kata Fiza yang sedang melihat telefonnya.
"Yelah,demam seminggu. Hari tu kan dia pengsan dalam tandas sebab menangis lama sangat. Ni semua Raja Aaron punya pasal lah. Kalau bukan sebab dia,takde lah Rina....Asal muka kau macam tu Fiza?" terhenti percakapan Tya melihat muka pucat kawannya.
Fiza menunjuk ke arah belakang. Tya perlahan-lahan memusingkan badannya.
Okey,sekarang rasa menyesal sebab umpat tak pandang belakang depan. Air liur di telan apabila melihat Raja Aaron,Helmi dan Ashraf.
Fiza menundukkan mukanya sedikit apabila Helmi dari tadi memandangnya. Sememangnya,Fiza ada simpan perasaan pada Helmi. Rina dan Tya pun tahu.
"Kau cakap apa tadi?" soal Aaron serius.
"Cakap yang mana?" soal Tya pura-pura tidak tahu.
"Pasal Rina. Kau kata Rina apa?"
"Ooo...Rina dia pengsan sebab.. kau. Sebab kau dia nangis. Kau tahu tak dia tu tak boleh menangis teruk-teruk,nanti dia boleh pengsan. Tak fasal-fasal demam pulak." marah Tya yang lama disimpan.
Aaron terdiam.
"Dia macam mana sekarang?" soal Aaron. Mukanya tampak risau.
Dahi Tya dan Fiza berkerut.
"Dia tak datang hari ni. Rasanya dia masih demam." balas Tya acuh tak acuh.
"Aku nak nombor phone dia." kata Aaron senafas.
"Hah?!"
NAJMINA JANNAH masuk ke dalam Hydeout Cafe. Matanya meliar mencari seseorang. Langkah di lakukan mendekati si dia.
"Mina,aku rindu kau." tubuh Mina dipeluk erat.
"Aku pun Deera."
Mereka berdua mengambil tempat duduk setelah beberapa saat.
"So,how's life?"
Deera tersenyum.
"Aku okey je.Tapi..."
Mina mengangkat kening.
"Aku rasa aku dah jatuh cintalah."
Membulat mata Mina. Wah! Unbelievable.
"Serius ah? Dengan siapa?" soal Mina teruja. Macam dia pulak yang jatuh cinta.
"Adalah. Tapi tak mungkin dia nak pandang aku. Aku ni PA dia je. Dia tu CEO. Mustahil lah."
"Kau suka bos kau lah ni? Tapi kalau dah jodoh,takde yang mustahil." kata Mina memberi semangat.
Mata Deera kemudiannya tertancap pada cincin di jari manis Mina.
"Cincin apa tu?" soal Deera serius. Setahu dia,Mina tak pernah sarung apa-apa pun di jarinya. Lebih lagi kalau ianya cincin.
Mina tersenyum sekejap. Terus dia menceritakan segalanya.
"Tunang?! Dengan boss kau?!" soal Deera terkejut.
Mina mengangguk. Deera terlopong sebentar.
"Untunglah kau. Kahwin dengan orang kaya. Sudahlah handsome. Bila kau nak kahwin?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Janji Bahagia (✔)
DiversosNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...