HARI yang di tunggu-tunggu telah tiba. Hari pernikahan Najmina Jannah dan Faliq Arshad.
Ramai tetamu yang hadir. Antaranya,rakan sekerja mereka dan keluarga dari belah Faliq.
Nadeera Latif juga hadir untuk melihat sahabatnya nikah. Member tu.
"Tak sangka kau dah nak kahwin kan?" soal Deera yang mengikat rambut tocang serta baju kurung moden
Sekarang mereka berdua berada di dalam bilik. Mina baru lepas disolek oleh mak andam. Dan seperti yang dikatakan,Mina dan Faliq mengadakan majlis nikah di masjid.
"Ya. Aku pun tak sangka. Lagi beberapa minit aku akan digelar sebagai isteri kepada seorang pengarah terkenal YuMenai Holding. Hah,gituw!" kata Mina.
Deera tersenyum. Tak pernah nak berubah. Asyik main-main je.
"Kau tahu kan,aku pernah cakap aku sukakan seseorang." kata Deera perlahan.
"Ye. Why? Dia datang ke?" soal Mina teruja.
Deera tersenyum lalu mengangguk.
Mina terkejut. Biaq betui! Member Faliq kut.
"Nanti aku nak kau tunjukkan kat aku siapa mamat yang dah curi hati member aku ni." ujar Mina. Deera tergelak.
"By the way,lupa aku nak cakap. Yang kau nampak cantik sangat bila bertudung." kata Deera ikhlas.
Mina hanya tersenyum.
"Cuba kau berdiri sekejap. Berdiri kat situ. And this. Hold this. Posing sikit. Okey,good." arah Deera sambil menghulurkan sejambak bunga. Entah mana dapat pun tak tahulah.
"Let me take a picture." kata Deera dan...
Klik!
"Beautiful" ungkap Deera.
Pintu bilik di ketuk mengihkan pandangan dua wanita itu.
"Mama masuk ya." pinta si dia.
"Okey!" laung Mina dari dalam.
Pintu bilik dibuka. Kelihatan wajah mama dan Rina yang berbaju kurung serta tudung bawal. Sememangnya Datin Ruziah seorang yang bertudung. Tetapi Rina free hair.
"Mina. Macam mana? Teruja tak nak jadi isteri orang?" soal Datin Ruziah. Sempat dia melemparkan senyuman pada Deera.
Deera membalas senyuman itu.
"Mina nervous lah mama." jujur Mina. Gila tak nervous.
"Alah akak ni. Relax je sudahlah. Malam ni kan akak nak bagi Rina anak buah." usik Rina nakal.
Rina dan Deera ketawa.
Mina menunjukkan penumbuknya pada Rina. Ni sekali aku lesing,memang tak cakap apa dah. Datin Ruziah tersenyum.
"Jangan risau. Mama dah bagi amaran kat Faliq supaya jaga Mina elok-elok. Sebab Mina lah sinar kebahagiaan dia." kata Datin Ruziah.
Mina hanya mampu tersenyum. Yolah tu,kebahagiaan sangat.
"Kita dah boleh gerak!" jerit seseorang dari luar.
Jantung Mina berdegup laju. Gementar wey. Ni lagi seram daripada waktu nak ambil SPM dulu.
"Jom." ajak Datin Ruziah.
Dia menarik tangan Mina manakala Rina memegang hujung kain baju pengantin kerana terlalu labuh.
Deera memegang tangan kiri sahabatnya dan Datin Ruziah memegang tangan kanan Mina.
Deera memandang dia. Uih,sejuknya tangan. Nervous noh tu.
YOU ARE READING
Janji Bahagia (✔)
De TodoNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...