🎈 Part 1 🎈

509 18 1
                                    

Sara Mikayla seorang gadis yang tidak mempercayai cinta atau lebih di kenali sebagai Philophobia.Lahir dalam keluarga yang sederhana.Mempunyai seorang ibu dan adik perempuan Zara Mikayla.

Sara memang bersikap dingin dengan lelaki semenjak ayah dan ibunya berpisah.
Ayah meninggalkan ibunya yang saat itu sarat mengandungkan adiknya Zara Mikayla.Segala kesakitan dan keperitan hidup yang ibu dia lalui itu Sara saksikan dengan bola matanya sendiri.

Ibu dan ayahnya bukan bercerai tetapi ayahnya hanya meninggalkan ibunya setelah mendapat tahu jantina bayi yang bakal dilahirkan itu bayi perempuan.

Mustafa terlalu menginginkan zuriat lelaki.Baginya lelaki itu amat diperlukan daripada seorang wanita.Setelah mengetahui jantina yang bakal lahir itu dia pun kecewa dan memutuskan untuk meninggalkan wanita yang tidak berdosa itu.

Tanpa berfikir panjang Mustafa berusaha mendekati anak bos nya.Mustafa menunjukkan kerja kerasnya di hadapan bosnya.

Roziah mula tertarik dengan ketekunan dan kerajinan Mustafa pun mempersetujui permintaan terakhir arwah ayahnya dengan berkahwin dengan Mustafa.


Maria isteri pertama Mustafa merestui perkahwinan mereka walaupun suaminya lupa akan tanggungjawabnya.Tapi itu bukan penghalang untuk anak-anaknya tumbuh sebagai anak yang tidak bernilai.

Maria juga ingin membuktikan kepada Mustafa bukan lelaki sahaja yang boleh berjaya di dunia ini.Perempuan pun boleh biarpun dia sudah berkahwin.

Zara Mikayla adik Sara Mikayla langsung tidak mengenali sosok seorang ayah.Tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah bahkan melihat wajahnya sekalipun tidak pernah.

Setiap kali Sara dan Zara pergi ke sekolah sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah pasti ada yang bermulut sumbang mengejek keluarga mereka.

Sara Mikayla langsung tidak menghiraukan ejekan dan cakapan orang kampung tentang ayahnya.Lelaki itu sudah lama terkubur.

Tetapi bukan Zara Mikayla , dia masih mengharapkan kasih sayang seorang bapa.Dia sentiasa berdoa agar keluarga mereka bersatu kembali.

***


Adeed Mikhail anak tunggal dan satu-satunya waris Dato' Khalid dan Datin Khairani.Sejak kecil Adeed Mikhail sudah di hiasi kemewahan.

Apa yang dia nak pasti dia dapat sama ada menggunakan kekerasan mahupun cara halus.
Duit itu penting baginya.Kemewahan dan kemegahan tidak boleh dipisahkan dengan dirinya.

Adeed Mikhail sudah terbiasa dengan kehidupan bersosial.Budak bandar tak akan lari daripada masalah sosial.

Seperti budak-budak lain , Adeed juga perlukan perhatian dari orang tua.Memberontak itulah satu-satunya cara untuk dia dapat perhatian.

Tapi dia salah yang selalu ada dengannya hanyalah pembantu rumah mereka , Bu Suri.
Bu Suri lah yang menjaga , merawat dan menyediakan keperluan Adeed.

Dato' Khalid dan Datin Khairani terlalu sibuk mengejar kemewahan hingga terlupa tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa.
Mereka ingat dengan memberikan kemewahan sepenuhnya sudah cukup untuk anak mereka , Adeed Mikhail.


Adeed Mikhail kerap mempermainkan cinta seseorang.Lagipun perempuan yang dia jumpa bukan nak sangat dengan dia.Mereka hanya pandang kemewahan yang ada pada dia.Sebab itu gelaran playboy melekat pada diri Adeed.

***

Thank you sebab sudi baca 😅
Bh jangan lupa vote 😋
Dari sya Penulis Sabahan 😚

Mr.Playboy vs Mrs.Philophobia [SlowUpdate]Where stories live. Discover now