Raudhah izzarah POV
“Dr.Raudhah bukan esok Doktor ambil cuti kan? Kalau tidak silap doktor cuti 2 hari?” Seorang Nurse iaitu Auni bertanya kepada Raudhah izzarah.
“Hah ... Auni sebab tu saya habiskan kerja saya hari ni. Ala.. dekat je pun dekat Kundasang Ranau nak tenangkan fikiran lagipun saya tak pernah ambil cuti. ” Raudhah izzarah menjawab pertanyaan tersebut sambil membuat kerjanya.
“Bagus tu Doktor kasihan juga tidak pernah ambil cuti”
“Ye.. Auni saya nak ke toilet sekejap”
Raudhah izzarah merenung wajahnya dihadapan cermin.
“Kenapa aku masih lagi boleh senyum sedangkan hati aku sakit. Sakit ingatkan Ummi dan Walid dan juga anak serta suami ku. Ya Allah sudah 3 tahun lebih aku tinggalkan mereka tanpa khabar. ” Airmatanya mengalir tanpa dia sedari. Raudhah izzarah mahu sahaja balik tetapi dia tidak berani untuk berhadapan dengan mertuanya dan ibu bapa nya.
“Ya aku harus kuat.. aku harus kuat hadapi semua ini. Aku pasti akan ada hikmahnya. Raudhah izzarah kau harus kuat. Seorang Doktor kau kena kuat.” Raudhah izzarah kuatkan semangat nya.
Selesai shif Raudhah izzarah dia balik ke rumahnya untuk mengemaskan keperluan nya. Raudhah izzarah sudah duduk di rumah sendiri. Selesai mengemas barang Raudhah izzarah duduk di bangku sambil melihat bintang.
“Anak Ibu... Ibu rindu.. ibu rindu Ummi dan Walid... Ibu rindu ayah ” Raudhah izzarah menangis sambil menatap wajah anak kembarnya dan suaminya.
Selepas subuh..
Raudhah izzarah selesai menyiapkan segalanya dan beg kecil sudah pun di masukkan ke dalam keretanya iaitu BMW X5 berwarna merah jambu.
“Bismillahirrahmanirrahim...” Raudhah izzarah membaca doa sebelum berangkat.
************************
Muhd Iezwan Daniel Lee POV“Aakif Lee , Aathirah Lee dah siap ke?? Kalau dah masuk dalam kereta sekarang. Ayah nak siapkan sikit barang. Sebab dekat sana kita akan tinggal dekat homestay. ”
YOU ARE READING
Suami Tanpa Setitik Cinta ✅ (Complete)
RomanceKENAPA PERLU ADA KEBENCIAN SEDANGKAN HATI KUAT UNTUK MENGATAKAN SAYANG. Complete ✔️ Published: 12 August 2017