3 tahun lebih berlalu....Anak kembar Iezwan Daniel Muhammad Nur Aakif Lee dan Siti Nur Aathirah Lee. Sudah petah bercakap. Dan anak comel itu diberikan Kasih sayang yang cukup dari nenek dan atok nya mahupun belah pihak ayah dan ibunya. Dan mereka juga diajar erti kasih sayang.
Dan Iezwan Daniel telah pun membawa anak-anak nya pindah semula kerumah mereka dan Iezwan Daniel terpaksa mengambil pembantu rumah yang baik hati untuk menjaga anaknya. Dan pembantu rumah yang bernama Mak Kalsom yang sudah berusia tua. Berasal dari Kedah.
Manakala Raudhah izzarah pula pergi tanpa diketahui dimana dia berada Iezwan Daniel hampir putus asa untuk mencari nya.
“Assalamualaikum....” Iezwan Daniel memberi kan salam dia baru sahaja balik dari kerja.
“Waalaikumsalam. Eh Nak Iezwan masuklah. Budak-budak tu tidur penat nampaknya habis bermain dengan saya. ” Mak Kalsom menjemput Iezwan Daniel untuk masuk. Dan mak Kalsom memanggil Iezwan Daniel dengan gelaran anak. Kerana Iezwan yang meminta.
“Yeke Mak Kalsom... ” Iezwan Daniel terus masuk menuju ke ruang tamu melihat gelagat anak-anak nya. Dia mencium pipi kedua anaknya..
“Anak Ayah penat ni... Asyik main je kerja” Iezwan Daniel mengomel sendiri.
“Nak Iezwan. Nak makan ke? Mak Kalsom ade masak kuih kegemaran Iezwan kuih tat telur dan donut gebu. Dan mak Kalsom ade masak juga kari kambing. ”
“Yeke mak Kalsom ... Iezwan terus lapar dengar semua tu ” Iezwan Daniel gembira dapat pembantu seperti mak Kalsom.
Iezwan Daniel terus berlari ke dapur.
“Ya Allah sedapnya.....” Iezwan Daniel mencium aroma masakan itu.
“Hah.. cuci tangan dulu Nak... Jangan gelojoh baca doa...”
“Baik mak” Iezwan Daniel mencuci tangan dan baca doa.
Mak Kalsom sayang amat pada Iezwan Daniel dan anak Iezwan Daniel kerana dia pernah mempunyai anak lelaki sebaya dengan Iezwan Daniel dan juga seorang cuci perempuan. Tetapi meninggal dunia akibat kemalangan. Oleh itulah mak Kalsom menganggap Iezwan Daniel dan anak Iezwan Daniel seperti anaknya dan cucunya.
“Mak Kalsom.. terima kasih masak Iezwan Daniel.. hari-hari sedap Mak. ” Iezwan Daniel juga sayang mak Kalsom seperti ibunya sendiri. Dia simpati apabila tahu semua cerita mak Kalsom.
“Ye sayang ... ” Mak Kalsom mengusap kepala Iezwan Daniel.
“Mak Kalsom.. Mak Kalsom boleh anggap saya anak mak Kalsom.. ”
Mak Kalsom terkejut mendengar nya.
“Yaka nak.. Ya Allah terima kasih atas kebahagiaan ini... ” Mak Kalsom memeluk Iezwan Daniel dan Iezwan Daniel membalas pelukan itu.
“Terima kasih. Nak mak nak merasa ada anak dan tempat mak meluahkan segalanya. Mak Kalsom tak ada sesiapa pun di dunia ni. Hanya ada Iezwan Daniel dan anak Iezwan Daniel sahaja. ”
“Ye mak .... ”
Akhirnya Mak Kalsom mendapat kasih sayang seorang anak walaupun Iezwan Daniel bukan anak kandung nya.
***********************
Selepas solat Isyak Iezwan Daniel membawa anaknya bermain.
“ Aakif Lee buat apa tu..”
“ Aakif tengah melukis ayah. ” Aakif petah bercakap. Begitu juga adik nya Aathirah Lee.
“Yeke. Aakif lukis apa?”
YOU ARE READING
Suami Tanpa Setitik Cinta ✅ (Complete)
RomanceKENAPA PERLU ADA KEBENCIAN SEDANGKAN HATI KUAT UNTUK MENGATAKAN SAYANG. Complete ✔️ Published: 12 August 2017