IEZWAN DANIEL LEE POV
“Ya allah. Mana isteri aku ni. Dari tadi tak balik² sekarang dah pukul 10:00 malam. Aduuhh raudhah sayang awak kat mana..” iezwan daniel amat risau dengan raudhah izzarah yang begitu lewat balik rumah.
Namun sebaliknya Raudhah izzarah dihantar balik oleh sahabat kerjanya Dr azren. Dan tanpa pengetahuan iezwan daniel. Walhal Iezwan daniel sudah menghantar pesanan melalui whatsapp. Tetapi raudhah izzarah tidak membalasnya.
“Semoga allah lindung awak raudhah sayang. ” Iezwan daniel begitu risau. Sehingga dia menanggukan kerja² dia menyimpan semua kertas kerjanya kedalam fail dan mematikan Laptop Acer miliknya. Iezwan daniel tiada mood untuk meneruskan kerjanya.
Selesai iezwan daniel menyimpan semua kertas kerjanya. Iezwan daniel keluar di luar rumah dan menunggu raudhah izzarah diluar pagar.
**********************
RAUDHAH IZZARAH POV
“Ermm Jem lagi ke Dr azren?” Raudhah izzarah sebenarnya amat risau juga kerana dalam perjalanannya bersama Dr azren jem kerana ada kemalangan.
“Hah.. Masin mulut awak Dr Raudhah akhirnya dapat juga kita lalu. Dah setengah jam kita jem ni ” Dr azren berkata demikian. Hati raudhah izzarah menjadi lega.
“Aduhhh kenapa aku rasa semacam ni. Macam ade masalah je nak berlaku ni” hati raudhah izzarah tidak sedap. Raudhah izzarah merasakan akan berlaku satu masalah besar.
“Dr raudhah awak oke?” Dr azren pelik melihat reaksi raudhah izzarah seperti orang ketakutan.
“Ok je. Hehe.” Raudhah izzarah cuba untuk mengawal perasaannya.
“Ermm Dr. Jalan pergi rumah Dr belok Kiri erk?” Dr azren bertanya lokasi rumah raudhah izzarah.
“Ye belok kiri”
“OK dr.. Hehe”
Beberapa minit kemudian...
“Ouhk Dr dah sampai dah. Erm tu husban Dr raudhah ke?” Dr azren mematikan keretanya lalu terlihat susuk tubuh iezwan daniel yang berpeluk tubuh.
Raudhah izzarah menjadi seram sejuk. Raudhah izzarah tahu iezwan daniel marah. Dan apa perlu dia bagi alasan untuk iezwan daniel percaya.
“Hah.. Tu husban saya. Btw Dr azren. Awak balik la ye. Hehe tq hantar saya. ” raudhah izzarah menyuruh Dr azren untuk balik. Raudhah izzarah takut iezwan daniel bertindak luar kawalan.
“Ok.saya balik dulu hati-hati Dr. Kirim salam dekat husban Dr.” setelah raudhah izzarah keluar. Dr azren menghidupkan enjin keretanya lalu pergi.
**********************
Semasa raudhah izzarah hendak masuk pagar. Iezwan daniel menghalang.
“Kenapa Tak reply teks saya?!” Iezwan daniel terus mangacukan soalan. Mata iezwan daniel sangat kemerahan seperti mengawal marahnya. Raudhah izzarah seperti tidak melihatnya berpeluk tubuh menunggu raudhah izzarah.
“Tepi saya nak masuk lah. Kalau nak cakap dalam rumah besar tu dah tepi!” Raudhah izzarah menepis tangan sasa iezwan daniel. Manakala iezwan daniel membuntut dibelakang raudhah izzarah menunggu penjelasan.
Semasa mereka berdua masuk kedalam rumah. Iezwan daniel memegang tangan raudhah izzarah begitu erat. Iezwan daniel amat marah dan cemburu kerana raudhah izzarah sanggup menyakitkan hatinya.
“Siapa lelaki tu raudhah !?” Suara iezwan daniel terketar² menahan amarah kemarahannya. Dan mengawal tindakan luar fikiranya.
“Kau ni kenapa? Dia kawan aku la.! Dia Dr Azren Hariz ” Raudhah izzarah membidas dan mempertahahankan kemenangannya.
“Ouhh kawan. Good. Sampai hantar balik erkk? Aahhaha ” iezwan daniel menepuk tangan dan ketawa paksa kemarahan.
“Dah aku nak mandi.” Raudhah izzarah menarik tangannya dari pegangan iezwan daniel. Dan semasa raudhah izzarah naik ke tangga dia berhenti. Apabila mendengar ayat yang diungkapkan oleh iezwan daniel.
“Ingat raudhah. Not easy saya nak lepaskan awak. Walauapa pun terjadi. Dan sekali lagi saya tengok awak keluar dengan lelaki tu atau lain² siap la awak dan saya takkan lepaskan raudhah kepada lelaki lain. Tahu la apa saya nak buat!” Iezwan daniel berkata keras dan sengaja buat raudhah izzarah takut. Dan jauh disudut hati iezwan daniel amat kecewa.
“Ermm” Raudhah izzarah malas hendak bertekak kerana raudhah izzarah tiba-tiba pening.
____________________________
BERSAMBUNG............
YOU ARE READING
Suami Tanpa Setitik Cinta ✅ (Complete)
RomanceKENAPA PERLU ADA KEBENCIAN SEDANGKAN HATI KUAT UNTUK MENGATAKAN SAYANG. Complete ✔️ Published: 12 August 2017