Di subuh hari Iezwan daniel bangun dari tidurnya yang lena. Pagi itu walaupun iezwan daniel tidak berapa bermaya di memaksa dirinya. Iezwan daniel pergi kebilik air untuk mengambil wudhuk untuk menunaikan solat subuh.Setelah selesai iezwan daniel mengambil wudhuk. Iezwan daniel pergi kebilik raudhah izzarah unutk mengajak raudhah izzarah solat berjemaah dengannya.
“Assalamualaikum. Raudhah ...” Iezwan daniel memberi salam sambil mengetuk pintu bilik raudhah izzarah.
Raudhah izzarah didalam biliknya amat lena sekali dan raudhah izzarah tersedar seperti bermimpi Iezwan daniel memanggilnya.
“Huh.. Emm ape lagi masalah dia ni uishh..” raudhah izzarah mengomel sendirian diatas katilnya sambil menyanggul rambutnya.
Dan raudhah izzarah bergerak memulas tombol pintunya.“Ya allah. Kacaknye dia...” Getus hati raudhah izzarah seperti dipukau melihat ketampanan iezwan daniel. Yang memakai baju melayu dan kain pelikat bercorak kotak².
“Waalaikumsalam ade ape!” Raudhah izzarah akhirnya menjawab salam iezwan daniel. Dan sengaja bersuara kasar.
“Jom solat subuh jemaah.” Iezwan daniel senyum semanisnya sambil mengajak raudhah izzarah solat berjemaah dengannya.
“Ok. Sekejap. ” Raudhah izzarah hanya turuti sahaja. Sudah termasuk kedua kalinya mereka solat berjemaah.
***********************
“Assalamualaikum” Raudhah izzarah memberisalam saat dia melangka masuk kedalam bilik solat dirumah mereka.
Pada subuh itu raudhah izzarah mengunakan telekung berwarna purple. Raudhah izzarah kelihatan amat cantik sekali.“Waalaikumsalam. Ermm masuk lah. Sejadah saya dah bentang tu.” Iezwan daniel mengajak raudhah izzarah masuk. Dan peliknya pada subuh itu iezwan daniel kurang bercakap.
Raudhah izzarah masuk dan berdiri di atas sejadah berwarna biru muda. Dan raudhah izzarah pelik kerana iezwan daniel tidak seperti selalunya yang suka bergurau walaupun dia dibenci.
“Erm pelik la mamat ni. Dari semalam sampai ke subuhni tak banyak cakap jer.. ” getus hati raudhah izzarah.
“Dah” Raudhah izzarah berdiri di atas sejadah yang telah dibentang oleh iezwan daniel.
Raudhah izzarah menangis saat dia mendengar iezwan daniel azan. Hati batunya menjadi lembut dan tenang sekali. Raudhah izzarah amat tenang sekali. Dan sudah kali kedua dia mendengar suara merdu azan iezwan daniel .
Selesai sahaja iezwan daniel iezwan daniel berniat dan mengangkat takbir solat subuh 2 rakaat. Dan setelah selesai solat iezwan daniel membaca doa sehingga hati raudhah izzarah tersentuh sekali.
“Bismillah
Ya allah...peliharalah hubungan kami suami isteri .....bahagiakanlah kami berdua di sampaing zuriat kami nanti insyaallah....Ya Allah,
mesrakan antara hati hati kami, tunjukkan lah kami jalan yang selamat, lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya. Hindarkan kami daripada segala kejian yang zahir ataupun tersembunyi.Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci.
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu.
Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau ridhai.
Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan
tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan.
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami,
penglihatan kami,
hati kami,
suami/isteri kami,
keturunan kami dan
ampunilah kami.Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Aminnn…”
Raudhah izzarah menganinkan doa iezwan daniel. Di dalam hati raudhah izzarah amat tersentuh. Betapa dia tidak tahu bahawa iezwan daniel seorang yang baik hati.
Dan iezwan daniel menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan raudhah izzarah. Dan raudhah izzarah teragak² untuk menyambut huluran tangan iezwan daniel. Raudhah izzarah mencium tangan iezwan daniel. Didalam hati raudhah izzarah terasa sesuatu.
“Ya allah. Betul ke aku dah mula cintakan dia. ” getus hati raudhah izzarah.
“Erm. Raudhah awak kerja ke hari ni?” Iezwan daniel bertanya kepada raudhah izzarah.
“Ye aku kerja kenapa?” Raudhah izzarah menjawab pertanyaan iezwan daniel sambil tangannya melipat telekungnya. Dan bahasa raudhah izzarah masih keras lagi. Kerana egonya.
“Ouh.. Macam mana kandungan raudhah . oke? Dah buat check up? Tak de alahan ke?” Iezwan daniel bertanya seperti penyiasat.
Kerana dia risau akan kesihatan raudhah izzarah.“Ok. Ja semua ok. So kau tak payah risau. Aku nak tuntut ja janji kau lepas aku melahirkan. ” Raudhah izzarah sengaja berkata demikian kerana dia mahu menyakitkan hati iezwan daniel. Lalu dia meninggalkan iezwan daniel yang masih duduk diatas sejadah.
Iezwan daniel hanya tersenyum.
“Tidak semudah itu aku lepaskan kau raudhah izzarah. ” Iezwan daniel bermonolog sendirian. Dan dia berdiri kemudian turun keruang tamu sementara menunggu pagi. Iezwan daniel mahu berenang dikolam samping rumah mereka.
_________________________
BERSAMBUNG...........
YOU ARE READING
Suami Tanpa Setitik Cinta ✅ (Complete)
RomanceKENAPA PERLU ADA KEBENCIAN SEDANGKAN HATI KUAT UNTUK MENGATAKAN SAYANG. Complete ✔️ Published: 12 August 2017