Situasi dalam kecemasan..Kedua anak Iezwan Daniel dalam keadaan yang lemah. Dan terbaring di atas katil hospital. Pada malam itu Raudhah izzarah bekerja shif malam. Dan beberapa orang lagi Sahabat kerjanya.
“Doktor Raudhah. Come kita ada pesakit ni... ” Seorang nurse memanggil Raudhah izzarah. Dan dengan pantasnya Raudhah izzarah pergi ke katil Aakif Lee dan Aathirah Lee.
Raudhah izzarah terkejut melihat kedua kanak-kanak tersebut.
“Eh bukan ke budak ni yang panggil aku ibu tadi.. ” Getus hati Raudhah izzarah.
“Doktor.. Ayah pesakit ni cakap anak dia tiba-tiba muntah selepas balik dari Airport tadi. ” Nurse memberi tahu kepada Raudhah izzarah.
Raudhah izzarah tanpa banyak cakap terus memeriksa Aakif dan Aathirah. Raudhah izzarah tenang sahaja.
“Nurse sediakan saya. 2 dose Tahan muntah dan Tahan sakit 2 dose ”
“Baik doktor. ” Dengan pantas nurse tersebut menyediakan.
Raudhah izzarah perlahan-lahan mencucuk jarum di tangan kanan Aakif. Dan selepas Aakif kemudian Aathirah. Aakif hanya terbaring lemah begitu juga Aathirah tanpa bermaya.
“Adikk... Sabar... ” Raudhah izzarah mengusap kedua anak-anak itu. Tetapi ada sesuatu yang meresap dalam hati Raudhah izzarah. Dia merasakan sesuatu.
“Ayahh... Maaanaaaa ibuuu... Aaayaaahh caakkaapp naakk bawa jumpa ibuuu .... ” Aakif mengigau.
Raudhah izzarah terkejut mendengarnya.
“Kenapa muka dia iras-iras Iezwan.. ohh tidak aku salah nii ..” Getus hati Raudhah izzarah..
“Doktor ini yang doktor minta..,” Ubat yang di minta oleh Raudhah Izzarah telah disediakan.
“Terima kasih..” Dengan berhati-hati Raudhah izzarah memasukkan ubat tersebut melalui jarum kedalaman badan Aakif dan Aathirah..
Dan beberapa minit kemudian Aakif dan Aathirah tertidur.
“Erm. Nurse beritahu ayah kepada pesakit ni. Saya nak masukkan kedalaman wad. Sebab anak dia terlebih sejuk dan juga mabuk maybe terlalu jalan jauh and suhu badan dia juga dalam keadaan tidak normal. Dan nurse lepas ni tolong ambil darah dua kanak-kanak ni hantar ke makmal untuk pemantauan selanjutnya. So far keadaan pesakit ni dah normal. ” Raudhah izzarah memberitahu kepada Nurse tersebut.
“Baik Doktor. ”
“Ok itu sahaja. Saya nak pergi wad kanak-kanak sekejap. Ada oncall dari wad tadi. ”
Sebelum ke wad kanak-kanak Raudhah izzarah masuk kedalam bilik air. Raudhah izzarah memandang cermin.
“Ya Allah. Kenapa budak tu seperti dekat sangat dengan aku. Hati aku rasa lain bila lihat wajah budak kembar tu. Ya Allah aku rindu anak aku. Macam mana keadaan mereka ya Allah.” Raudhah izzarah menangis. Dan merasakan sesuatu kepada Aakif dan Aathirah.
***********************
20minit kemudian...
Iezwan Daniel duduk dalam keadaan gelisah. Memikirkan tentang anaknya. Dalam masa yang sama Iezwan Daniel mengingati peristiwa dimana dia mengenali Raudhah izzarah.
“Raudhah.. awak dekat mana sekarang Raudhah... Anak kita dahaga kasih sayang ibu.. Abang tak kuat Raudhah..” getus hati Iezwan Daniel.
“Encik Muhd. Iezwan Daniel Lee.” Seorang Nurse memanggil Iezwan Daniel.
YOU ARE READING
Suami Tanpa Setitik Cinta ✅ (Complete)
Roman d'amourKENAPA PERLU ADA KEBENCIAN SEDANGKAN HATI KUAT UNTUK MENGATAKAN SAYANG. Complete ✔️ Published: 12 August 2017