Bab63

5.6K 99 1
                                    


Raudhah izzarah begitu sibuk durang dapur untuk memasak makan malam mereka. Raudhah izzarah memasak menu yang sihat. Kerana Iezwan Daniel perlukan berpantang agar lukanya bekas jahitan tersebut cepat sembuh.

Raudhah izzarah memasak sayur campur dengan sup ayam , ulam ulam, dan buahan.  Dan minuman pula Raudhah izzarah menyediakan Air milo panas .
Segala ubat-ubatan Iezwan Daniel telah pun disediakan diatas meja makan.

Setelah semuanya selesai Raudhah Izzarah menunggu Iezwan Daniel balik dari kerja kerana kebiasaannya Iezwan Daniel memang suka balik awal setelah selesai kerja . Sebelum maghrib lagi dia sudah sampai di rumah.

Masa Raudhah izzarah duduk disebuah sofa Raudhah izzarah terlihat gambar anaknya dan suaminya.

Ya Allah comelnya anak ibu.... Aakif dan aathira, ikut sangat muka ayahnya.  Ayahnya pun hensem comel pulak tu.. Aakif aathira ibu rindu. ” Raudhah izzarah memeluk gambar anaknya dan suaminya.

Ting tong......

Loceng berbunyi

Dengan pantas Raudhah izzarah membuka pintu rumah. Kerana Iezwan Daniel sudah pun balik dari kerja.

Assalamualaikum... ” Iezwan Daniel memberikan salam

Waalaikumsalam.. ”

Raudhah izzarah ingin bersalam dengan Iezwan Daniel tetapi Iezwan Daniel tidak menghulurkan tangannya.

Jangan fikir aku lupa atas apa yang terjadi Raudhah. ” Iezwan Daniel terus naik ke biliknya untuk membersihkan dirinya sementara menunggu waktu  maghrib.

Ya Allah ... Maafkan aku ya Allah . Bukan niat ku menyakiti hati isteri ku ya Allah. Aku cuma mahu dia sedari akan perbuatan nya ya Allah. Ya Allah kekalkan rumah tangga kami ya Allah. Berikan kebahagiaan kepada kami dan anak-anak kami ya Allah. ” Iezwan Daniel berdosa selepas solat maghrib

Sebenarnya dia sendiri tidak sanggup sakitkan hati Raudhah izzarah tetapi disebabkan ego dia sanggup buat sedemikian kerana dia takut perkara sebelum nya terjadi. Cukuplah dia kehilangan Raudhah izzarah berapa tahun yang lalu.

Selesai sahaja solat maghrib Iezwan Daniel turun ke ruang makan. Untuk makan malam.  Pada malam itu Iezwan Daniel sangat segak.

Awak marilah makan. Saya sudah sediakan makanan. Lepas makan awak kena makan ubat. Lepas tu if awak ada kerja buat sekejap then rest secukupnya. Awak belum sihat lagi ni.” Raudhah izzarah menjemputnya makan.

Iezwan Daniel hanya diam sahaja. Nasib suaminya jenis yang tidak memilih makanan kecuali air.

Kau tak letak racun kan dalam makanan ni. Aku takut kau tak puas hati dengan aku kau nak racun aku. ”

Raudhah izzarah terkejut. Sampai hati Iezwan Daniel berkata begitu.

Awak jahat macam mana pun saya tak pernah racun orang. ” Raudhah izzarah hanya tunduk sahaja tidak mampu untuk dia melihat wajah Iezwan Daniel.

Iezwan Daniel terus duduk di meja makan lalu menyantap makanan yang disediakan oleh isterinya. Dia amat rindukan masakan isteri nya. Raudhah izzarah pula hanya berdiri disebelah nya. Sedikit pun dia tidak dipelawa makan oleh Iezwan Daniel .

Setelah selesai makan dan makan ubat Iezwan Daniel masuk ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Dan Raudah izzarah mengemas meja makan.

Selesai sahaja  Raudhah izzarah membersihkan meja makan. Raudhah izzarah mengambil ruang duduk disebelah Iezwan Daniel. Dan Iezwan Daniel langsung tidak peduli keberadaanya.

“Awak....”

“Ermmm”

“Saya rindu Aakif dan aathira. Bila awak nak ambil mereka”

Iezwan Daniel terus merenung tajam wajah Raudhah izzarah.

Aku cakap jangan rapat kan diri kau dengan anak anak aku fahammm!!!! Aku tak nak mereka tercedera. ” Iezwan Daniel terus meninggalkan dia. 

Raudhah izzarah hanya mampu menangis sahaja.

*************************

Iezwan Daniel termenung di taman halaman rumah mereka. Dia memikirkan keadaan rumah tangga. Dan dia sudah nekad untuk berbaik dengan Raudhah izzarah. Kerana semua untuk kebaikan mereka dan anak anak.

Tanpa dia sedari Raudhah izzarah membawa secawan air Milo panas. Kesukaan nya.

Nah awak minum ni.. awak jangan terlalu stress awak tu belum baik . Awak harus jaga pantang. Tengok badan awak tak sasa dah macam dulu. Sekarang makin susut.
Raudhah izzarah memberi kan nasihat kepada Iezwan Daniel.

Eh dia ni tak ada perasaan ke?? Aku marah pun dia still jugak buat tak ada perkara terjadi. ” Getus hati Iezwan Daniel.

“Aku macam ni pun sebab kau. !”

Raudhah izzarah rasa bersalah. Dan dia hanya diam sahaja sambil duduk dengan jarak yang sedikit jauh dari Iezwan Daniel.

Maafkan saya.”

Kau tahu tak Raudhah. Sakit hati aku ni tak setanding dengan kau. Kau ada masa Aakif dan Aathira perlukan kau? Mereka masih bayi lagi saat tu. Diaorang menangis cari susu. Sampai saya tak tidur malam kerana aku takut mereka masih kecil. Aku bagi kasih sayang yang sepenuhnya dengan mereka . Begitu jugak Ummi dan Walid , ibu dan ayah. Masa tu aku lah ayah dan aku lah ibu.. dan apabila mereka Sudah besar mereka berdua sangat petah bercakap. Mereka cari kau, sebab dia hanya melihat wajah kau dalam gambar Raudhah. Hati aku sakit masa tu Raudah. Dan apabila aku bawa mereka bercuti ke Sabah mereka terjumpa kau. Tak sangka aku Raudah begitu kejam kau dengan aku masa tu. Aku datang baik-baik dekat rumah kau. Kau teriak , sampai aku dibelasah teruk oleh Izzue. Sakit Raudhah masa itu aku tak dapat bayangkan kalau aku pergi kerana Aakif dan aathira masih perlukan aku. Dan alhamdulillah Allah tu maha kuasa , dia masih bagi aku peluang untuk bernafas lagi . Dan semua tu bukan mudah untuk aku lupa kan Raudhah. Yes memang aku sayang kau, tapi sayang tu makin pudar. Sebab terlalu banyak kau sakitkan hati aku Raudhah . Jadi aku harap kau faham kenapa aku jadi begini. ” Luahan perasan Iezwan Daniel setelah apa yang terbuku dihatinya.

Raudhah izzarah hanya diam dan menangis. Dia tidak dapat bayangkan pengorbanan Iezwan Daniel saat dia tiada.

Maafkan saya” Hanya maaf yang mampu keluar dari mulut Raudhah izzarah.

Hari dah malam . Aku nak tidur esok aku nak kerja. Kau masuk lah tidur. ” Iezwan Daniel meninggalkan dia seorang di taman. 

_________________________

Bersambung

Suami Tanpa Setitik Cinta  ✅ (Complete)Where stories live. Discover now