“Sebenarnya. Encik iezwan pernah bertunang dengan seoarang Doktor ” Aryuni terhenti seketika apabila wajah raudhah izzarah tergaman.“Apa? Saya tak salah dengar ke ni?” Raudhah izzarah seperti tidak percaya.
“Sabar raudhah awak dengar dulu. Malangnya tunang encik iezwan daniel meninggal akibat kanser hati dan nama arwah bekas tunang encik iezwan Siti khadijah. Raudhah kalau awak nak tahu 5bulan lebih iezwan seperti orang tidak siuman sampaikan ibu encik risau encik iezwan terkena penyakit kemurungan. Dan boleh dikatakan setiap hari encik menangis menyebut nama arwah sampaikan tubuh badan encik susut. Dan raudhah pernah sekali encik cuba untuk bunuh diri kerana kecewan nasib baik ayah dan ibu encik sempat kalau tidak encik dah tiada dekat dunia ni raudhah. Selepas kejadian encik cuba untuk bunuh diri, encik dibawah ke hospital untuk dapatkan rawatan. Dan kalau raudhah nak tahu lagk satu sebenarnya encik tidak boleh sakit hati, kerana bila-bila masa sakit encik datang semula. ” Panjang lebar penjelasan aryuni sambil air mata menitis jika diimbas waktu itu dia tidak sanggup melihat keadaan iezwan daniel.
Raudhah izzarah hanya terpaku serta air matanya mengalir. Dia tidak menyangka iezwan daniel pernah menderita. Selama perkhawinannya dia banyak sakitkan hati iezwan daniel dia amat menyesal.
“Raudhah kalau awak nak tahu lagi. Encik pulih kerana dia dapat bimbimbang moral daripada keluarganya dan sahabatnya. Kalau tak mungkin sampai sekarang lah encik tidak pulih. Dan selepas dari pulih encik iezwan bercuti kesabah untuk hilangkan kenangan pahitnya. Raudhah satu nasihat saya yelah saya pun perempuan. Bukan hati kita sahaja orang nak jaga tetapi jangan pandang orang yang sentiasa senyum itu tidak mempunyai masalah kerana golongan itulah yang penuh dengan derita. Dan kalau raudhah sempat melihat keadaan encik iezwan masa itu. Mungkin raudhah tak tahu hendak kata apa. Tapi saya amat bersyukur sekarang encik iezwan dah pulih. Dan cintakan raudhah kerana sebelum ini dia pernah berkata bukan senang untuk dia cinta seseorang.”
“Aryuni. Saya banyak sakitkan hati iezwan saya kesal perbuatan saya aryuni. Saya takut iezwan tak nak terima saya dan anak saya. Dia dah benci saya” Semakin kuat tangisan raudhah hingga aryuni peluk dia dan tenangkan dia.
“Sabar raudhah saya hanya bagi tahu kebenaran sahaja. Jangan risau encik iezwan cinta raudhah kalau tak tak da la baby dalam perut ni kan. Dan raudhah kalau awak nak pujuk encik. Encik paling suka makan Ayam masak lemak cili api tau” Aryuni menenangkan raudhah izzarah.
“Terima kasih aryuni. Kalau tak sampai sekaranglah saya tak tahu cerita sebenar”
“Tak Raudhah.. Btw saya nak gerak dulu ni nanti kita jumpa lagi. Bye assalamualaikum” Aryuni memberisalam kemudia pergi.
“Waalaikumsalam.”
“Ya allah.. Selama ni aku menghukum orang yang tidak bersalah ya allah. Rupanya seteruk-teruk penderitaan aku, lebih teruk penderitaannya ya allah. Ya allah aku tak tahu berapa banyak dosa ku padanya ya allah. Iezwan maafkan aku” Raudhah izzarah amat menyesal dengan apa yang dia lakukan pada iezwan daniel.
Akhirnya raudhah raudhah izzarah bergerak ke Mall untuk mencari barangan baby dengan persaan yang hiba.
Iezwan Daniel Lee POV
“Apalah yang aryuni borak dekat raudhah tadi ehh. Ni tak boleh jadi ni raudhah tak boleh tahu semua tu..” Iezwan daniel resah gelisah dia takut akan perkara sebenar diketahui raudhah izzarah
_________________
BERSAMBUNG....P/S:Maaf andai ada kekurangan.
YOU ARE READING
Suami Tanpa Setitik Cinta ✅ (Complete)
RomanceKENAPA PERLU ADA KEBENCIAN SEDANGKAN HATI KUAT UNTUK MENGATAKAN SAYANG. Complete ✔️ Published: 12 August 2017