“Awak maafkan saya. Saya akui kesalahan saya tolong ampunkan saya. Saya bersalah” raudhah izzarah memegang tangan kanan iezwan daniel dan merayu meminta maaf.
Namun tiada respon dari iezwan daniel malahan iezwan daniel melihat tempat yang lain.“Bukan semudah itu untuk maafkan kau! Ingat faham!” Keras nada suara iezwan daniel dan meninggalkan raudhah izzarah diluar rumah.
“Awakkk maafkan saya......” Raudhah izzarah perlahan-lahan duduk dilantai menangis.
“Sayang maafkan mama, mama da buat ayah sakit, kali ini ayah dah benci mama,
Mama sayang ayah..” Raudhah izzarah mengusap perutnya dengan kesedihan.*************************
Iezwan daniel lee duduk termenung dibalkoni iezwan daniel amat serabut memikirkan keadaanya rumah tangganya. Sejujurnya dia tidak membenci raudhah izzarah tetapi dia hanya ingin raudhah izzarah tahu akan kesalahannya.
Iezwan daniel rasa bersalah kerana menaikkan suara pada raudhah izzarah.
“Ya allah.. Kenapa dengan aku ni. Kan doktor dah bagi tau dia perlukan perhatian..” Iezwan daniel memegang kepalanya yang berbalut dan dia amat serabut saat itu.
Jam didinding menunjukkan 12:00A.M sudah subuh raudhah izzarah masih berjaga dengan linangan air mata. Dia kesal dengan perbuatannya dia terlambat untuk luahkan isi hatinya yang sebenarnya.
“Iezwan maafkan saya....” Dan akhirnya raudhah izzarah terlelap dengan airmata.
Azan subuh berkumandang hingga membuatkan Iezwan daniel terjaga. Iezwan daniel bergerak kebilik air untuk mengambil air wudhuk. Selepas mengambil wudhuk iezwan daniel menunaikan solat fardhu subuh.
Selesai menunaikan solat fardhu subuh iezwan daniel berdoa.
“Ya allah. Ya rahman ya rahim. Pelihara la rumah tangga kami ya allah. Buka kan pintu hati isteriku untuk terima aku ya allah, aku tak sanggup kehilangan dia ya allah. Aku sayang pada dia ya allah. Ya allah permudahlan la isteri aku untuk lahirkan zuriat kami yang akan datang ke muka bumi ini ya allah. Jadikan la ia anak yang soleh dan soleha. Amin ya rab” Iezwan daniel sebak semasa berdoa dia takut kehilangan raudhah izzarah.
Semasa iezwan daniel turun ke ruanh tamu dia tidak melihat Raudhah izzarah kebiasaannya raudhah izzarah suda ada di ruang dapur untuk membuat sarapan.
“Mana dia ni. Selalunya pagi pagi lagi dah buat sarapan ni tak.” Iezwan daniel mengomel.
Tiba-tiba raudhah izzarah muncul dibelakang iezwan daniel pada pagi itu raudhah izzarah kelihatan amat berseri tetapi matanya kelihatan seperti orang yang menangis.
“Awak, awak dah cuci luka dekat kepala awak. Mari sini saya cucikan eh” Raudhah izzarah cuba untuk membuka baluttan dikepala iezwan daniel tetapi menepis tangan raudhah izzarah.
“Tak payah susah-susah. Aku boleh buat sendiri, kau jangan risau”
“Awak please biarkan saya tebus dosa saya pleasee....” Raudhah izzarah menangis dan merayu.
“Aku cakap tak usah faham ke tak!?” Iezwan daniel menaikkan intonasi suaranya dengan tegas hingga raudhah izzarah terdiam.
“Mulai dari sekarang kau jangan risau dengan aku. Dan kalau kau masih tidak puas hati tu pisau kau boleh bunuh aku. Well aku ni perosak hidup kau! Dan jangan susah susah untuk buat sarapan atau makanan lagi untuk aku. Aku tidak mahu satu hari nanti ada bangkitan faham.?” Iezwan daniel perli raudhah izzarah dan menatap wajah raudhah izzarah tetapi raudhah izzaarah hanya terdiam dan menangis.
“Awak maafkan saya....” itu sahaja ayat yang keluar dari mulut raudhah izzarah.
“Huh.. Buang masa ” Iezwan daniel meninggalkan raudhah izzarah dan dia mengambil kunci keretanya dan keluar.
Dan mulai dari hari itu hubungan mereka beruda rengang..
____________________
Bersambung
P/s: Maaf andai ada kekurangan
YOU ARE READING
Suami Tanpa Setitik Cinta ✅ (Complete)
RomanceKENAPA PERLU ADA KEBENCIAN SEDANGKAN HATI KUAT UNTUK MENGATAKAN SAYANG. Complete ✔️ Published: 12 August 2017