“Raudhah aku gerak dulu. Aku doakan kau dengan Iezwan dan anak anak kau semuanya selamat dah bahagia. Dan kau jaga diri yaa , banyakkan bersabar , bagi Iezwan masa untuk semua ni. ” Izzue menasihati Raudhah izzarah sebelum dia berangkat ke airportRaudhah izzarah tersenyum dan mengangguk kepalanya.
“Amin Izzue. Kau pun hati hati dekat sana, aku doakan kau semoga cepat sembuh. ”
“Amin.... Raudhah aku gerak dulu”
“Ye Izzue hati-hati. ” Raudhah izzarah melambai Izzue .
****************************
”Raudhah izzarah menguatkan semangat nya dan hati nya untuk menjenguk Iezwan Daniel dan anaknya. Bismillahirrahmanirrahim” Raudhah izzarah mengetuk pintu bilik Iezwan Daniel yang dirawat di bilik VIP.
“Masuk” Iezwan Daniel memberi arahan .
Raudhah izzarah dengan perlahan melangkah masuk kedalam bilik. Saat itu juga anak-anaknya sedang tidur di atas sebuah sofa yang sangat empuk. Manakala Iezwan Daniel pula sedang duduk di sebuah kerusi sambil melihat kearah luar tingkap.
“Aban..............”
“Stop calling me ABANG. Kau tak layak semua itu. ” Iezwan Daniel dengan cepat mematikan bicara Raudhah izzarah.
“iezwan.... Maafkan saya”
“Ya Allah berikan aku kekuatan. ” Getus hati Raudhah izzarah.
“Kau tahu betapa sakitnya hati aku ... Aku tak sangka yang kau begitu benci dengan aku? Kau masih tidak boleh terima aku? Ehh sedar lah Raudhah izzarah kau tu isteri aku. Kau benci aku sekali pun kau tetap isteri aku... Atau kau masih ingat dengan kekasih pujaan hati kau? ” Iezwan Daniel sudah tidak mampu bersabar.
Raudhah izzarah hanya menangis sahaja.
Setiap apa yang keluar dari bibir Iezwan Daniel membuat hatinya bertambah sakit.“I know my fault. Please forgive me”
“I said I did not want to hear sorry! " Iezwan Daniel menaikkan suaranya hingga bahu Raudhah izzarah terangkat.
Raudhah izzarah dengan segera melutut di kaki Iezwan Daniel untuk memohon maaf. Dia mengambil tangan kanan Iezwan Daniel sambil memohon maaf.
“Iezwan tolong maafkan saya . Awak tidak tahu apa yang saya rasakan. Awak sendiri ada jawapannya. Kenapa saya tinggalkan anak-anak selepas saya melahirkan. Awak fikir saya tidak sakit Iezwan? Hati saya hancur. Saya rasa kosong, jiwa saya kosong . Yes i know because semua keluarga saya dan awak benci kan saya. Tidak apa. Tapi tolong maafkan saya, saya terima semua keputusan awak ... Sakit Iezwan... ” Raudhah izzarah meluahkan segala isi hatinya yang sudah lama terpendam.
Iezwan Daniel terdiam. Buat kali pertamanya Iezwan Daniel melihat Raudhah izzarah menangis teresak-esak sebegitu. Hatinya menjadi sakit.
Disebabkan ego Iezwan Daniel menarik tangan nya dari genggaman Raudhah izzarah dan menolak Raudhah hingga Raudhah izzarah terjatuh kebelakang. Kepala Raudhah izzarah terhantuk di sebuah tembok.
Kepala Raudhah izzarah berdarah. Raudhah izzarah hanya tersenyum sahaja. Dia rela kerana itu adalah sebahagian dari kesalahan nya. Kalau itu yang mampu membuatkan Iezwan Daniel gembira dia rela.
Iezwan Daniel terkejut melihat darah yang mengalir. Dan dia rasa serba salah kerana menyakitkan orang yang dia sayang. Malahan dia pelik kenapa Raudhah izzarah senyum sahaja.
“Terima kasih Iezwan Daniel” Raudhah izzarah bersedia untuk mengangkat kaki untuk keluar.
“STOP !!”
“Follow me back Kuala Lumpur !!!” Arahan dari Iezwan Daniel dia tidak mahu kehilangan Raudhah izzarah.
Raudhah izzarah menghentikan pergerakan nya.
“Macam mana saya nak ikut awak balik kalau awak benci saya Iezwan. ”
“Aku tidak mahu dengar alasan dari mulut kau. Yang aku tahu aku nak kau kemas semua barang kau. Hantar notis 24 jam dekat hospital lepas tu minggu depan kita balik. Jangan bagi alasan kalau kau tidak mahu nahas. !!” Keras nada suara Iezwan Daniel.
“Baiklah.” Raudhah izzarah hanya turutkan sahaja permintaan Iezwan Daniel. Dia terima apa sahaja agar dia di maafkan.
“Duduk sini” Iezwan Daniel menyuruh Raudhah izzarah agar duduk di sebuah kerusi.
“Nurse tolong masuk hantarkan first aid kit ” Iezwan Daniel menekan sebuah butang Emergency call.
Iezwan Daniel perlahan-lahan mencuci luka dikepala Raudhah izzarah. Dia tidak sampai hati melihat orang yang dia sayang sakit.
“sakit?? ” Iezwan Daniel bertanya.
“Sakit sikit je” Raudhah izzarah hanya mampu menahan sakit yang sebenar. Dia hanya tunduk sahaja.
“Dah siap..”
“Iezwan awak macam mana hari ni? Luka awak dah ok?” Raudhah izzarah bertanyakan kesihatan suaminya.
“Aku sudah ok.. kau jangan risau , kau dengar arahan aku cukup. And aku nak ingatkan kau. If kita sudah sampai KL nanti dekat rumah aku nak kau jauhkan diri kau dari anak-anak aku. Aku tak nak mereka tercedera seperti aku ! Ingat itu.”
Raudhah izzarah terasa hati namun hakikatnya dia rela kalau itu yang membuatkan Iezwan Daniel bahagia.
_______________________________
Bersambung.....
YOU ARE READING
Suami Tanpa Setitik Cinta ✅ (Complete)
RomantizmKENAPA PERLU ADA KEBENCIAN SEDANGKAN HATI KUAT UNTUK MENGATAKAN SAYANG. Complete ✔️ Published: 12 August 2017