1 minggu berlalu..Keadaan rumah tangga mereka semakin dingin. Dan apa sahaja yang Raudhah izzarah lakukan ada sahaja tidak kena dipandang Iezwan Daniel. Dan pernah sekali Raudhah izzarah mengangkat panggilan di telefon Iezwan Daniel. Iezwan Daniel marah sekali hingga telefon tersebut dilemparkan ke dinding.
“Kenapa awak susah nak terima maaf saya Iezwan. Padahal saya dah minta maaf banyak kali, tetapi hakikatnya awak buat saya seperti orang asing dalam hidup awak Iezwan. Iezwan jujur saya katakan saya cintakan awak tapi saya dah terlambat untuk semua tu. Dan semua keputusan awak saya dah terima dengan hati terbuka.”
Raudhah izzarah mengusap kepala Iezwan Daniel semasa Iezwan Daniel tertidur di sofa. Dan akhirnya Raudhah izzarah pun keluar dari rumah untuk membeli kelengkapan bayi yang bakal lahir nanti.Perlahan-lahan Iezwan Daniel membuka matanya dia telah mendengar luahan perasaan Raudhah izzarah. Hatinya bertambah sedih. Kerana ego dia sanggup sakitkan hati orang yang di cintai.
“Sayang maafkan abang. ”
*************************
Raudhah izzarah POVMalam itu Raudhah izzarah langsung tidak keluar daripada biliknya. Dia tidak sanggup terima kata-kata cacian dan kebencian dari Iezwan Daniel.
Raudhah izzarah mengambil gambar semasa dia nikah.
“Kenapa la kau ni buta. Buta kerana terlalu ikutkan perasaan dan bergantung pada sesuatu yang tidak pasti. Sedangkan dia adalah lelaki yang cukup sempurna baik dengan ibu bapa aku dan semua orang. Memang layak dengan namanya tuannya. Iezwan maafkan aku kerana aku sakitkan hati awak. Dan buat awak marah selalu dan pernah hampir bunuh awak. ” Raudhah izzarah meluahkan perasaan pada gambar tersebut dengan tangisan halusnya. Semenjak Iezwan Daniel keluar dari hospital hanya air mata sahaja yang Raudhah izzarah keluarkan.
“Anak ibu. Ibu sakit sayang ibu hanya ada sayang berdua. Ibu tak kuat hadapi semua ini sayang. Ibu nak mengadukan dengan Nenek dan Atok tapi ibu tak sampai hati sayang. Ibu tak nak mereka benci ayah.” Raudhah izzarah sambil mengusap lembut perut nya. Anak dalam kandungan seperti faham dengan apa yang dia rasakan.
“Sayang jangan gerak banyak sangat. Tak sabar ni nak keluarkan.” Sedikit Raudhah izzarah tersenyum dengan tindak balas anaknya.
Raudhah izzarah mengambil kalendar aktivit nya.
“Ya Allah. Macam mana aku boleh lupa ni. Minggu depan Due date aku mengandung dan aku melahirkan anak aku hari Khamis. Ya Allah tak sabar rasanya ya allah.” Raudhah izzarah menangis kegembiraan yang tiada bandingan. Raudhah izzarah mengambil air sembahyang untuk sembahyang isya'.
Selepas sembahyang isya' Raudhah izzarah berdoa pada Ilahi.
“Ya Allah. Terima kasih dengan nikmat yang kau berikan ya Allah. Terima kasih dengan rezeki yang tak terhingga buat aku ya Allah iaitu anak kembar ya Allah. Ya Allah ampunilah dosa suami ku ya Allah. Ya Allah sihat dia ya Allah. Berkatilah Setiap kerjanya ya Allah. Ya Allah ampunilah dosa kedua orang tua ku dan mertua ku ya Allah. Ya Allah permudahkanlah urusan ku pada minggu depan ya Allah kerana minggu depan adalah tarikh persalinan ku ya Allah. Dan ya Allah ampunilah dosa ku ya Allah.. Allah ku tidak kuat hadapi semua ini ya Allah. Berikan aku kekuatan. Amin ya Rabbal Alamin. ” Raudhah izzarah menangis sepuasnya di sajadah nya. Kerana dia teringat kata-kata iezwan Daniel iaitu selepas sahaja dia melahirkan bayi tersebut dia akan diceraikan.
“Tidak apa aku kena kuat. Raudhah izzarah kau kena kuat hadapi semua ini. Mana Raudhah izzarah yang dulu seorang yang kuat dan bersemangat. Kau tak boleh sedih sedih. Nanti bayi kau lemah. Kalau kau lemah semuanya akan lemah. ” Raudhah izzarah cuba menguatkan semangat nya. Dan akhirnya Raudhah izzarah baring di atas katil bersama telekung nya hingga tertidur.
**************************
Iezwan Daniel POV
Iezwan Daniel termenung ditepi kolam renang. Malam ini itu Iezwan Daniel berenang di kolam untuk tenangkan diri dan mindanya.
“Uishh betul ke apa yang aku buat ni??” Iezwan Daniel keliru dengan keputusan itu untuk melepaskan Raudhah izzarah. Sejujurnya dia tidak sampai hati melihat keadaan Raudhah izzarah setiap hari menangis dengan sikap nya.
“Dan aku akan jadi seorang ayah. Ya Allah gembira nya. Aku akan ada anak kembar. Yeahhh aku akan jadi seorang ayah tak lama lagi .” Iezwan Daniel amat gembira.
“Yeah aku akan tarik balik kata-kata aku. Raudhah izzarah sayang. Maafkan abang, abang akan tarik balik kata-kata abang. Abang Sudah jumpa kebahagiaan abang. Tapi abang yang buta. ” Iezwan Daniel memutuskan untuk membatalkan niatnya untuk menceraikan isteri nya.
**************************
Pagi yang cerah Raudhah izzarah bersiar-siar di taman mini rumah mereka.
“Ahhh... Segar nya jiwa dan minda hari ini. Alhamdulillah aku sudah boleh lupakan semuanya.” Raudhah izzarah bersyukur.
“Lupakan apa Raudhah izzarah?!”
Raudhah izzarah terkejut dengan suara lelaki tersebut..
“Nothing to do with you. !! "
Iezwan Daniel tidak puas hati dengan kata kata Raudhah izzarah. Dia sendiri tidak menyangka Raudhah izzarah berubah.
“I NEED TO KNOW ?! " Iezwan Daniel tetap dengan pendirian nya yang ego.
“ Ok bye. I'm lazy to argue you. Because you're my husband and I respect you.”
Iezwan Daniel tergamam seketika.
“ For your information. I've received your decision to divorce me. And thank you for everything you gave me. Halalkan makan dan minum saya Iezwan Daniel Lee.. Assalamualaikum” Raudhah izzarah meninggal Iezwan Daniel sendiri di taman.
Hati nya sudah pudar dengan sikap Iezwan Daniel. Dia hanya mahu anaknya sihat. Dan sebagai seorang Doktor Raudhah izzarah kena kuat hadapi semua masalah.“ Why Raudhah izzarah. Kenapa awak masih ingat. Aghhhhhh!!!!” Iezwan Daniel melepaskan kemarahannya. Sebenarnya niatnya untuk betulkan semua keadaan tapi hakikatnya hancur begitu sahaja. Kerana egonya dia yang merana.
“Raudhah aku tak akan biarkan kau pergi. Percayalah... Aku akan selalu ada untuk kau dan anak kita . ”
_________________________
Bersambung...
*nantikan part seterusnya.
YOU ARE READING
Suami Tanpa Setitik Cinta ✅ (Complete)
RomanceKENAPA PERLU ADA KEBENCIAN SEDANGKAN HATI KUAT UNTUK MENGATAKAN SAYANG. Complete ✔️ Published: 12 August 2017