Jiao Shi Xian

1.1K 94 22
                                    

A-Xian

Dia yang matanya merah, berambut putih bak salju dan pada dahinya ada tanda lahir yang membuatkan rupanya berbeza dari anak lain. Jiao Shi Xian seorang periang dan dia dibesarkan dalam keluarga yang penyayang. Pendeta A-Uin yang menjaganya sejak kecil mencurahkan segala kasihnya pada A-Xian.

Walaupun A-Xian tidak dibesarkan oleh ibubapa kandungnya, dia punya makcik yang sangat baik hati dan sepupu yang sangat cantik. Dewa Takdir yang merupakan pakciknya seorang yang garang jadi A-Xian selalu akan mengelak dari membuat sesuatu yang membolehkan dewa itu marah. Masanya banyak dihabiskan bermain di rumah sepupunya, Pendeta A-Uin.

Tapi selepas berkenalan dengan Yu Yue, A-Xian mula keluar dari kepompongnya. Dia yang seringkali dipandang pelik kerana rupanya itu kini bertemu dengan orang yang sama nasib dengannya. Mereka yang berdarah campuran. A-Xian yang merupakan separuh musang dan separuh bertubuh xian itu sangat gembira setiap kali bersama Yu Yue.

Yu Yue yang dilahirkan sama seperti A-Xian, dengan mudah menjadi kawan. Sejak itu mereka berdua menjadi rapat yang mana kadang-kadang dilihat sebagaimana lebih dari seorang kawan. Mungkin kerana mereka berdua berdarah campuran jadi hanya mereka berdua saja memahami perasaan antara satu sama lain.

Hanya kerana mereka berdarah campuran, mereka dibuli, dicaci dan dihina. A-Xian yang dikatakan tidak layak untuk menjadi dewa atau dewi. Tambah lagi dirinya yang tidak mempunyai jantina. Orang luar yang tidak tahu akan keadaan di Wilayah Beku membuatkan keadaan makin parah. Bukan setakat A-Xian dibuli seperti dipukul atau dibaling batu, dia turut diraba dengan sengaja.

Namun itu tidak melemahkan semangat A-Xian. Perkara itu membuatkan A-Xian semakin kuat dan bertekad tak akan menyerah kalah pada sesiapa. Apa yang berlaku pada A-Xian disekolah tidak diketahui oleh keluarganya. Ini kerana A-Xian tinggal di asrama khas, begitu juga dengan Yu Yue, kawan baiknya. Mereka berdua mengharungi segala pahit manis bersama.

A-Xian yang sering nampak murung di kelas lantas ditegur oleh seorang guru. Namun A-Xian mendiamkan diri dan tidak memberitahu masalahnya. Semakin lama semakin teruk dan akhirnya A-Xian didenda oleh gurunya kerana tidak fokus dalam kelas. Yu Yue yang mengamuk apabila A-Xian didenda atas sebab bukan kesalahannya lantas turut sama dihukum.

Kedua pelajar ini mula menyalahkan guru mereka yang lebih percayakan pelajar lain. Pelajar lain mula mengambil peluang bagi menfitnah mereka dan menjatuhkan reputasi A-Xian dan Yu Yue. Akhirnya pada ujian bertulis yang pertama, A-Xian dan Yu Yue gagal. Ini kerana guru mereka dengki dan menukar kertas jawapan A-Xian dan Yu Yue.

Tapi apa A-Xian dan Yu Yue boleh buat? Memang betul mereka berdua tidak hormatkan guru. Sebab guru mereka tidak layak dihormati. Cikgu yang pilih kasih dan tidak percayakan murid sendiri. Kerana anak murid itu tidak menghormatinya, dia telah menggagalkan anak murid tersebut. Dengan itu, A-Xian dan Yu Yue tidak dapat menghabiskan pelajaran mereka dan terpaksa mengulang semula dari awal.

Tapi pelajar yang sejak awal mempunyai masalah begini tidak mungkin akan mempercayai sesiapa pun. A-Xian dan Yu Yue yang sudah putus asa untuk tamat belajar semakin lama semakin tidak ambil peduli dan mula membuat masalah. Bagi A-Xian, cuma ini cara dia hiburkan diri dan lupakan masalah. Selagi Yu Yue bersamanya, dia tidak kisah apa pun yang berlaku. Dia gembira bersama Yu Yue.

Sampai la cikgu baru diperkenalkan.

"Lui Guang Yin?!" A-Xian yang mendengar guru kelas mereka bercakap ketawa.

Orang luar lagi. Semua sama saja. Dia dan Yu Yue akan dibenci. Dia dan Yu Yue akan dihina dan dicaci lagi oleh cikgu baru ni nanti. Sama. Mereka semua sama saja. Guru kelas A-Xian juga melarikan diri. Lemah. Mereka semua patut berada di bawah kakinya. Lembab.

The Demon Hunter (Completed)Where stories live. Discover now