Arc XIII - Alchipesto 5

397 35 10
                                    

"Hei!!!!" Shen Mei berang. Dia merampas sudu dan garfu yang dipegang oleh Jinlong yang mana kini menggunakan tubuh A-Uin sesuka hatinya.

"Alahai, biarlah A-Uin makan banyak sikit. Jarang anak bonda nak makan macam ni." Shiruo yang mana tertipu dengan lakonan sempurna Jinlong mula menyediakan pelbagai juadah di atas meja makan.

"Kan dah cakap, dia ni bukan Xiao Huo!" Shen Mei mengetuk meja makan sambil menuding jari ke arah Jinlong.

Jinlong buat muka tak bersalah. Shiruo memandang ke arah anaknya yang nampak sopan di atas kerusi meja makan. Dia tersenyum.

"Makan la lagi A-Uin." ujar Shiruo sambil menghidangkan satu lagi pinggan berisi manisan.

"Terima kasih, bonda!" Jinlong tersenyum sambil menggunakan suara A-Uin.

Shen Mei rasa satu fius di kepalanya terputus. Dia memandang Jinlong dihadapannya tak puas hati. Jadi, macam mana semua ni boleh berlaku? Bukankah mereka asalnya mahu menjalankan upacara apa entah yang A-Uin dan Jinlong berbual sebelum ni?

Tapi kini Shen Mei hanya mampu menyilangkan tangan di dada. Dia masih belum putus asa cuma dia tak mahu cederakan A-Uin buat masa sekarang. Bila Jinlong dah keluar dari badan A-Uin, tahulah apa dia nak buat.

"Eheh.. eheheheh~"

Jinlong yang mana sedang menyuap manisan ke dalam mulut mengerling ke arah Shen Mei. Kelihatan aura kegelapan menyelubungi naga hitam itu sambil dia gelak dengan suara yang agak menyeramkan.

Shiruo terkebil-kebil. Dia menekup mulutnya sesaat kemudian sebelum berlari ke arah A-Uin dan menutup mata anaknya. "A-Uin, jangan tengok." nasihat Shiruo. Takut dia melihat Shen Mei yang umpama berada di dalam dunia sendiri itu.

Jinlong? Dia peduli apa, asalkan dia dapat makan.

"Bonda, tambah lagi!" dia bersuara riang.

.
.
.

Demon Lord Lan Zhong Yi menerima isyarat dari Pendeta Kayangan bahawa Shen Mei telah dijumpai tak lama selepas dia meminta Bing Huang mencari. Akhirnya dia dapat menghela nafas lega. Dia terduduk di atas takhtanya. Perasaan terkejut sudah hilang diganti dengan perasaan tenang.

Pelik.

Dia sepatutnya tidak mempunyai sebarang perasaan.

Jadi kenapa dia kini boleh merasakan emosi yang pelbagai? Kerana sebahagian dari dirinya di Dunia Manusia kini telah bersatu semula dengan tubuh asal? Bermakna, segala emosi yang dia fikir telah lama hilang sebenarnya berada di dunia berlainan. Menjalani kehidupan lain dan mempunyai memori berasingan darinya.

Jadi kalau dia kumpulkan semula semua ini, adakah dia akan dapat semula semua emosinya dan perasaan yang dia telah buang?

"Tuanku." saat itu suara Bing Huang menyampuk.

"Hm?" Zhong Yi mengangkat mukanya sedikit bagi memandang Bing Huang.

"Tentang perang yang berlaku di Kayangan, tentera kita telah berjaya menang di barisan hadapan. Tentera Lan Qiandan telah dipaksa berundur. Cuma perang di Timur Kayangan.. perlu ke kita hantarkan tentera kita untuk membantu?" soal Bing Huang sambil melaporkan segala yang berlaku.

"Yao yang mempunyai pedang Beta, kau dah berjaya jumpa?" Zhong Yi sebaliknya bertanya perkara lain.

Bing Huang tersentak. Dia tahu tentang Dewi Bulan yang telah dibunuh oleh Yao yang menggunakan pedang Tuanku Lan Zhong Yi. Tapi dia tak berjaya mendapatkan sebarang maklumat lain.

"Ampun Tuanku. Bing Huang tak berguna." lantas dia melutut dan sujud di atas lantai yang sejuk. Takut untuk mengangkat muka sendiri.

"Keluar." pendek arahan Zhong Yi.

Bing Huang mengetap gigi sebelum laju dia bangun dan keluar dari bilik takhta tersebut.

.
.
.

Fu Ki Qin melihat langit yang kelihatan luar biasa pada hari itu. Ya, sesuatu bakal berlaku. Perang yang berlaku di barisan hadapan mungkin telah reda namun begitu Dewa Maut itu nampaknya seperti tidak mahu berputus asa dari mendapatkan semula sebahagian dari kuasanya.

"Jumpa."

Suara yang tiba-tiba muncul, menyelinap ke belakang Fu Ki Qin. Dia tidak sempat berbuat apa-apa. Tubuhnya diikat dengan rantai besi yang keluar dari badan individu yang muncul secara mengejut itu. Seketika kemudian rantai besi itu menarik Fu Ki Qin masuk ke dalam badan individu tersebut dan dia ditelan begitu sahaja.

Lan Qiandan bernafas tercungap-cungap. Bukan mudah untuk dia berjalan di atas Tiga Dunia. Dia dibenci oleh langit dan sentiasa ingin dihapuskan oleh kuasa dari atas. Dirinya tidak diingini walau ke mana dia pergi. Setelah dia berjaya menyerap Fu Ki Qin ke dalam tubuhnya, dia lantas kembali menghilangkan diri.

Lesap. Kewujudan pokok berdaun emas itu kemudiannya layu perlahan-lahan sebelum terus bertukar menjadi debu dan menghilang. Angin yang bertiup hanya tinggal angin. Tak ada lagi bunyi deruan angin dan daun-daun yang berterbangan. Sunyi.

.
.
.

Ah Yin memandang Lui Yen di dalam penjara. Dewa Angin itu kini kelihatan seperti sedang tidur lena. Barangkali berada di dalam alam mimpi yang lebih indah dari dunia nyata. Ah Yin memegang besi palang yang memisahkan mereka berdua.

"Yin Er." suara Xiao Tu membuatkan Ah Yin tertunduk.

Xiao Tu menyentuh bahu Ah Yin dengan lembut, memberikan semangat.

"Agaknya, bila ayahanda akan sedar? Sudah lama dia begini. Bonda sudah tidak ada lagi. Perang di barisan hadapan sudah dimenangi oleh Kayangan dengan bantuan Demon Lord." Ah Yin bersuara.

"Mn. Tapi perang di Timur masih belum berakhir." Xiao Tu membalas.

Saat itu juga, berita mengenai perang di Timur sampai ke telinga Tianzi.

"Apa?! Benarkah?!" Tianzi bangun dari singgahsana miliknya dan memandang menteri yang bertanggungjawab.

"Tuanku, dari laporan tentera di medan perang.. mahkluk kegelapan secara tiba-tiba telah mengundurkan diri." jawabnya.

"Tapi kenapa? Kenapa secara tiba-tiba?" Tianzi berkerut. Rasa tidak sedap hati.

"Menurut laporan yang diterima, pohon emas milik Dewa Agung telah layu dan hilang begitu sahaja." menteri itu menyambung.

Dung!

Tianzi menghentak singgahsana tersebut dengan penumbuknya.

Jadi begitu. Dia faham kini. Matlamat mahkluk kegelapan yang menyerang bahagian Timur. Mereka mahukan Fu Ki Qin. Bahagian Timur yang tidak mempunyai apa-apa kecuali tanah luas dan sepohon pokok sepi. Tak logik untuk diserang dan menjadi medan perang pada asalnya. Tapi kini semuanya jelas.

Matlamat mereka sudah tercapai jadi mereka mengundurkan diri.

"Tak guna! Walaupun Kayangan menang perang di barisan hadapan.. tidak, untuk fikir perang di barisan hadapan hanyalah sebagai pengalih perhatian, matlamat mereka sejak awal adalah di bahagian Timur. Kita semua tertipu!" Tianzi bercakap dari celah gigi yang diketap, geram.

Mereka semua bodoh. Mudah dipermainkan. Siapa sangka?

Disebabkan kebodohan masing-masing juga, Dewi Bulan telah terkorban dan kini Dewa Angin tidak sedarkan diri di dalam penjara Wilayah Beku.

Tianzi menekup wajahnya, kecewa. Apa yang patut dia cakap?

Tak ada apa-apa.

Sebagai pemerintah, dia gagal. Dia tak berjaya melihat tujuan musuh.




The Demon Hunter (Completed)Where stories live. Discover now