Keluarga Xia:
Xia Guang Yin - Ah Yin
Xia Gu Yan - Bapa
Xia Jun Lin - Ibu
Xia Qiu Jian - AbangKeluarga Lu:
Lu Xiao Han - Shiehan
Lu Wu Ying - Jiao Wu Ying
Lu Shi Xian - A-XianKeluarga Wen:
Wen Dong Li - Bapa
Wen Mei Xi - Ibu
Wen Xiao Tu - Xiao Tu*
*
*Dunia Manusia
"Guang Yin." panggil Qiu Jian sambil memegang buku di tangan. Abangnya itu memang tak pernah dilihat tanpa buku disisi. Ke mana saja dia pergi, ada buku.
"Ada apa abang?" soal Guang Yin dengan senyuman. Telefon pintar yang dia main tadi ditolak ke tepi, memberi perhatian kepada Qiu Jian. Bukan senang abangnya itu mahu menegur.
"Mn. Papa dengan Mama tak dapat pulang hari ni sebab kerja. Kamu seorang diri di rumah boleh?" soal Qiu Jian tanpa perasaan. Namun Guang Yin tahu, abangnya risau.
Qiu Jian mungkin nampak macam orang yang tak ada hati dan perasaan tapi sebenarnya dia la orang paling penyayang. Kalau ibubapa mereka tak ada di rumah, Qiu Jian la orang yang akan menjaga Guang Yin. Cuma hari itu dia ada kelas di universiti jadi dia tak boleh menemani adiknya di rumah.
Guang Yin lantas mengangguk. "Pembantu rumah kan ada? Pengawal pun ada. Orang gaji, tukang kebun dan tukang masak pun ada."
Qiu Jian memandang si adik yang masih tersengih. Risau. Tapi dia tak tunjuk sebarang reaksi. Perlu ke dia batalkan kelas hari ni? Dia boleh telefon pensyarah dan minta kelas ditangguhkan untuk sehari. Lagipun universiti tempat dia belajar itu merupakan milik keluarga mereka. Kalau Qiu Jian gunakan autoriti yang dia ada, boleh saja.
Perasan akan abangnya yang mahu membuka mulut, Guang Yin rasa tak sedap hati. Kalau abangnya itu batalkan kelas semata-mata nak teman dia dekat rumah, tentu saja orang akan pandang sinis. Cepat-cepat Guang Yin memotong percakapan Qiu Jian. "Abang pergi la cepat, nanti terlambat ke kelas." pesannya.
Qiu Jian terdiam. Mulutnya kembali tertutup. Guang Yin memang macam boleh baca fikirannya. Setiap kali dia fikirkan sesuatu yang sebegitu, adiknya pasti akan memintas terlebih dahulu. Lalu dia hanya mampu mengangguk sebelum terus keluar dari rumah. Di laman, pemandunya sudah menunggu bagi menghantar Qiu Jian ke universiti.
Guang Yin menghela nafas lega setelah si abang berlalu pergi. Tindakan Qiu Jian memang ekstrem setiap kali sesuatu perkara itu berkaitan dengan Guang Yin. Di sekolah, Guang Yin diejek rakan sebaya sebab ada abang yang terlalu melindungi. Nasib saja Qiu Jian tak tahu tentang budak-budak tersebut. Kalau dia tahu, pasti sahaja tak dapat melihat dunia lagi esoknya.
Betul, dia memang melindungi. Ini kerana semasa Guang Yin berumur lima tahun, dia pernah diculik sebagai tebusan. Penculik telah meminta sejumlah wang jika mereka sekeluarga mahu Guang Yin selamat. Mujurlah mereka berjaya selamatkan adiknya itu dengan bantuan polis dan askar terlatih keluarga mereka.
Keluarga Xia, boleh dikatakan sangat terkenal kerana mempunyai cabang kuasa di dalam politik mahupun militari. Kerana itu juga, mereka sering menjadi target penjenayah. Bukan setakat penjenayah, keluarga lain yang mahukan kelebihan juga tak kurang yang datang mendekati mereka. Semuanya demi wang dan kuasa.
Qiu Jian yang mana sejak kecil lagi, terlalu matang tak sama dengan usianya itu menjadi harapan keluarga. Dia pewaris keluarga Xia yang utama. Adiknya pula dijaga bagai permata dalam keluarga Xia. Qiu Jian tak peduli orang cakap dia terlalu sayangkan adik atau apa, yang dia pasti Guang Yin perlu dilindungi.
Rumah yang mana kini hanya tinggal seorang saja Tuan Muda menjadi riuh-rendah. Ini kerana Guang Yin sudah memulakan 'parti' yang sering dia lakukan bila ibubapa dan abangnya tak ada. Semua pembantu rumah, orang gaji, tukang kebun dan tukang masak akan turut serta. Permainan pistol air. Bosan kerana tidak dibenarkan keluar dari rumah, cuma ini saja caranya Guang Yin hiburkan diri.
Sejak dia diculik dahulu, dia tidak lagi dibenarkan keluar dari rumah tanpa kedua ibubapa atau abangnya menemani. Di sekolah juga dia akan ditemani lima orang pengawal peribadi. Selepas tamat sekolah dia perlu terus pulang ke rumah. Pemandu akan datang menjemputnya.
Pesta menembak dengan pistol air bermula dan semua yang terlibat akan dikejar oleh pasukan 'pemburu'. Selama beberapa jam pekerja di kediaman keluarga Xia melayan karenah Tuan Muda mereka yang seorang itu. Selepas penat, barulah Guang Yin berhenti bermain.
"Tuan Muda Kedua, eloklah kita berhenti. Esok dah mula sekolah bukan? Tuan Muda Kedua perlukan rehat." sambil tercungap-cungap, si pembantu rumah bersuara.
Guang Yin tersengih. Dia tak sabar tunggu hari esok di mana sesi persekolahan yang baru bermula. Dia akan masuk ke sekolah tinggi. Suasana baru, kelas baru, cikgu baru dan kawan-kawan yang baru. Semestinya saat yang dia tunggu-tunggu. Kali ini dia ambil peperiksaan ke sekolah tinggi yang sedikit jauh. Ini kerana dia tak mahu berjumpa lagi dengan mereka dari sekolah lamanya.
Dia mahu ke tempat baru di mana tak ada orang yang kenal dengan dia. Dia mahu mula dengan episod baru. Tak ada lagi mereka yang akan mengejeknya. Hmph! Haters gonna hate but I will continue my life anew.
Lewat petang barulah Qiu Jian pulang. Tamat saja kelas, dia terus pulang ke rumah tanpa melawat ke tempat lain. Semuanya demi adik tersayang. Sampai saja di rumah, dia melihat sekeliling yang bersepah. Tahulah dia yang adiknya punya kerja. Dia memanggil salah seorang pengawal untuk bertanya. Pengawal itu terus melaporkan tentang perkara yang terjadi.
Qiu Jian hanya mengangguk. Asalkan adiknya tidak membuat perkara yang bahaya, dia tak akan larang. Biar Guang Yin berhibur. Penat, dia akan berhenti. Mungkin dia patut bawa adiknya itu keluar bermain hujung minggu nanti? Qiu Jian kemudian terus naik ke biliknya bagi merancang tempat untuk bercuti. Dia menelefon setiausaha ayahnya bagi menempah taman tema untuk dia pergi dengan Guang Yin di hujung minggu.
Guang Yin yang masih belum tahu tentang rancangan abangnya itu pula sedang sibuk bermain permainan di telefon pintarnya. Sambil dia berbaring di atas katil, sambil tangannya sibuk menggerakkan karakter di dalam permainan tersebut. Melihat jam yang menginjak ke lewat petang hampir malam, dia tahu sudah tibanya waktu makan malam. Lantas dia berlari turun anak tangga ke tingkat bawah, ke ruang makan.
"Abang!" Guang Yin menegur abangnya yang mana sudah pun duduk di meja makan, menanti Guang Yin tiba.
"Mn." Qiu Jian mengangguk.
Guang Yin duduk berhadapan abangnya dan melihat makanan yang dihidangkan. Semua makanan kegemarannya. "Hihi.. sayang abang!" dia memuji sebelum mencapai sudu dan garfu di tepi pinggan dan mula untuk makan tanpa menunggu Qiu Jian.
Tapi Qiu Jian tak terasa. Dia tahu perangai adiknya. Dia hanya memandang Guang Yin makan dengan seleranya sebelum dia juga turut mengambil sudu dan garfu kemudian mula makan dengan tertibnya. Gaya dia makan macam berada di hotel lima bintang. Beradap. Walau di mana dia berada, dia tetap makan dengan cermat. Buat Guang Yin malu secara tiba-tiba. Dia yang makan dengan gelojoh terus perlahankan pergerakan dan mencontohi abangnya.
Qiu Jian perasan akan kelakuan Guang Yin. Hujung bibirnya terjungkit sedikit namun senyuman itu terlalu kecil sehingga tak ada sesiapa nampak. Adiknya memang comel. Terlalu comel.
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Historical Fiction#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...