Keluarga Qing:
Qing Mo Shan - Ayah
Qing Zhan Ruo - Ibu
Qing Yu Fei - Abang
Qing Yu Dan - Abang
Qing Mei Li - Anak bongsu*
*
*"Macam mana sekolah hari ni?" soal Qing Mo Shan sambil menulis dokumen di ruang tamu.
"Hmph! Perempuan tak guna tu kacau daun!" rengek Mei Li, sengaja mengadu.
"Apa yang berlaku?" soal abangnya pula, Yu Fei.
"Abang~ buat la sesuatu. Xiao Tu, anak keluarga Wen tu!" Mei Li lantas duduk di sebelah abangnya di atas sofa lalu memeluk lengan Yu Fei.
"Wen Xiao Tu? Musuh adik sejak sekolah rendah, Xiao Tu?" Yu Fei ketawa berdekah. Dah bosan dia dengar nama ni sejak adiknya kecil lagi.
"Ada lelaki kacak ni, duduk sebelah adik dan dia mengorat lelaki tu! Adik nak lelaki tu, adik nampak dia dulu! Guang Yin adik punya!" dia merengek lagi sambil menggoyangkan lengan si abang.
Yu Dan mencebik saat melihat perangai adiknya yang masih tak matang. Umur sudah 16 tahun tapi masih macam kanak-kanak tadika. Siapa kau punya ha?! Yu Dan membuat muka menyampah. Entah mana-mana lelaki adiknya itu berkenan. Siap cakap dia punya lagi. Ada tag nama kau ke kat lelaki tu? Cop mohor yang mengatakan dia Mei Li punya?
"Gedik!" kutuk Yu Dan.
"Abang! Tengok Yu Dan!" Mei Li bangun dan menuding jari ke arah Yu Dan sambil mengadu kepada Yu Fei.
Yu Fei mengeluh. "Yu Dan.." tegur si abang.
"Abang Yu Fei manjakan sangat dia, sebab tu perangai macam ni!" marah Yu Dan.
"Diamlah! Kau tu cuma anak tak guna, jangan banyak cakap!" herdik Mei Li.
Yu Dan terdiam. Dia lantas bangun dan berlalu pergi dari ruang tamu itu untuk kembali ke biliknya. Anak tak guna? Memang betul dia anak tak guna jadi kenapa? Sekurang-kurangnya dia tak menyusahkan sesiapa. Ini kerana ibubapa mereka mahu Yu Dan menyambung belajar untuk menguruskan syarikat tapi Yu Dan menolak dan mengambil kursus seni lukisan.
Dia memang minat dengan seni. Tanpa pedulikan ibubapanya, dia buat apa yang dia suka walaupun dia tahu perkara tersebut melukakan hati Mo Shan dan Zhan Ruo. Namun Yu Dan juga tahu, ibubapanya sudah ada Yu Fei untuk membantu urusan syarikat jadi kenapa dia tak boleh belajar jurusan yang dia minat? Mei Li pun ada untuk tolong keluarga.
Disebabkan itu jugalah dia sering digelar anak tak guna oleh kebanyakan orang. Dia memalukan keluarga di pandangan mata orang lain yang setaraf dengan keluarga mereka. Anak kedua keluarga Qing itu merupakan pelukis? Lawak betul. Dia jadi bahan jenaka di majlis-majlis formal.
"Mei Li, sudah. Beritahu abang apa yang kamu mahu abang buat?" Yu Fei menarik tangan Mei Li supaya gadis itu bertenang dan duduk kembali di atas sofa.
Sebagai abang, dia tak suka melihat adik beradiknya bergaduh. Sebelum perkara menjadi lebih besar, lebih baik dia hentikan.
"Hmph!!" Mei Li menyilangkan tangan di dada. Tak puas hati.
.
.
.
."Ayah, Ibu.. hari ni Shi Xian ada kawan baru!" ujar Shi Xian saat doa tiba di rumah.
"Oh? Ceritalah." Xiao Han memanggil anaknya supaya duduk di sebelah.
Shi Xian lantas berlari ke arah ibunya dan duduk di atas sofa lalu memeluk pinggang Xiao Han. Wajahnya penuh senyuman. Entah kenapa dia rasa macam lama betul tak bertemu si ibu. Selalu begini. Shi Xian tak boleh berpisah dengan ibubapanya. Nanti dia menangis. Kerana itu, sejak kecil kedua ibubapanya akan membawa Shi Xian ke mana saja mereka pergi. Malah ke tempat kerja sekalipun akan dibawa.
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Ficción histórica#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...