Xiao Tu lebih suka berada dalam rupa asalnya, seekor arnab. Ini kerana ke mana saja Ah Yin pergi, dia boleh bersembunyi di dalam lengan baju dewa itu dan ikut sekali. Ah Yin pula tak ambil kisah. Asalkan Xiao Tu gembira, dengan rela hati dia bawa arnab putih itu ke mana-mana. Kadangkala dia akan memeluk arnab itu di lengannya. Sampai sesiapa sahaja yang melihat akan mula bercakap-cakap.
"Dewa Bulan! Tahukah Mika sekarang dunia kita ini masih berperang?!" tanya salah seorang dewa.
"Hm?" Ah Yin memandang dewa itu.
"Betul tu! Bawa mahkluk dari Dunia Kegelapan ke mana sahaja.. tak malu ke?!" salah seorang lagi dewa membuka mulut.
Bila seorang dah tegur, yang lain mula ada rasa berani nak masuk campur sekali. Ah Yin masih diam, membiarkan mereka yang tak puas hati berbicara.
"Dunia Kegelapan semua penduduknya sama sahaja. Tak berguna! Mereka tu semua banyak jahat!"
"Betul! Disebabkan perasaan negatif, mereka dilahirkan ke Dunia Kegelapan! Yao dan Mo.. semua itu mahkluk perosak!"
"Apa yang Mika cakap benar. Tak macam di Kayangan.. semuanya suci."
"Hah! Dewa Bulan, jangan cakap Mika kena goda dengan mahkluk Kegelapan ni? Hati Mika dah jadi hitam ke? Ahaha!"
"Dewa Bulan, kalau lama-lama berkawan dengan mahkluk Diyu, tak akan ada benda baik yang jadi. Tengok saja sejarah sebelum ini. Perang, perang, perang! Siapa yang mulakan? Hmphhh!"
"Tak ada yang baik yang datang dari Diyu!"
Ah Yin menggenggam tangannya. Wajahnya tak tunjuk sebarang reaksi namun dia yang mendengar segala macam cacian itu mula berasa amarah.
"Oh? Kayangan banyak makhluk baik? Suci? Jadi, beritahu Kita.. kenapa Kita lihat banyak orang dengki dan mengumpat dekat sini? Kita salah jalan ke? Xiao Tu, nampaknya Kita salah jalan ke Dunia Kegelapan." perli Ah Yin sebelum berpaling dan berpatah balik mengikut laluan yang lain.
Ke semua mereka yang tadinya bercakap buruk kepada Dewa Bulan terdiam. Muka mereka bertukar bengis dan sakit hati. Lengan baju dilibas dengan kasar. "Hmphhh!!"
.
.
."Yin Er, mungkin Xiao Tu patut balik ke Diyu." si arnab bersuara.
"Mengarut!" Ah Yin cepat-cepat memintas. Dia memeluk Xiao Tu dengan erat.
"Dewa dewi semuanya tak puas hati dengan Yin Er. Semuanya sebab Xiao Tu dari Dunia Kegelapan." Xiao Tu memberitahu sejujurnya.
"Jadi? Kita masih buat kerja Kita sebagai Dewa Bulan. Bukannya Kita tak buat kerja. Selain itu, tak bolehkah Kita mahukan masa untuk bersama Mika? Suka hati Kita la mahu bercinta dengan siapa. Di Kayangan ni banyak sangat yang nak menjaga tepi kain orang!" Ah Yin membalas dengan penuh perasaan.
Akhirnya si arnab hanya mampu mengeluh. Nak balik ke Diyu? Ah Yin tak benarkan. Kalau berjauhan, Dewa Bulan itu akan mengugut mahu meninggalkan kerjanya dan melarikan diri ke Dunia Kegelapan untuk tinggal bersama Xiao Tu. Tapi yang dipersalahkan sudah tentu Xiao Tu? Dia dituduh menggoda Dewa Bulan dan merosakkan dewa dari Kayangan itu untuk jatuh ke Dunia Kegelapan.
Demi menjaga nama baik Ah Yin, Xiao Tu ikut sahaja perangai kebudak-budakan Ah Yin yang tak mahu berenggang. Xiao Tu dalam bentuk arnab putih akan mengekori Ah Yin ke mana sahaja. Tapi Xiao Tu sendiri sebenarnya suka bila bersama Ah Yin. Dia juga tak mahu berpisah. Tapi mulut semua orang tak boleh nak ditutup. Akan ada sahaja yang berbicara.
"Perang dengan Dunia Kegelapan masih belum berakhir. Mika ada dengar? Nampaknya bahagian Timur telah diserang dengan tentera kegelapan. Tentera Kayangan di barisan hadapan telah bergerak ke bahagian Timur kini. Dewa Air, Dewa Tanah dan Dewa Api setiap satunya menjaga setiap penjuru. Cuma penjuru di barisan hadapan, sepatutnya dijaga oleh Dewa Angin.. kini diambil alih oleh tentera bantuan dari Diyu." ketika Ah Yin dan Xiao Tu melepasi satu kawasan, mereka terdengar perbualan tersebut.
Langkah kaki Ah Yin terhenti. Dia bersembunyi di sebalik dinding dan mencuri dengar perbualan di antara seorang dewa dan seorang dewi. Di kawasan istana itu, cuma dewa dan dewi yang mempunyai pangkat sahaja boleh masuk. Dalam erti kata lain, berita yang diterima selalunya benar.
"Ah. Bahagian Timur, dekat dengan kawasan lapang tu bukan? Fu Ki Qin, pokok tua itu yang mendiami kawasan tersebut." balas dewi pasangannya itu.
"Kenapa tempat tu diserang? Tak ada apa-apa disitu kecuali kawasan lapang dan sebatang pokok." dewa yang bercerita tadi menyoal.
"Eh? Fu Ki Qin.. bukankah dia penjaga Dewa Agung Fu Hann Li?!" ketika itu si dewi teringat sesuatu.
"Oh? Tapi.. tempat itu masih tak ada apa-apa yang berguna." dewa itu membalas, tak faham kenapa kawasan Timur itu menjadi pilihan tentera kegelapan untuk menyerang.
Ah Yin yang mendengar lantas dia menukar arah sekali lagi. Langkah kakinya menuju ke Wilayah Beku bagi bertemu si ayah, Dewa Angin. Jika Dewa Angin, dewa yang paling rapat dengan Dewa Agung Fu Hann Li, tentu dia mengetahui sesuatu?
Namun langkahnya terhenti lagi apabila dia hampir saja terlanggar seseorang.
"Oh, maaf." ujar seorang dewa yang hampir saja Ah Yin langgar.
"Tak, Kita yang mohon maaf." Ah Yin bersuara, sambil mendongak ke atas. Dia terkesima apabila melihat wajah asing di hadapannya.
"Ah, biar Kita teka. Dewa Bulan?" dewa itu tersenyum apabila dia melihat Ah Yin yang agak kecil itu. Kemudiannya dia ketawa kecil sambil menutup bibirnya dengan jari.
"Oi." wajah Ah Yin bertukar masam. Siapa dewa ni? Dia tak pernah nampak.
"Ahaha.. maaf, maaf. Kita dah lama tak balik ke sini. Banyak wajah baru." ujar si dewa. Dia mengusap kepala Ah Yin sesaat kemudian dia berjalan pergi.
Ah Yin tersentak. Dia menoleh. "Oi!" dia memanggil namun matanya terkebil-kebil apabila kelibat dewa itu telah hilang dari pandangan. Bukan setakat itu, auranya juga terus lesap. Seolah-olah dia tak pernah wujud.
Bulu roma Ah Yin meremang. Dewa yang mampu membuat sebegitu hanyalah mereka yang berpangkat Dewa Tertinggi. Ah Yin menelan liur. Dewa Tertinggi tak banyak dan mereka ini semuanya adalah elit yang telah hidup lama. Ah Yin yang baru menjadi dewa pula lebih dikenali sebagai Dewa Rendah.
Pangkat dewa dan dewi ada beberapa bahagian. Dewa Rendah, Dewa Tengah, Dewa Tertinggi dan Dewa Agung.
Dewa Tertinggi selalunya yang telah hidup lama dan telah menjalani banyak ujian sepanjang kehidupan mereka sehingga berjaya mencapai tahap tersebut. Dewa Agung? Mereka ini umpama lagenda yang hidup lebih lama dari Dewa Tertinggi. Setakat ini, Dewa Agung yang masih hidup cuma Hua Disung. Dewa itu boleh dikatakan paling tua yang masih hidup di Kayangan.
Dewa Tertinggi pula kebanyakannya semua merupakan mereka yang hidup sejak di zaman Dewa Agung Fu Hann Li. Dewa yang menegur Ah Yin tadi, siapa dia? Ah Yin tidak pernah melihatnya. Dia yang membesar di istana... sepatutnya mengenali ramai dewa dan dewi.
Dewa Air, Dewa Api, Dewa Tanah, Dewa Angin, Dewa (Dewi) Keamanan, Dewa Musang... mereka ini semua merupakan Dewa Tertinggi. Ah Yin kenal mereka. Tapi dewa tadi.. dia tak tahu.
"Yin Er?" suara Xiao Tu mengejutkan Ah Yin dari lamunan.
"Kenapa? Yin Er, ada sesuatu berlaku?" tanya Xiao Tu lagi.
"Tak.. tak ada apa." Ah Yin menggelengkan kepalanya. Hatinya rasa tak senang. Gundah gulana. Tapi dia tak mahu Xiao Tu risau. Mungkin dia yang salah pandang. Dia baru sahaja menjadi Dewa. Mana mungkin Dewa Rendah dapat meneliti Dewa yang pangkatnya lebih tinggi dengan betul? Mungkin dia salah nampak.
Ah Yin sedaya upaya menyedapkan hatinya sendiri.
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Historická literatura#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...