Arc XI - Penamat 2

368 38 13
                                    

Qiu Jian melihat si ayah yang tiba-tiba muncul di pejabatnya. Jarang betul Tuan pengarah nak turun ke tempat pekerja bawahan tapi yang menambah debaran dalam dada adalah wajah serius yang terpamer di wajah orang tuanya itu.

"Papa, ada apa datang ke sini?" soal Qiu Jian. Dia bangun dari kerusi di meja dan duduk di sofa sambil menjemput si ayah. Sekretari miliknya pula laju pergi membancuh teh. Maklumlah, Tun Besar datang melawat tak diduga.

"Qiu Jian, papa datang sebab papa dapat tahu dari Pengarah Lu tentang kamu." suara ayahnya berbaur amaran.

Qiu Jian menelan liur. Sudah lama masa berlalu, dia tahu lambat-laun Gu Yan pasti akan tahu juga.

Pap!

Sekali lagi dia ditampar di pipi. Sebelum ini oleh Pengarah Lu, kali ini oleh ayah sendiri.

"Anak tak guna! Tak tahu malu! Sudah cukup Guang Yin buat masalah malukan keluarga, kamu nak malukan lagi keluarga kita?! Nak cemarkan lagi keluarga kita?! Qiu Jian! Kamu tahu tak kamu ni pewaris syarikat dan keluarga Xia?!" marah Xia Gu Yan.

"Papa, Qiu Jian cintakan Shi Xian." beritahu Qiu Jian tanpa rasa malu.

Pap!

Sebelah lagi pipinya ditampar. Perit. Qiu Jian mengetap gigi.

"Papa tak akan izinkan! Esok juga kamu akan bertunang dengan anak perempuan keluarga Dou. Mereka dah setuju, papa dah aturkan semuanya dengan Tuan Dou. Sebarang kata tidak langsung tak akan dilayan! Kamu tak ada hak untuk menolak!" tegas Gu Yan lagi sebelum bangun dan keluar dari pejabat Qiu Jian.

Dada Qiu Jian turun naik. Sabarnya ditahan namun beberapa saat selepas kelibat Gu Yan menghilang dari pandangan, dia melemparkan segala macam benda dalam pejabatnya. Habis pasu bunga, fail syarikat dan bermacam lagi berterabur dan pecah ke atas lantai. Sekretari yang baru masuk dengan sedulang air dihalau keluar tanpa memahami apa yang berlaku.

"Arrghh!!!!!!!" Qiu Jian menjerit, mengejutkan semua orang di situ yang tidak pernah nampak bos mereka hilang kawalan. Buat pertama kali, mereka nampak Qiu Jian mengamuk.

Selepas puas dia melepaskan geram, Qiu Jian mencapai barangan miliknya dan keluar dari pejabat. Kereta miliknya dipandu sendiri. Pemandu kereta dihalau keluar dan ditinggalkan di hadapan pejabat. Dia peduli apa? Asal dia dapat lari dari semua masalah yang datang secara mengejut dan tiba-tiba.

.
.
.
.

Guang Yin melihat Xiao Tu di tepi katil, menoreh tangannya dengan pisau lipat.

"Xiao Tu!!" darah yang mengalir segera ditahan dengan tangan Guang Yin. Dia mencapai tisu di atas meja dan menekup luka tersebut.

"Apa yang awak buat ni?!" marah Guang Yin.

Gadis itu sedang menangis seorang diri. Guang Yin perasan, ada masa Xiao Tu akan hilang kawalan dan jadi macam ni. Mentalnya tidak stabil.

"Wuuu~" Xiao Tu masih mengalirkan air mata.

"Guang Yin menarik Xiao Tu ke dalam pelukannya dan mengusap kepala si gadis. Dia mengangkat Xiao Tu dan diletakkan ke atas katil. Peti kecemasan di tepi meja dicapai. Memang dia sudah letak disitu sebagai persediaan. Ini kerana perkara yang sama sudah banyak kali berlaku.

"Shh.. jangan menangis. Xiao Tu, jangan risau." pujuk Guang Yin.

"Tapi keluarga Xia sekarang jadi macam ni sebab saya." ujar Xiao Tu, menerangkan rasa hati yang dihimpit rasa bersalah.

"Bukan salah Xiao Tu." Guang Yin cuba meyakinkan.

"Sekarang Guang Yin dibuang keluarga. Awak cari kerja pun semua tempat tak dapat. Sebab ayah awak dah halang semua orang dari terima awak bekerja. Sampai bila kita nak hidup macam pelarian?" Xiao Tu menyuarakan rasa hati.

The Demon Hunter (Completed)Where stories live. Discover now