Arc IX - Godaan 2

380 41 0
                                    

Di majlis graduasi, Guang Yin dan Shi Xian merupakan antara pelajar cemerlang yang mendapat markah penuh. Kedua mereka turut ditawarkan untuk belajar di universiti terkemuka. Mei Li kemudiannya mengambil peluang tersebut untuk mendekati Guang Yin ketika orang ramai sibuk mengambil gambar sebagai kenangan.

"Guang Yin~ jom ambil gambar bersama!" ajak Mei Li dengan suara yang sengaja dibuat-buat lembut. Gedik saja gayanya yang meliuk lentok ke arah Guang Yin.

Guang Yin menahan rasa geram dan sakit hati yang dirasa. Ini kerana dia berada di kawasan yang ramai orang. Dia perlu menjaga maruah keluarganya. Jika bukan kerana dia fikir yang dia adalah Tuan Muda Keluarga Xian, dah lama dia tolak perempuan tu jatuh. Hmph!

"Guang Yin~!" Mei Li semakin mengada apabila dia tidak dilayan oleh lelaki itu. "Saya kan tunang awak, sampai hati awak layan saya macam ni?!"

Guang Yin menggigit bibir. Tangan yang menggenggam penumbuk itu ditahan di sisi badan. Dia tak mahu pukul perempuan. Amarahnya hanya menanti masa untuk meletus. Mei Li memang melampau. Suka mengugut Guang Yin. Dalam hati, Guang Yin berharap yang abangnya akan berjaya.

Tapi kini sudah setahun berlalu. Dia tahu abangnya tak akan mungkir janji. Cuma Guang Yin sudah tidak lagi sabar. Dia mahu menamatkan segala hubungan dengan Mei Li. Tak mahu tengok pun muka perempuan ni. Menyampah dan meluat.

Mahu atau tidak, dia mengekori sahaja langkah Mei Li untuk mengambil gambar bersama. Wajah Guang Yin masam. Mei Li tak puas hati. "Guang Yin, senyumlah! Apa orang cakap nanti kalau awak tak senyum dalam gambar kita berdua?!" gesa Mei Li.

"Suka hati la." balas Guang Yin. Dia menjeling perempuan itu.

Mei Li menghentak kakinya. Macam budak-budak. "Kalau awak tak ikut cakap saya, jangan harap Xiao Tu akan selamat!" ugut Mei Li, kali ini sengaja dia gunakan nama perempuan murahan yang dia kurung dalam kediamannya itu.

Hmph! Peduli apa dia? Asalkan dia dapat Guang Yin! Xiao Tu? Perempuan tu hanyalah hamba di rumah keluarga Qing. Walaupun Yu Dan kini sudahpun berkahwin dengan Xiao Tu, perempuan itu masih dilayan macam hamba oleh Mei Li. Kakak ipar atau bukan, dia tetap bencikan Xiao Tu.

Guang Yin tahu dia tak boleh lawan. Dia tak mahu sakiti Xiao Tu. Walaupun dia tak tahu keadaan sebenar Xiao Tu, tapi dia tahu gadis kesayangannya berada di dalam tangan Mei Li. Selagi Guang Yin ikutkan saja apa yang Mei Li mahu, Xiao Tu tidak akan di apa-apakan. Selagi permintaan Mei Li tak melampau, Guang Yin akan turutkan.

Melihat dada Guang Yin yang turun naik kerana menahan marah, Mei Li puas hati. Dia tak faham kenapa Guang Yin suka sangat dengan Xiao Tu. Walaupun sudah tiga tahun berlalu sejak mereka kenal. Sejak masuk ke sekolah tinggi, kini mereka sudah tamat belajar. Guang Yin cuma ada Xiao Tu dalam hatinya. Tak ada perempuan lain yang boleh mencelah.

Mei Li tak mahu kalah. Biar dia perlu guna cara kotor sekalipun, dia akan dapat apa yang dia mahu. Kalau dia cakap dia mahukan Guang Yin, dia akan dapatkan dengan cara apapun. Bayang hitam yang menghuni tubuh Mei Li sudah menyelubungi gadis itu. Hatinya gelap dan hitam, penuh kegelapan. Fikiran Mei Li hanyalah hasutan dari Shadow, bayang yang mendiami dalam dirinya.

Shadow dikawal oleh Mo. Mahkluk ini menghasut manusia untuk melakukan kejahatan dan jatuh ke dalam kegelapan. Bisikan mereka membawa manusia ke arah sesat. Semakin hitam dan gelap hati manusia, semakin Shadow berkuasa dan Mo akan menyerap tenaga negatif tersebut.

"Kekeke.. Guang Yin kau punya.. kau punya.. apa pun yang kau buat, semuanya demi Guang Yin. Tak salah.. cara kau tak salah.. ini cinta.. cinta.." bisikan demi bisikan diterima oleh Mei Li.

Gambar yang seterusnya diambil oleh Mei Li. Kali ini dia berpuas hati kerana kedua mereka nampak gembira di dalam gambar. Tersenyum seolah-olah dunia ini mereka yang punya. Walaupun senyuman milik Guang Yin itu palsu, Mei Li tak kisah. Dia mahu satu dunia tahu, Guang Yin miliknya.

The Demon Hunter (Completed)Where stories live. Discover now