Arc V - Jarak 4

474 41 4
                                    

Ah Yin melihat Lui Yen di sebalik palang besi. Tubuh dewa itu masih dipasung dengan rantai besi. Mata Lui Yen memandang ke hadapan dengan pandangan kosong tidak bernyawa. Dia juga tidak mampu melihat Ah Yin yang berada tidak jauh darinya itu. Apa yang dia lihat adalah kematian orang yang disayanginya. Cuma babak yang sama berulang kali ditayangkan sehingga membuat jiwanya gila.

Ah Yin menggenggam palang besi tersebut dengan kuat sebelum membuka mulutnya. "Ayahanda." panggil Ah Yin.

"........" telinga Lui Yen tidak mampu mendengar panggilan tersebut. Dia cuma mendengar bunyi jeritan kesakitan di medan perang. Terngiang-ngiang di telinganya tanpa henti.

"Ayahanda, bangunlah." panggil Ah Yin lagi sebelum mengetap giginya.

"........." seperti tadi, Lui Yen masih memandang kosong ke arah hadapan. Matanya putih tanpa sebarang perasaan. Mulutnya sedikit terbuka menampakkan giginya yang bertukar sedikit tajam dari biasa. Air liurnya meleleh keluar dari mulut dan dia menderam seperti haiwan ganas.

Akhirnya Ah Yin tidak lagi sanggup melihat Lui Yen yang sebegitu dan dia mengeratkan lagi pelukan pada Xiao Tu di sebelah tangannya. Setelah itu dia berpaling dan berjalan keluar dari tempat kurungan. Wu Tian yang menanti di halaman depan menoleh apabila mendengar bunyi tapak kaki. Dia memandang Ah Yin dengan simpati.

"Xiao Yin, jangan risau. Lui Yen akan sedar juga lambat laut. Pendeta Kayangan akan lakukan sesuatu." dia bersuara bagi meleraikan sedikit kekusutan di dalam hati Ah Yin.

"Mn." pendek saja balasan yang diterima dari Ah Yin. Lelaki itu tidak memandang Wu Tian sebaliknya berjalan terus melepasi Wu Tian dan pergi begitu sahaja.

Terkejut Dewa Tanah itu.

"Hmph!" Tang Zhi tersenyum sinis sambil menyilangkan tangan di dada. Dia mengangkat sebelah kening. Belakangnya pula disandarkan di dinding.

"Tang Zhi, Mika ni memang tak ada perasaan." tegur Yun Zu sebelum menjeling Dewa Api dan terus berlalu pergi.

Tang Zhi terdiam. Senyuman sinisnya mati. Wajahnya bertukar masam. Dia tak berniat nak memperlekehkan Dewa Angin dan Ah Yin, jadi kenapa Dewa Air itu selalu saja salah faham dengan dia? Kenapa?!

Wu Tian memandang ke arah Tang Zhi yang mana kini sudah duduk mencangkung di sudut penjuru sambil melukis bulatan. "Tang Zhi, reaksi yang patut Mika tunjuk adalah simpati." dia mengeluh.

"Tapi Kita fikir kalau Kita senyum, mungkin suasana akan ceria sedikit." bisik Tang Zhi sebelum mencebik.

Kali ini giliran Wu Tian yang terdiam. Senyum? Dewa Api senyum ke tadi? Dia fikir Tang Zhi berkelakuan sinis untuk memperlekehkan mereka. Jadi Dewa Api cuba menceriakan suasana? Kalau betul, dia gagal untuk menggembirakan orang lain. Senyumannya sangat menakutkan. Tak ada ceria langsung!

Kini giliran Wu Tian berundur diri. Kalah dalam pertempuran tersebut. Jadi orang tengah antara Dewa Api dan Dewa Air bukanlah perkara mudah. Yun Zu yang mana mengekori Ah Yin itu kini langsung tidak sedar akan Dewa Api yang sedang menangis di tepi penjuru. Dia cuma tahu yang Dewa Api sangat menjengkelkan.

.
.
.
.

"Tuan Dewa!" jeritan suaranya jelas bergema di segenap ruang namun dewa dihadapannya masih tidak mempedulikan dirinya. Dia yang sudah berjam-jam melutut disitu, mengetap gigi menahan rasa sakit hati.

Dewa yang sedang duduk di atas kerusi itu hanya tersenyum sendiri. Tangannya sibuk menyusun buah catur di atas meja. Sedikit pun tak ada rasa belas kasihan kepada si dia yang sedang melutut merayu kepadanya.

"Apa kau mahu?" akhirnya dia bersuara juga.

"Tuan Dewa, Dewi Petir dan Dewa Laut Hitam sudah tiada lagi. Tapi kenapa Tuan Dewa masih teruskan perkara ni?" soal Dewa Qilin, masih melutut dengan wajah ke bawah melihat lantai. Ini kerana dia tidak berani mengangkat muka untuk melihat dewa dihadapannya itu.

"Hm? Bukankah kau masih ada? Pengkhianat Kayangan yang bekalkan maklumat untuk Dunia Kegelapan menyerang." Lan Qiandan tersengih.

Dewa Qilin terdiam. Bukan niatnya mengkhianati Kayangan namun dia terpaksa. Anaknya sebelum ini dijadikan tebusan oleh Dewi Petir. Dia terpaksa mengkhianati Dewa Agung Fu Hann Li sekaligus menyebabkan kematian dewa itu. Namun Dewi Petir kemudiannya diracun. Anaknya diambil oleh Dewa Laut Hitam. Dewa Qilin diburu oleh Permaisuri Win Yian, Jiao Ran menyebabkan dia terpaksa melarikan diri ke Dunia Kegelapan.

Kini Dewa Laut Hitam telah dibunuh oleh pelindung Demon Lord dan dia sekali lagi melarikan diri bagi mencari perlindungan daripada Lan Qiandan, dalang kepada semua yang berlaku. Sakit hati macam mana pun dia, dia tak mampu buat apa-apa. Anaknya kini telah mati begitu sahaja dan dia digelar pengkhianat. Mengeluh juga tidak guna kerana tak akan selamatkan nyawa dia.

"Tuan Dewa, apa matlamat Tuan Dewa mencetuskan segala huru-hara ini?" akhirnya dia beranikan diri untuk menyoal.

Mendengar persoalan itu, Lan Qiandan ketawa. Buah catur yang disusun tadi dia sapu dengan lengannya dan campak ke tempat Dewa Qilin melutut. Semua barang di atas meja tadi terjatuh dan bersepah. Dewa Qilin diam, menutup mulutnya rapat walaupun dalam hati dia menjerit menyumpah seranah.

Wajah Lan Qiandan berubah. Kalau tadi dia ketawa kini wajahnya penuh amarah dan anak matanya bertukar merah menyala. Dia memandang Dewa Qilin dengan pandangan tajam yang menikam. Umpama mampu merobek setiap daging pada tubuh dewa itu. Dicarik-carik dan disiat-siat. Walaupun hanya pandangan, namun pandangan itu membunuh sehingga peluh dingin mengalir pada dahi Dewa Qilin. Tangannya menggigil.

"Dewa Kehidupan membunuh orang yang paling aku sayang. Jadi aku akan musnahkan semuanya. Aku cuma mahu Dunia Kegelapan sahaja yang wujud. Tempat tak guna selain itu tak perlu wujud." ujar Lan Qiandan sebelum memalingkan wajah, kembali mengutip buah catur dengan hanya menghayunkan sedikit tangan dan semuanya terbang kembali dari lantai ke atas meja. Dia sibuk bermain catur selepas itu tanpa menghiraukan Dewa Qilin.

Dewa Qilin menghela nafas lega dalam diam. Kalau dia terus dipandang oleh Dewa Maut yang tua itu pasti saja dia akan mati ketakutan. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya untuk melihat Lan Qiandan. Dalam fikirannya, dia banyak berfikir tentang apa yang diucapkan oleh Lan Qiandan. Jadi selama ini apa yang dia buat adalah supaya Kayangan dan Dunia Kegelapan benci antara satu sama lain. Namun kemunculan Lan Zhong Yi menyatukan dua dunia itu.

Lan Qiandan yang tidak berpuas hati memulakan konflik pertama dan Kayangan dan Dunia Kegelapan kembali berperang. Menyedari kewujudan Lan Qiandan, Lan Zhong Yi menghancurkan dunia bagi menggagalkan rancangan Lan Qiandan yang mahu menelan Kayangan ke dalam Dunia Kegelapan. Dunia baru tidak mengetahui kewujudan Lan Qiandan, cuma Lan Zhong Yi sahaja yang tahu namun selepas kehancuran dunia dia telah beradu.

Lan Qiandan kembali menjalankan rancangannya, menghasut Lan Jiayi keluar dari Dunia Kegelapan, mempertemukan Shiehan dan Lan Jiayi. Mencetuskan pergolakan kemudian menghasut Dewi Petir bagi menambah minyak pada api. Konflik kedua berlaku dan perang diantara Kayangan dan Dunia Kegelapan berterusan. Kemunculan Fu Hann Li kemudiannya telah menghentikan perang.

Tidak berpuas hati, Lan Qiandan mengatur rancangan baru untuk membunuh Hann Li. Menyedari akan sesuatu yang pelik, Hann Li meninggalkan tiga alam dunia dan memberikan takhta kepada orang lain sedang dia menyiasat apa yang berlaku. Dia bermaharajalela di dunia manusia, bertemu jiwanya, kembali ke Kayangan dan seterusnya dia bekerjasama dengan Zhong Yi.

Apa yang berlaku seterusnya, semua orang tahu. Kini Fu Hann Li memperjudikan nasib semua tiga alam dunia kepada seorang anak naga yang masih belum tahu apa-apa. Ya, kisah baru bermula. Ini adalah satu rancangan. Rancangan bagi menjatuhkan Lan Qiandan.











The Demon Hunter (Completed)Where stories live. Discover now