Ketua perompak itu tersenyum ke arah Shen Mei. Sebelah matanya ditutup dengan penutup mata. Namun berbeza dengan Yao dan Mo yang lainnya lelaki itu tidak mempunyai tanduk. Sebaliknya dia membuka sayap hitamnya dan terbang ke arah Shen Mei. Dia mendarat di hadapan Shen Mei di atas bumbung.
"Oh? Demon Hunter Hei Long datang untuk musnahkan kami?" soal ketua perompak itu.
"......" Shen Mei tidak menjawab. Dia masih lagi berfikir. Tugasnya adalah hapuskan tinggalan Dewa Laut Hitam dan pemberontak. Kumpulan perompak macam ni..
Apa yang perlu dia buat?
Shing!
Pedang ketua perompak itu ditarik keluar dari sarungnya lalu dituju pada Shen Mei.
"Hei Long.." suara lelaki itu bergema lagi.
Shen Mei mengeluh. "Dari kau sibuk merompak kampung ni, apa kata kau kerja bawah aku?" cadangnya.
"Oh? Kalau aku kerja bawah kau apa yang aku akan dapat?" ketua perompak itu tersengih. Nampaknya Demon Hunter yang dia sering dengar dalam gosip tak sama dengan Demon Hunter di hadapannya itu.
"Kekayaan yang lebih banyak dari merompak. Untuk pengetahuan kau, aku kerja untuk Demon Lord." cerita Shen Mei. Orang macam mereka ni, dari merompak lebih baik gunakan kekuatan mereka untuk buat sesuatu yang berfaedah.
"Oh? Demon Lord?" senyuman ketua perompak itu semakin melebar. Pedang yang dihala pada Shen Mei semakin direndahkan sebelum kembali dimasukkan ke dalam sarungnya.
"Baiklah." dia bersetuju dengan mudah.
"Eh?" Shen Mei terkejut.
"Heh.. Kenapa nak terkejut? Topeng kau tu diperbuat dari bahan yang tak ada ditempat lain. Mata aku tak pernah menipu. Sesuatu yang berharga macam tu tak lain tak bukan hanya boleh didapati daripada Demon Lord sendiri." ketua perompak itu tersengih.
"Aku percayakan kau." tambahnya lagi sebelum melutut di atas satu kaki. Sebelah tangannya disilang pada dada. Serentak, semua anak buahnya turut sama mengikut perbuatan ketua mereka.
"Demon Hunter Hei Long, mulai sekarang kami kumpulan Mougu berada di bawah arahan kau. Nama aku Dajin, dari puak Demon Bird." ketua perompak itu bersuara.
"......." Shen Mei masih lagi mendiamkan diri. Eh? Eh? Senangnya dia dapat anak buah. Dia yang selama ini bergerak solo tak pernah ada orang dibawahnya.
"Da..jin.." ulang Shen Mei.
"Ha! Demon Hunter Hei Long!" Dajin masih melutut saat dia menjawab panggilan Shen Mei.
Akhirnya Shen Mei mengeluh. Perompak tersebut semuanya sudah berhenti merompak kampung itu dan mereka kini menumpukan perhatian kepada Shen Mei.
"Ahh.. Tugas aku cuma memburu Yao dan Mo yang masih tinggal, mereka yang mengikut Dewa Laut Hitam dan pasukan pemberontak." terang Shen Mei.
"Oh.. Jadi kami hanya perlu hancurkan mereka semua?" soal Dajin meminta kepastian.
Shen Mei mengangguk. "Kau boleh ambil semua barang peninggalan mereka selepas kau hapuskan mereka."
"Heh.." Dajin tersengih. Dewa Laut Hitam memang sudah terkenal dengan kekayaannya sebelum ini. Untuk diberi peluang bagi mengambil semua..
"Kau tak takut aku khianati kau?" soal Dajin lagi.
Shen Mei tersenyum hambar disebalik topeng yang dipakai.
"Yao dan Mo yang telah bersumpah setia untuk mengikut seseorang tak boleh khianati tuan mereka. Mereka diikat dengan sumpah janji tersebut. Kau dah melutut dan bersumpah. Dajin." terang Shen Mei dan saat itu kesemua ahli pasukan perompak itu merasakan sesuatu yang lanas pada dada mereka.
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Historical Fiction#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...