Ah Yin memandang pintu gerbang Kayangan yang mana digunakan untuk ke Dunia Manusia itu dengan penuh takjub. Pertama kali dia lihat gerbang sebesar itu. Ini merupakan pintu di Wilayah Tengah, yang mana digunakan bagi menjalankan ujian dewa dan dewi. Mereka yang melalui pintu ini akan kehilangan memori mereka di Kayangan dan akan hidup di Dunia Manusia dengan identiti yang baru.
Xiao Tu di dalam pelukan Ah Yin menggesel pada dada lelaki itu. Ah Yin menundukkan pandangan bagi melihat arnab putih yang kini menggigit pula jarinya, namun tidak sakit. Dia tahu, Xiao Tu tak akan cederakan dia.
"Baiklah. Kita akan pergi sekarang. Jumpa di Dunia Manusia." beritahu Ah Yin sebelum melangkah ke dalam pintu gerbang dan arus dimensi menelan mereka berdua. Ruang antara dunia dan masa terbuka dan semuanya lesap ke dalam. Kawasan tadi kembali sunyi.
.
.
.
.Dunia Manusia
"Waa~ waaa~" bunyi bayi menangis membuatkan si lelaki yang menanti di luar tersenyum lebar. Dia tahu, anaknya sudah selamat lahir. Isterinya berjaya melahirkan anak kedua mereka.
"Jian Er, adik kamu dah lahir!" si ayah menjerit teruja.
"Hmm.." Xia Qiu Jian mengangguk, tidak berminat. Tangannya menyelak buku yang sedang dibaca.
Ayahnya mengeluh. Anak lelakinya yang seorang ini tidak akan pernah dapat berpisah dari buku. Adiknya dah lahir pun tak boleh tarik minat dia. Akhirnya dia mengalah dan terus masuk ke dalam bilik bagi melihat isterinya. Rumah agam mereka itu sangat mewah. Malah ketika melahirkan anak juga, doktor peribadi yang sambut. Tak perlu hantar ke hospital. Semua peralatan ada di rumah.
Xia Jun Lin tersenyum ke arah suaminya, Xia Gu Yan. Di dalam pelukannya merupakan anak kedua mereka. "Tahniah Tuan Besar, anak lelaki." ucap doktor yang menyambut anak mereka.
Xia Gu Yan tersengih sampai ke telinga, gembiranya tidak terkira.
"Sayang, nak namakannya sebagai apa?" soal Xia Gu Yan kepada isteri tercinta.
"Guang Yin? Xia Guang Yin." beritahu Xia Jun Lin.
Suaminya mengangguk. "Ah Yin, Ah Yin.. nama yang sangat padan dengan kamu." dia menyakat si bayi dengan jarinya, menguis pipi yang sangat lembut. Bayi itu sangat kecil. Sangat elok rupa parasnya. Anak mereka.
.
.
."Ha?!" A-Xian menjerit ketika dia mendapat tahu yang Ah Yin telah ke dunia manusia bagi menjalani ujian dewa dan dewi. Sedang mereka yang lain semua cuti sekolah dan ujian ditangguhkan, kenapa Ah Yin dapat pergi dulu?! Tak adil!
"Sebab Ah Yin perlu menggantikan Dewi Bulan. Dia perlu melakukan tugas Dewi Bulan." terang A-Uin. Mereka tak ada pilihan lain. Cuma Ah Yin yang merupakan anak Dewi Bulan sahaja yang lebih sesuai. Dengan apa yang berlaku pada Dewa Angin, semuanya huru-hara. Kucar-kacir.
A-Xian mencebik. Dia duduk disebelah A-Uin yang sedang menyelak buku rekod lama di dalam bilik pendeta. Walaupun bilik itu hanya pendeta sahaja yang boleh masuk, apa A-Xian peduli? Sejak dia kecil, A-Uin dah bawa dia masuk bermain dalam bilik tersebut. Ini kerana A-Uin yang besarkan dia dan jaga dia. Kalau tidak dibawa ke mana saja A-Uin pergi, apa akan jadi pada A-Xian?
Disebabkan risau, A-Uin heret sekali budak tu. Tapi sekarang dia dah besar pun masih tak mahu berenggang. Ke mana A-Uin pergi, dia nak ikut.
"A-Uin, hantarkan Kita ke dunia manusia juga. Kita nak ke sana. Kita pun nak jalani ujian juga." seketika kemudian A-Xian merengek.
A-Uin tak pedulikan si budak tak matang. Walaupun dia dah dewasa kerana berjaya membentuk demon core, fikirannya tak membesar. Masih sama macam budak-budak.
Selepas berjam-jam berlalu, A-Xian masih merengek. Peluh dingin mula mengalir di dahi A-Uin. Dia fikir budak ni akan berhenti bila dah penat. Tapi tekaan A-Uin salah.
"A-Uin! Mika pendeta bukan? Selain Tianzi, Mika juga boleh hantarkan Kita untuk jalani ujian. Kita tahu Mika boleh, jangan nak tipu." rengek A-Xian lagi.
Semakin banyak peluh mengalir. A-Uin tak dapat fokus membaca. Memang betul dia boleh buat ujian sendiri. Seperti Tianzi, dia juga boleh hantarkan mereka bagi menjalani ujian atau hukuman ke dunia manusia. Autoriti A-Uin sebagai pendeta lebih kurang sama macam Tianzi. Bezanya A-Uin tak ambil peduli politik di Kayangan. Kerja dia baca ramalan dan takdir.
"A-Uin, A-Uin.. tolong la. Kita dah besar. Kita dah layak jalani ujian." A-Xian masih belum putus asa.
Memang dia dah dewasa dan layak. Kriteria dah dipenuhi. Markah ujian di sekolah juga menunjukkan yang dia layak. Cuma ujian bertulis dia gagal. Bukan dia tak bijak. A-Uin tahu A-Xian sengaja gagalkan dirinya sendiri sebab tak mahu tamat belajar.
Dalam erti kata lain, A-Xian boleh menjalani ujian 7 perkara bagi menjadi dewa atau dewi di Dunia Manusia.
"A-Uin, A-Uin, A-Uin, A-Uin, A-Uin, A-Uin!!!"
Bang!
A-Xian terdiam terus. Tak sangka A-Uin akan menghentak tongkatnya ke dinding. Mata A-Uin terpejam. Dia menarik nafas dalam sebelum menghembuskan nafasnya. Kemudian, dia bangun dan berjalan keluar. Melihat A-Xian kaku disitu dan tidak mengekorinya, langkah A-Uin terhenti.
"Bukankah Mika mahu menjalani ujian?" soal A-Uin, sebelah kening terangkat.
A-Xian tersengih gembira sebelum bangun dan berlari ke arah A-Uin. Dah agak, A-Uin orang yang paling dia sayang. A-Uin tak akan pernah kecewakan dia. A-Xian sayangkan sepupunya yang seorang ini.
"Terima kasih, A-Uin!!" A-Xian memeluk leher A-Uin lalu mencium dahi pendeta itu. Rambut A-Uin digosok dan diramas sehingga serabut macam sarang burung.
A-Uin hanya mengeluh. A-Xian yang nampak teruja sebegitu sedikit sebanyak buat hati dia gembira. Budak yang dia besarkan ni dah macam anak dia sendiri. Sayangnya pada A-Xian tak kurang macam ibu kepada anaknya.
"Mari sini." panggil A-Uin. Dia membawa A-Xian ke sebuah kolam di tengah bilik Pendeta. Di dalam kolam itu terdapat dua ekor ikan.
A-Xian terkesima. Dia tidak pernah ke tempat tersebut. Lebih kepada dia tak tahu pun tempat itu wujud di dalam kediaman pendeta. Selama dia membesar di situ, A-Uin tak pernah bawa dia ke kolam ikan itu.
"Tempat apa ni?" soal A-Xian.
"Disini ada pintu ke dunia lain." beritahu A-Uin. Namun pintu itu hanya untuk kegunaan pendeta.
Tapi memandangkan A-Xian beriya mahu ke dunia manusia bagi menjalani ujian, tak salahkan kalau dia langgar peraturan ni? Lagipun, tak ada sesiapa tahu kalau diantara mereka tak cakap pada orang lain?
"Hehe.. A-Uin.. cepat.. tak sabar." A-Xian tersengih.
A-Uin menggelengkan kepalanya. Anak bertuah yang seorang ni..
"A-Xian, memori kamu di Kayangan akan hilang dan kamu akan hidup sebagai manusia selama 30 tahun dan merasai 7 perkara yang manusia rasa. 7 kebaikan iaitu Malu, Baik hati, Berpada-pada, Suci/Sopan, Sabar, Bebas dan Rajin. 7 kejahatan iaitu Bangga, Dengki, Keramaian, Nafsu, Amarah, Tamak dan Malas. A-Xian, segala seksa, gembira yang kamu rasa bakal mengajar kamu pengalaman baru." terang A-Uin sambil dia membuka pintu ke Dunia Manusia.
A-Xian mengangguk. Dia sudah bersedia. Lagipun, dia memang mahu lupa buat sementara waktu ini tentang apa yang berlaku di Kayangan. Dia mahu beralih angin.
"Mn. Baiklah. A-Xian, semoga berjaya." A-Uin tersenyum lalu melihat A-Xian yang mana kemudian melangkah ke Dunia Manusia.
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Historical Fiction#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...