Arc I - Yao dan Mo 1

1K 70 26
                                    

Langkah kakinya terhenti disitu. Suara yang amat dikenali olehnya itu kedengaran sangat lembut sehingga membuatkan tubuhnya kaku.

"XiHua, kau tak mahu bangun lagi? Kau tahu.. Dah lebih 1000 tahun berlalu. XiYue dah tak ada lagi tapi anak cucu dia dah besar. Kau tak mahu tengok? Putera Pertama dah dibebaskan dia berkahwin dengan perempuan yang sangat baik. Keturunan dia sekarang ni dah jadi pembesar di dalam istana. Anak murid kau, Wen Chong pun dah ada ramai anak cucu." cerita Zhong Yi.

Shen Mei berjalan mendekati pintu yang sedikit terbuka dan dia menjenguk ke dalam. Kelihatan Demon Lord itu sedang bercakap dengan sekuntum bunga. Baju ungunya beralun apabila angin bertiup masuk dari tingkap yang terbuka. Rama-rama berterbangan di sekeliling bunga yang dipegang Zhong Yi.

"XiHua, maafkan aku. Maafkan aku sebab terlalu lemah." tambah Zhong Yi lagi.

Shen Mei semakin lama semakin mendekati sehingga tidak sedar yang dia sudah masuk ke dalam bilik itu. Zhong Yi menoleh.

"Waa..argh!" Shen Mei berundur beberapa tapak apabila terkejut kerana Zhong Yi secara tiba-tiba menoleh ke arahnya. Saat itu, baru dia perasan yang dia sudah berada di dalam bilik.

"Anakku, mari ke sini." panggil Zhong Yi sambil melambai tangan.

"Tuanku.." teragak-agak Shen Mei mahu melangkah.

"Mari." panggil Zhong Yi lagi. Wajahnya tidak ada sebarang perasaan. Seperti patung yang terukir cantik. Membuatkan sesiapa saja meremang bulu roma.

Shen Mei berjalan ke arah Zhong Yi dengan takut-takut. Sampai saja dihadapan Zhong Yi, pemerintah itu kelihatan keliru. Pergelangan tangan Shen Mei dipegang olehnya dan dia mahu menarik Shen Mei ke atas riba seperti dulu-dulu. Tapi baru Zhong Yi perasan bahawa anak itu bukan lagi anak kecilnya. Dia sudah besar. Zhong Yi lantas melepaskan tangan Shen Mei.

Dia tidak faham tentang perasaan kerana dia telah membuang semua perasaannya. Tapi dia punya secebis rasa yang dibawa oleh jiwanya saat dia beradu. Satu-satunya rasa yang dia ada cumalah terhadap bunga disisinya itu. Zhong Yi tak mahu Shen Mei sedih. Jadi dia ikut saja apa yang orang lain buat untuk menjaga seorang budak.

"Maafkan aku." ujar Zhong Yi sambil memandang Shen Mei.

Shen Mei menggelengkan kepalanya. "Tuanku tak perlu minta maaf."

"Tapi aku tak tahu macam mana nak jaga kau. Kau dah besar sekarang. Bukan lagi budak kecil." balas Zhong Yi.

Dia keliru. Apa yang orang lakukan apabila anak sudah besar? Dia tak tahu. Dia tak punya sebarang perasaan dan tak mungkin memahami apa-apa yang berkenaan dengan keluarga. Namun begitu, dia masih mahu melindungi Shen Mei. Shen Mei yang ditinggalkan oleh seseorang untuknya. Zhong Yi telah bersetuju untuk menjaga Shen Mei kepada orang itu.

"Tuanku tak perlu lakukan apa-apa. Tuanku dah jaga Shen Mei dengan sangat baik. Kini, biar Shen Mei yang lindungi Tuanku pula." balas Shen Mei sambil tersenyum.

Zhong Yi lantas menyentuh bibir Shen Mei yang tersenyum itu. Dia juga mahu senyum tapi wajahnya tidak boleh mempamerkan reaksi sebegitu. Dia tidak mampu. Wajahnya tidak ada sebarang reaksi. Akhirnya Zhong Yi tertunduk dan mengangguk. Dia melepaskan Shen Mei dan memeluk bunga disisinya dengan erat.

"Tuanku, bunga ni.." dia bersuara apabila berminat nak tahu. Zhong Yi kelihatan berbeza saat bersama bunga itu. Dari wajahnya, terlihat senyuman kecil. Cuma apabila dia bersama bunga itu, Shen Mei dapat melihat senyuman Zhong Yi.

"XiHua. Dewi Bunga." jelas Zhong Yi.

"Tapi.. Dia cuma bunga." Shen Mei yang tidak memahami hanya melihat sekuntum bunga perak itu.

The Demon Hunter (Completed)Where stories live. Discover now