Arc XIV - Dewa Maut 2

417 40 15
                                    

"Ahahaha!!!!" Jinlong ketawa membuatkan A-Uin terkesima. Tubuhnya masih dikawal oleh Jinlong tapi dia tak faham kenapa naga emas itu merasakan ianya sesuatu yang lawak.

Heilong perlahan-lahan keluar dari kepompong sisik naga yang menjadi tempat dia beradu sebelum ini. Mata Jinlong mencerlung tajam ke arahnya, penuh takjub. Macam rama-rama yang baru keluar, bezanya naga hitam yang keluar itu hanya membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya kaku.

"Heilong, Heilong. Siapa sangka naga hitam sebenarnya bukan naga pemusnah! Ahaha! Kalau aku tak hidup untuk melihatnya selama mana pun aku tak akan pernah tahu!" Jinlong teruja. "Kosong. Jadi macam tu rupanya!"

Saat itu, Heilong membuka matanya. Anak mata berwarna emas itu nampak kontra dengan tubuhnya yang serba hitam. A-Uin terdiam. Mata itu, dia kenal. Selamanya dia tak akan lupa.

"Li Er." A-Uin menekup mulutnya. Perasaan yang langsung dia tak sangka, akan muncul. Tidak tergambar. Perasaan.. gembira?

.
.
.
.

"Kau pernah dengar tentang naga?" soal Hann Li.

Zhong Yi mengangguk. Sudah tentu dia tahu. Mahkluk yang mengawal dunia sebelum ini namun selepas Lan Qiandan memulakan misi membalas dendamnya itu, naga semakin berkurangan. Malahan selepas kehancuran dunia yang sebelum ini, mahkluk itu terus lesap macam tak pernah wujud.

"Naga kehancuran?" soal Hann Li lagi sambil menongkat sebelah pipi dengan belakang tangan. Dia tersenyum.

"Tch! Dah tentu aku tahu! Naga hitam, Heilong!" Zhong Yi membalas. Entah kenapa makin lama makin dia menyampah dengan dewa di depannya itu. Apa perasaan ni? Kagum? Dia tak mahu mengaku yang Dewa Agung itu sangat hebat walau dilihat dari mana-mana sudut sekalipun.

"Ahaha.. jadi, kau tahu sebenarnya kenapa Heilong digelar macam tu?" Hann Li masih bermain dengan teka-teki.

"Hmph! Sebab kuasanya mampu menghancurkan segalanya." jawab Zhong Yi. Dia pun hebat juga!

"Pfftt~" Hann Li ketawa kecil. Jarinya dibawa ke bibir. Rambut panjangnya yang dilepas beralun bila tubuhnya sedikit bergoncang apabila dia menahan diri dari ketawa terbahak-bahak.

Zhong Yi mengetap gigi.

"Kosong." jawab Hann Li selepas dia berhenti ketawa. Dia mengelap air mata yang hampir mengalir di tubir dengan jari sebelum memandang Zhong Yi.

"Huh?"

"Kosong. Kuasa Heilong adalah Kosong." tegas Hann Li lagi.

Ketika itu, barulah Zhong Yi faham sesuatu. Peluh dingin mula mengalir di dahinya. Sah, Dewa Agung di depannya itu gila.

"Kau.. kau nak kembalikan semula semuanya kepada asal?! Kau nak ubah masa silam?! Gila!" potong Zhong Yi.

Kalau benar kuasanya bermula dari kosong, bermaksud kuasa sebenar Heilong adalah memastikan semua perkara kembali kepada asal. Kuasanya bukanlah membawa kepada kehancuran namun membawa kepada asal dimana asalnya semua perkara tidak pernah wujud. Kosong. Namun disebabkan semua perkara kembali kepada titik permulaan, boleh dikatakan Heilong turut membawa kehancuran kerana semua benda sudah tidak wujud.

"Tsk, tsk, tsk. Zhong Yi, otak kau ni dah tua. Tak boleh fikir dengan bernas---" Hann Li belum sempat menghabiskan ayatnya apabila tangan Zhong Yi laju menuju ke arah kepalanya.

Hann Li lantas mengelak. Meja tempat dia meletakkan tangan bagi menongkat dagu sejak tadi hancur. Dia memandang ke arah Demon Lord itu penuh minat. Kelihatan urat kebiruan keluar di dahi Zhong Yi walaupun wajahnya tak ada sebarang reaksi.

"Pftt~ jadi Demon Lord yang tak ada perasaan pun boleh mengamuk." perli Hann Li.

Zhong Yi diam. Sah, dewa ni memang menjengkelkan. Tapi kalau ianya adalah Hann Li, mungkin rancangannya boleh diguna pakai. Mungkin, kalau Hann Li, dia boleh lakukannya.

"Jadi?" soal Zhong Yi.

"Jadi, aku yakin dengan tenaga aku selepas kematian boleh digunakan untuk menghidupkan Heilong." balas Hann Li, kembali berbincang perkara serius.

"Selepas tu? Heilong tak akan matang dan jadi dewasa tanpa naga lain."

"Heh~ Zhong Yi~ kau ni memang dah tua-----"

Kali ini kerusi tempat duduk Hann Li menjadi mangsa. Nasib saja dia sempat bangun dari kerusi tersebut dan mengelak.

"Tsk, tsk... Kau pernah dengar tentang naga emas?" sambung Hann Li macam perkara sebelum ni tak pernah berlaku.

"Hm? Jinlong? Setahu aku dia menghilangkan diri selepas Lan Qiandan mencuri kuasanya. Lepas tu tak ada sesiapa tahu apa yang berlaku. Sama ada dia dah mati atau tidak." Zhong Yi mengurut dagu sambil berfikir.

"Jinlong masih hidup." Hann Li tersenyum.

"Kau..." Zhong Yi memandang Hann Li tak percaya. Tongkat Pendeta, rahsia yang patutnya semua orang sudah lupa.

"Hehe~ aku yakin lepas aku mati, Xiao Huo akan jadi Pendeta Kayangan."

Kali ini perasaan takjub dalam diri Zhong Yi terhadap Hann Li hilang serta merta.

"Kau bukannya boleh lihat masa depan, apa yang kau yakin sangat? Dan apa kena mengena dengan rancangan ni?" Zhong Yi bertanya, tak puas hati.

"Aku yakin! Perangai perempuan tu, dia mesti nak ugut aku punya. Contoh, macam aku tak boleh mati atau dia akan jadi Pendeta supaya padan muka aku?" Hann Li mula meniru gaya kekasih hatinya itu. "Li Er! Mika tak boleh tinggalkan Kita! Kalau Mika pergi.. Kita akan jadi Pendeta dan tak kahwin sampai bila-bila! Wuuu~ sob sob~"

"Urgh.." Zhong Yi faham kini, perasaan yang dia rasa kini adalah menyampah. Walaupun dia patutnya tak ada sebarang perasaan, tapi bila bersama Hann Li dia mewujudkan rasa menjengkelkan.

"Ppfft~" Hann Li ketawa melihat reaksi Zhong Yi.

"Kau ni memang gila. Semuanya hanya untuk 'Xiao Huo' yang kau cerita ni?" Zhong Yi menyoal.

"Dah tentu. Aku lakukan semua ni hanya untuk bersama Xiao Huo. Kalau aku kembalikan semuanya kepada asal, Lan Qiandan tak akan menyebabkan keluarga Lan disumpah. Tak akan ada perang antara Kayangan dan Diyu. Aku dan Xiao Huo boleh bersama macam pasangan lain." terang Hann Li dengan yakin.

Zhong Yi mengeluh. "Dasar gila. Kalau 'Xiao Huo' yang kau cakap ni betul-betul jadi Pendeta, Heilong yang dikatakan ni akan bertemu dia. Bila Heilong berdekatan dengan Jinlong, satu resonan akan terbentuk dan secara automatik Jinlong akan terjaga dari tidur. Perkara yang hanya naga saja akan faham."

"Tepat sekali!" Hann Li menepuk tangannya.

"Jadi, macam mana kau tahu? Kau cuma dewa bukannya naga?" Zhong Yi mengangkat sebelah kening.

"Oh." Hann Li terdiam. Macam mana dia tahu? Dia Dewa Maut dan juga Dewa Kehidupan. Disebabkan sumpahan Dewa Maut, dia mempunyai memori setiap Dewa Maut yang sebelumnya. Jadi, perlu ke dia beritahu Zhong Yi?

Nahh.. cerita akan jadi panjang.

"Rahsia." Hann Li tersenyum.

"Heh.. Suka hati kau la." Zhong Yi malas nak melayan.

Tapi dia sedikit sebanyak faham apa yang Hann Li cuba lakukan. Kalau perkara yang sama berlaku pada XiHua, Zhong Yi yakin dia juga akan turut melakukan perkara yang sama. Apa pun dia sudah berjanji pada Hann Li, dia akan membantu dewa itu dalam rancangannya.

.
.
.

"Li Er." suara yang amat dikenalinya itu memanggil nama yang sudah lama dia tidak dengar. Suara yang dia rindukan selama ini.

Matanya yang dibuka perlahan-lahan itu kemudiannya memandang ke arah seseorang dihadapannya. Segala memori yang sepatutnya hilang kini kembali satu per satu. Bila ingat apa yang berlaku sejak kebelakangan ni, dia rasa malu sendiri. Jadi, dia pun boleh cemburu dengan dirinya sendiri.

Heh..

"Xiao Huo." Hann Li tersenyum lemah. "Kita, dah kembali."

The Demon Hunter (Completed)Where stories live. Discover now