A-Xian ketawa. "Pftt~ bukankah semua ni hanya kisah keluarga Heilong?"
Qiu Jian turut sama tersengih dan dia ketawa kecil. Ya, kisah keluarga itu tidak diceritakan dalam buku rekod sejarah yang dia tulis. Ini rekod rahsia.
"Mika ni pandai buat lawak." A-Xian bersuara. Dia memandang wajah Qiu Jian yang mana buat hatinya rasa tenang setiap kali dilihat. Penjaga rekod itu mengingatkan dia pada seseorang.
Qiu Jian menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia menggigit bibirnya.
"Nama Mika apa?" soal A-Xian.
"Jian Er." balasnya, pendek. Dia tak mahu beritahu nama sebenarnya pada A-Xian, jadi dia cakap nama yang Xiao Ming selalu panggil dia.
"Jian Er?" A-Xian berfikir sejenak. Walau dari celah mana sekalipun dia lihat penjaga rekod itu, wajahnya tak tumpah macam Qiu Jian.
Tapi A-Xian tahu, Qiu Jian seorang manusia. Lelaki yang dia cintakan dah lama mati. A-Xian tersenyum.
"Jian Er. Sedap nama." puji A-Xian sebelum bangun dan meminta diri. Dia masih perlu mencari Xiao Ming, budak nakal tu.
"Budak kecil ni memang nak kena!" A-Xian membebel.
Qiu Jian hanya melihat dewi itu pulang ke Kayangan. Tak apa, A-Xian tak perlu tahu. Cukup mereka berdua masing-masing sihat dan hidup gembira. Qiu Jian sudah puas hati. Dia tak mahu minta lebih. Orang yang tamak selalunya kerugian.
A-Xian pulang ke Kayangan dan saat dia menangkap kelibat Xiao Ming, budak itu dipiat telinga oleh A-Xian. Menjerit Xiao Ming dibuatnya.
"Budak ni!" marah A-Xian.
"Hei! Kita dah besar tahu tak!" Xiao Ming masih tak puas hati. Kenapa semua orang masih anggap dia budak kecil? Panggil dia si kecil, layan dia macam kanak-kanak...
Xiao Gu tu yang masih kecil!
"Tahu tak apa yang Mika dah buat kali ni? Xiao Gu cakap Lui Yen dia punya. Apa yang Mika beritahu Xiao Gu?" soal A-Xian.
Xiao Ming diam. Dia menelan liur. Ah, jadi adik yang dia sangka bijak itu dah salah faham.
"Eheheh~" si kecil Xiao Ming berpura-pura tak bersalah.
A-Xian mengeluh. Tapi apa dia boleh buat? Semua salah ibubapa yang pinggirkan anak-anak!!
Nanti.
Kenapa dia rasa deja vu?
Kenapa dia rasa macam dia pernah alami situasi macam ni? Nahh.. tak mungkin.
Dia ada kedua ibubapa yang penyayang. Dewa Agung Jiao Wu Ying dan Dewi Agung Shiehan. Mereka tak pernah abaikan A-Xian. Dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang yang melimpah ruah.
(Jiao Wu Ying dan Shiehan di kediaman di Qin Yian: *bersin*)
.
.
.Ah Yin mengusap arnab putih yang dipeluknya itu penuh kasih. Bukan selalu mereka dapat mencuri tulang untuk ke Dunia Kegelapan dan duduk melepak di dalam hutan tempat Xiao Tu memerintah ni?
"Ufufu~ Yin Er makin pandai mengusap haiwan." puji Xiao Tu membuatkan pipi Ah Yin berona merah.
Arnab putih itu kemudiannya bertukar menjadi seorang perempuan yang sangat cantik lagi menggoda. Dewi Arnab. Macam selalu, tak cukup kain. Ah Yin memalingkan wajah ke arah lain.
"Ufufu~ masih malu nak tengok ke?" usik Xiao Tu.
Ah Yin berundur beberapa tapak kebelakang namun dia tersadung pada akar pokok dan jatuh. Xiao Tu ketawa. Mengenakan Dewa Bulan itu memang seronok. Sekejap saja dia akan malu dan muka dia bertukar merah. Betul-betul menghiburkan hatinya.
.
.
."Tch!" XiHua menolak wajah Du Yan yang terlalu hampir dengan mukanya. Dia memandang ke arah Zhong Yi yang nampak teruja.
"XiHua, tengok.. suami awak ada lebih dari satu!" Zhong Yi membuat lawak.
Mana tidaknya, sekali tiga muncul! Perasaan Zhong Yi yang dia buang sebelum ini kini mereka berjaya jumpa dan sekali tiga pula tu!
Perasaan cinta dah pun Zhong Yi dapat. Du Yan, perasaan bahagia. Wang Qi, perasaan marah. Lou Chin, perasaan sedih. Ketiga-tiga lelaki ini muncul kerana tertarik pada XiHua dan kini mereka mengejar XiHua kerana mahukan perempuan itu.
"Zhong Yi! Tak guna! Tolonglah!!!" jerit XiHua yang mana kini terperangkap diantara tiga orang lelaki (Zhong Yi) yang berebutkan dia.
Zhong Yi (asal) hanya berdiri di tepi sambil minum cuka. Bukan tak nak tolong, dia nak tolong tapi perasaan marahnya (Wang Qi) akan sentiasa tolak dia ketepi.
"Waaa~ kalau tahu kita tak nak tolong awak! Waa~" XiHua yang kini merana, mula menangis.
Kenapa Zhong Yi perlu buang perasaan dia sebelum ni? Sekarang dah bercerai berai, mereka kena kumpul semula satu per satu. Paling tak puas hati adalah mereka semua ada rupa yang lebih kurang sama macam Zhong Yi dan semuanya tertarik pada XiHua.
Sebab Zhong Yi cintakan XiHua? Mungkin.
Mereka semua turut jatuh cinta padang pertama pada XiHua.
Kesannya, XiHua kini dikejar ramai lelaki. Semuanya Zhong Yi!
XiHua geram! Dia menyepak perasaan (Zhong Yi) yang lain dan mencapai Zhong Yi (asal) sebelum melarikan diri dan bersembunyi di sebuah taman.
Masing-masing tercungap-cungap selepas berlari. XiHua melihat sekeliling. Selepas memastikan keadaan sekeliling sunyi tanpa sesiapa, barulah dia melepaskan nafas lega.
"Semua awak punya pasal! Awak tahu tak betapa gilanya saya bila semua berebutkan saya?!" marah XiHua.
Zhong Yi tersengih. Memang salah dia. Tapi XiHua yang tawarkan diri nak tolong.
"Jangan cakap macam tu. Kan lagi senang macam ni? Kita gunakan awak sebagai umpan. Dengan cara ni semua perasaan saya tu akan kembali dengan sendirinya." balas Zhong Yi.
XiHua mengeluh.
Nasib kau la ada suami Psycho macam Zhong Yi.
.
.
."Apa Mika buat?" soal Jiao Wu Ying.
"Buat manisan. Nak bagi pada A-Xian. Dia cakap teringin nak makan." jawab Shiehan.
Jiao Wu Ying mengangguk. "A-Xian bila nak balik ke sini?" soalnya lagi. Rindu pada si anak.
"Dia kan duduk di Wilayah Beku." Shiehan tersenyum lemah.
"Bila dia nak pindah sini?" Jiao Wu Ying masih belum putus asa.
"Ish Mika ni. Anak tu dah besar, biarlah dia duduk berdikari sendiri." tegur Shiehan sambil membungkus manisan yang sudah siap.
Jiao Wu Ying mencebik. Kenapa A-Xian cepat sangat membesar? Kan bagus anak dia kekal budak kecil. Boleh dia jaga selamanya.
"Nah, pergi hantar pada A-Xian. Bungkusan lagi satu ni, beri pada Qiu Jian." pesan Shiehan sambil menolak dua bungkusan ke dalam tangan Jiao Wu Ying.
"Heh? Perlu ke beri pada Qiu Jian?" Dewa Musang itu monyok.
"Dah tentu la. Mika yang bawa dia ke sini, perlu la jaga dia dengan elok. Anak angkat Mika kan?" perli Shiehan sambil berpaling dan kembali menyiapkan manisan yang masih belum dimasak.
".........." Jiao Wu Ying rasa terabai.
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Ficción histórica#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...