Arc IX - Godaan 1

424 39 10
                                    

Dunia Kayangan

"Apa?!" Tianzi terus bangun dari atas singgahsana miliknya. Wajahnya terkejut.

"Seperti biasa, setiap kali ada ujian tentu saja Dunia Kegelapan akan menghantar Yao dan Mo bagi menggoda calon ujian untuk jatuh ke dalam kegelapan. Hmph! Taktik kotor!" Menteri 1 menyuarakan rasa tidak puas hati saat mendengar berita yang disampaikan oleh anak angin.

Walaupun Dewa Angin tidak ada untuk menguruskan mereka, mereka masih punya Angin Utama untuk berfungsi. Anak angin segera meminta diri selepas menyampaikan berita tersebut.

Tianzi kembali terduduk di atas singgahsana. Dia mengurut kepalanya yang terasa berdenyut-denyut.

"Ah Yin tak boleh gagal ujian ini. Dia perlu menjadi dewa bagi menggantikan Chang Er." Tianzi bersuara.

"Tuanku Tianzi, mereka perlu melepasi ujian ini dengan sendiri. Kita semua tak boleh tolong. Mereka yang perlu menang dengan sendirinya. Kalau mereka kalah dengan nafsu dan perasaan, maka mereka tak layak menjadi dewa atau dewi." nasihat Menteri 2.

Tianzi mengeluh. Menteri 3 hanya mendiamkan diri.

"Selain Ah Yin, Kita dengar ada seorang lagi calon?" Menteri 4 secara tiba-tiba membuka mulut.

"Eh? Bukan ada tiga calon kesemuanya?" kali ini Menteri 3 beranikan diri untuk bersuara.

"Huh?" Menteri 1 dan 2 memandang ke arah satu sama lain.

Berapa banyak calon sebenarnya untuk ujian kali ni?

.
.
.
.

Dunia Manusia

Setengah tahun berlalu, Guang Yin kini menginjak ke sesi persekolahan yang baru selepas tamat cuti semester yang lalu. Telah masuk ke tahun 2 sekolah tinggi. Masih belum ada berita tentang Xiao Tu. Ini kerana keluarga Qing menyembunyikan Xiao Tu dari pengetahuan luar. Apa yang berlaku pada gadis malang itu, hanya keluarga Qing sahaja yang tahu.

Guang Yin semakin tidak sabar. Dia menggesa abangnya supaya membalas dendam. Bayang hitam yang menjadikan Qiu Jian sebagai tempat dia menghuni semakin besar dan kuat. Kini semua yang dia cakap mempengaruhi perbuatan Qiu Jian. Dia berjaya menghasut lelaki itu. Guang Yin merupakan calon untuk ujian dewa dan dewi jadi Yao dan Mo tidak boleh menyentuh mereka.

Tapi bagaimana dengan orang sekeliling Guang Yin? Bayang hitam itu ketawa mengejek.

Disebabkan rancangan Qiu Jian yang diatur dengan teliti, semakin lama saham yang dimiliki keluarga Qing menurun. Malah harga pasaran dan barangan keluaran mereka di kilang mengalami masalah. Semuanya membuatkan keluarga Qing huru-hara dan kucar-kacir. Disebabkan itu juga, keluarga Qing menggesa Jun Li dan Gu Yan untuk mempercepatkan pertunangan Guang Yin dan Mei Li.

Tidak perlu tunggu mereka tamat sekolah. Mereka boleh bertunang sekarang dan berkahwin selepas tamat sekolah. Mendengar berita itu, Guang Yin menjadi bengang. Dia mencari abangnya untuk mengadu. Qiu Jian yang sentiasa menjadi tiang utama adiknya itu hanya mendengar dengan setia.

"Abang perlu lakukan sesuatu! Adik tak mahu berkahwin dengan Mei Li!" Guang Yin hampir menangis saat dia mengadu pada Qiu Jian. Dia menekup mukanya dengan tapak tangan. Perasaannya pada Xiao Tu terlalu dalam.

"Setahun. Setahun kemudian, abang janji keluarga Qing tak wujud lagi." janji Qiu Jian. Dia perlukan masa. Rancangan yang dia atur bukanlah boleh direalisasikan dalam masa terdekat. Semuanya memerlukan masa.

"Tapi setahun kemudian, adik dah tamat sekolah dan perlu berkahwin dengan Mei Li!" akhirnya air mata Guang Yin tumpah.

"Xiao Tu.." dia menangisi bagi pihak dirinya dan si gadis yang lesap tanpa sebarang berita. Apa yang berlaku pada Xiao Tu sekarang pun dia tak tahu.

The Demon Hunter (Completed)Where stories live. Discover now