Di majlis pertunangan Yu Fei dengan anak perempuan keluarga Zhen, ramai keluarga ternama menghadirkan diri. Majlis yang gah itu dihiasi perhiasan mahal dan makanan yang dihidangkan semuanya mewah belaka menggambarkan lagi kekayaan keluarga Qing. Kini mereka bersatu dengan keluarga Zhen, menambah kuasa yang keluarga itu ada.
Semuanya demi manfaat. Tak ada cinta dalam perkahwinan sebegini. Tapi pertunangan itu perlu dilangsung. Tak ada sesiapa yang kalah. Yu Fei seorang yang kacak malah anak perempuan keluarga Zhen itu juga seorang yang cantik. Masing-masing keluarga mereka keluarga ternama. Boleh dikatakan pasangan yang sepadan dan setaraf.
Qiu Jian bersama dengan Guang Yin disisi duduk di tepi dinding dewan. Malas nak bercampur sedang ibubapa mereka sibuk beramah mesra dengan tetamu yang lain. Ketika mata Guang Yin terlihat kelibat Shi Xian terus dia mahu berlari ke sana namun ditahan oleh Qiu Jian.
"Nak ke mana?" soal si abang, risau.
"Shi Xian. Di sana." Guang Yin tersenyum sambil menunjuk ke satu arah.
Qiu Jian memandang ke arah yang ditunjukkan oleh si adik. Seorang lelaki yang sedang tersenyum gembira berdiri tidak jauh dari mereka. Wajahnya manis tersenyum. Baju serba putih yang dipakainya membuatkan dia nampak macam seseorang dari Kayangan. Terlalu cantik. Cuma cantik sahaja perkataan yang sesuai bagi menggambarkan rupa anak Pengarah Lu itu. Ini kerana wajahnya bukanlah kacak macam lelaki lain.
Wajahnya terlalu lembut kalau nak cakap kacak. Bila senyum, dia nampak macam bidadari. Bila ketawa, dia malaikat suci yang tak tahu apa-apa. Rambutnya sedikit panjang, di mana kalau dia pakai baju perempuan memang orang akan percaya yang dia perempuan tulen dan sejati. Tapi tubuhnya yang leper itu dan 'kawan' di celah kaki mengesahkan bahawa dia seorang lelaki.
Qiu Jian menelan air liur yang terasa kesat di tekak. Apa yang dia fikir ni? Mengarut betul. Lalu dia melepaskan Guang Yin bagi berjumpa dengan Shi Xian sedang dia menanti di sudut yang sama. Sambil itu dia memerhatikan si adik dengan kawan barunya itu. Berbual sambil sekejap-sekejap mereka akan tersenyum dan ketawa. Buat Qiu Jian rasa cemburu sesaat. Dia tak ada rakan sebaya. Kalau ada pun semuanya hanyalah kenalan untuk manfaat masing-masing.
Orang yang dia boleh berkongsi cerita atau sandarkan bahu saat dia susah tak ada. Sejujurnya Qiu Jian sunyi. Dia cuma ada Guang Yin yang dia percaya. Adik yang dia sayang macam intan permata. Guang Yin dan Shi Xian masih berbual namun tempat mereka berdiri tidak jauh dari Pengarah Lu dan isterinya. Ini kerana si anak tidak boleh berenggang dengan kedua ibubapanya...
Atau mungkin saja Pengarah Lu dan isterinya yang akan panik kalau si anak berada jauh di tempat yang mereka tak dapat lihat. Qiu Jian tersenyum sedikit namun senyumannya kecil saja. Patutkah dia mendekati adiknya? Dengan cara itu dia boleh mengambil peluang bagi berbual dengan Pengarah Lu atau perlukah dia panggil Papa dan Mama?
Lantas Qiu Jian memanggil kedua ibubapanya dahulu sebelum mendekati keluarga Lu. "Ah, Pengarah Lu?" ayahnya tersenyum sambil melambai ke arah Wu Ying.
Wu Ying dan Xiao Han memandang ke arah tiga beranak yang datang mendekati.
"Papa, Mama, abang.. Shi Xian, ni Papa dan Mama kita. Ni pula abang kita." beritahu Guang Yin.
"Selamat berkenalan. Saya Shi Xian." lantas Shi Xian terus memberikan tunduk hormat kepada keluarga Xia.
Orang lain yang melihat terus mula berbisik antara satu sama lain. Tidak sangka yang anak Pengarah Lu itu begitu merendah diri. Bukan setakat itu, barangkali dia memang tak tahu apa-apa. Datang ke majlis itu pun kerana menemani ibubapanya.
"Oh, jadi ini ke kawan kamu yang kamu cerita tu?" Wu Ying memandang ke arah Shi Xian.
Shi Xian mengangguk. "Un."
Xiao Han tersenyum sambil mengusap rambut si anak. "Kalau begitu, pergilah berbual di sana." dia memberikan kebenaran untuk Shi Xian dan Guang Yin ke tempat menjamu selera.
"Baiklah!" Shi Xian tersengih sebelum memeluk lengan Guang Yin dan diheret ke ruangan menjamu selera. Sebenarnya dia dah lama terliur melihat hidangan yang terhidang.
"Ahaha.. mereka berdua rapat betul walaupun sekolah baru buka." Wu Ying memulakan perbualan dengan Gu Yan. Ini kerana dalam fikirannya juga dia berfikir perkara yang sama dengan ketua keluarga Xia itu.
"Hm.. baguslah kalau hubungan mereka baik." Gu Yan turut sama tersenyum.
Xiao Han kemudiannya memanggil Jun Lin untuk berbual bersamanya. Kini cuma tinggal Qiu Jian yang tak ada teman. Akhirnya dia meminta diri bagi mencari Guang Yin dan Shi Xian. Di kawasan menjamu selera, Shi Xian dan Guang Yin paling menarik perhatian ramai orang. Seorang Tuan Muda Kedua dari keluarga Xia, seorang lagi pula Tuan Muda keluarga Lu. Masing-masing dari keluarga ternama, dan hubungan mereka nampak baik.
Ketika mereka berdua berbual, senang saja Qiu Jian dapat mencari kerana tempat duduk itulah yang paling mendapat perhatian ramai. Ada saja perempuan dan lelaki sebaya mereka yang mahu mencelah. Siapa yang tak nak peluang bagi menambah baik hubungan keluarga mereka dengan dua keluarga ternama itu? Tuan Muda dan Cik Muda keluarga lainnya beratur panjang hanya untuk mendapat peluang bagi bercakap dengan Shi Xian dan Guang Yin.
"Wah, macam selebriti. Setiap kali saya duduk dengan Guang Yin, pasti ada saja orang yang datang nak berbual. Ahaha.." Shi Xian bersuara.
Guang Yin hanya membalas senyuman kawannya itu. Dalam fikirannya, dia mengeluh. Shi Xian memang tak tahu apa-apa. Walaupun tuan muda dan cik muda yang datang semuanya mahu mengambil kesempatan terhadap Shi Xian, Shi Xian melayan mereka semua sama sahaja. Guang Yin? Sudah tentu dia tak akan beri peluang. Berkawan dengan Shi Xian buat dia rasa nak lindungi Shi Xian yang terlalu naif.
Bukannya tak ada orang nak berbual dengan Shi Xian sebelum ni tapi mereka semua tak berani. Tapi bila melihat Tuan Muda Kedua keluarga Xia berkawan dengan Shi Xian, mereka fikir mereka juga ada peluang dan mula 'mendaki tangga'. Sama ada mereka berjaya atau tidak itu, keputusan Shi Xian.
"Guang Yin." panggil satu suara.
"Abang?" Guang Yin menoleh.
"Mn." Qiu Jian mengangguk dan mengambil tempat duduk di sebelah adiknya. Dia memandang ke arah Shi Xian yang tersenyum dan menganggukkan sedikit kepalanya.
"Tuan Muda Xia." Shi Xian menegur.
"Awak tak perlu panggil saya macam tu. Awak panggil Guang Yin pun dengan nama dia." balas Qiu Jian.
Rasa tak adil kalau mereka berdua dilayan berbeza oleh Shi Xian.
"Oh.." Shi Xian menutup mulutnya dengan jari. Matanya terkebil-kebil.
Guang Yin tersengih. "Panggil saja abang, kan? Abang tak kisah? Atau panggil saja apa-apapun." dia menempah keranda buat si abang. Hampir saja Qiu Jian terjatuh dari kerusi tempat dia duduk.
Sengaja dia lambatkan mengangguk. "Ahh.. hah.." Qiu Jian mengalihkan pandangan matanya ke arah lain sambil menggaru pipi yang tidak gatal.
Shi Xian yang perasan perkara kecil itu terus teruja. "Jadi Guang Yin ikut abang dia.." dia berbisik kecil. Kalau Guang Yin rasa gelisah, dia akan turut sama mengalihkan matanya memandang ke tempat lain sambil menggaru pipi. Adik-beradik ni, perangai lebih kurang.
"Huh?" Qiu Jian memandang kembali ke arah Shi Xian, tak faham kenapa anak muda itu ketawakan dia.
"Kalau macam tu, Qiu Qiu?" soal Shi Xian dengan mata bulat. Sengihannya melebar.
Guang Yin ketawa berdekah-dekah. Reaksi Qiu Jian? Kali ini dia betul-betul jatuh dari kerusi. Semua mata memandang ke arah mereka. Qiu Qiu? Ingat dia bola bulu ke? Qiu Jian memandang ke arah Shi Xian tak puas hati. Apa ingat dia haiwan peliharaan?
"Ppfftt~ " Shi Xian menahan ketawa. "Abang Qiu Qiu.." dia sengaja mempermainkan Qiu Jian.
Bukan apa, melihat muka si lelaki yang keras macam batu buat dia rasa nak kenakan abang Guang Yin itu. Qiu Qiu, nama hamster yang Shi Xian bela. Sesuai sangat dengan Qiu Jian. Kenapa sesuai? Tu kisah dekat chapter lain. Guang Yin yang faham apa yang cuba Shi Xian sampaikan hanya mampu ketawakan si abang.
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Historical Fiction#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...