Arc V - Jarak 2

513 41 19
                                    

A-Xian dan Yu Yue menanti di ruang balai menunggu. Wu Tian, Tang Zhi dan Yun Zu masih belum selesai menguruskan Lui Yen di bilik kurungan di penjara Wilayah Beku. Shiruo, Shiehan dan Jiao Wu Ying pula sedang menguruskan mereka yang datang dari Dunia Kegelapan sebagai tetamu. Tentera regimen milik Guron pula diminta bersedia di barisan hadapan medan perang jika ada sesuatu berlaku.

A-Xian mula resah saat dia menunggu. Yu Yue tidak faham kenapa sahabatnya itu tidak senang duduk. "A-Xian, duduk la elok-elok." tegur Yu Yue yang mana asyik 'disapu' oleh ekor A-Xian sebelum terpelanting entah ke penjuru mana.

A-Xian yang sedar kesilapannya terus tertunduk. Dia menyorokkan wajahnya ke dalam tangan dan baring di atas perutnya. Dua kaki dan sembilan ekor dibelakang pula dihamparkan macam tikar. Semakin hairan Yu Yue dibuatnya. Mana tidak, Yu Yue masih belum tahu identiti sebenar ibubapa A-Xian. A-Xian sendiri tidak pernah bertemu mereka. Macam mana orang lain nak tahu? Tambah lagi apabila semua orang fikir Shiehan seorang dewa. Memang mustahil untuk dia ada seorang anak.

A-Xian saat itu sama seperti anak terbuang. Yu Yue menggelengkan kepalanya sebelum mengusap kepala A-Xian bagi menenangkan kawannya itu. Walaupun tak tahu punca, dia masih cuba. Seketika kemudian, A-Xian kembali bertukar menjadi rupa seorang lelaki.

"Ah?! Dah kembali kepada asal!" jerit A-Xian, terkejut.

"Oh.. mungkin sebab Mika kini sudah tenang." balas Yu Yue.

A-Xian menghela nafas lega. Saat itu juga dia terfikir akan sesuatu lantas menarik kolar baju Yu Yue. Wajah Yu Yue kini berada sangat dekat dengan A-Xian sehingga bulu mata mereka bersentuhan. Rasa lembut dan geli membuatkan wajah Yu Yue bertukar merah dan hangat.

"Mana Mika menghilangkan diri hah?!" marah A-Xian.

Mana tidaknya, selepas dia sedar yang dia tidak boleh bertukar menjadi rupa lelaki, dia mencari Yu Yue untuk bertanya. Tapi walau macam mana dia cari di seluruh pelusuk Wilayah Beku mahupun di atas gunung tempat mereka belajar sekalipun, Yu Yue tidak ada. Bertambah sakit hati A-Xian. Di mana Yu Yue saat dia perlukan lelaki itu?!

"A-Xian, A-Xian! Terlalu dekat!" Yu Yue menutup matanya dan cuba memalingkan wajah namun tidak berani untuk bergerak secara berlebih-lebihan kerana takut jika dia tersentuh tempat lain.

"Hmph!" A-Xian mencampak Yu Yue jauh darinya dan tubuh lelaki itu jatuh bergolek.

Yu Yue menangis dalam hati. Selepas tidak diperlukan, campak macam buah busuk. Perangai A-Xian ni entah dari siapa dia ikut?

(A/N: Perangai Jiao Wu Ying 🤭)

Tap, tap, tap..

Ketika itu bunyi beberapa tapak kaki berjalan ke arah mereka menyebabkan A-Xian lantas menoleh. Yu Yue yang masih terbaring di atas lantai itu turut sama memandang ke arah yang dilihat oleh A-Xian. Shiruo dan dua orang yang baru dikenali oleh Yu Yue kelihatan mahu keluar ke ruang tamu istana. Tapi saat mereka bertiga ternampak Yu Yue dan A-Xian, mereka berhenti berjalan.

A-Xian memandang seseorang yang kelihatan lebih kurang sama dengan Shiruo. Dia pasti, itu adalah Shiehan. Ini kerana mereka berdua adalah kembar. Rupa mereka tidak jauh beza. Bonda yang dia rindu. Buat pertama kali dia melihatnya. Shiehan juga tidak sangka yang dia akan bertemu dengan A-Xian. Anak yang telah lama dia tinggalkan dalam jagaan Shiruo. Tapi apa yang boleh dia cakap sekarang? Sudah beribu tahun berlalu. Ini kali pertama mereka bersua muka. Bukan sekadar melihat dari jauh di mana A-Xian sendiri tidak tahu dia di situ.

Shiehan hanya mampu tersenyum. Dia tersenyum ke arah A-Xian sebelum memalingkan wajah dan kembali berjalan. Shiruo agak terkejut namun dia juga seperti Shiehan, tidak tahu apa yang patut dia bicarakan. Lantas dia mengikut langkah Shiehan. Jiao Wu Ying yang sejak awal memandang A-Xian tanpa perasaan terus berjalan pergi. A-Xian terkedu. Dia perasan akan pandangan tajam Jiao Wu Ying. Dewa Musang itu sangat menakutkan.

Apabila mereka bertiga telah hilang dari pandangan, kaki A-Xian yang mana menggigil sejak tadi terus lemah dan dia jatuh terduduk. Melutut dia di atas lantai sambil merenung jauh. Yu Yue lantas bangun dan mendekati A-Xian. Dia tak pasti apa yang berlaku namun mungkin A-Xian takut dengan Dewa Musang dan Dewa Keamanan? Yu Yue berfikir sejenak sebelum mengusap belakang A-Xian seraya memberikan semangat.

Langkah kaki Jiao Wu Ying terhenti saat mereka telah jauh dari balai menunggu. Shiehan dan Shiruo turut sama memalingkan wajah kerana hairan apabila Jiao Wu Ying tiba-tiba berhenti di belakang. Lama Dewa Musang itu berfikir. Tatkala matanya bertentangan dengan mata A-Xian tadi, sejujurnya dia terkesima. Rupa A-Xian semakin lama semakin sama seperti Shiehan. Sekali pandang saja dia juga sudah tahu bahawa anak musangnya itu kini sudah dewasa.

Walaupun dia banyak menyerupai Shiehan, tapi sepasang mata milik A-Xian itu tidak lain tidak bukan adalah dari Jiao Wu Ying sendiri. Sepasang mata musang yang sangat menggoda dan menarik hati sesiapa saja yang memandang. Malah tanda Vermilion di dahi A-Xian juga adalah daripada Jiao Wu Ying. Kini anak itu sudah dewasa, tanda lahir itu tidak lagi dapat membendung A-Xian. Dia akan terus membesar dan berkuasa. Mungkin satu hari nanti dia akan melepasi kuasa Jiao Wu Ying sendiri.

"Wuwu.." panggil Shiehan apabila dia sedar akan perubahan mood milik Jiao Wu Ying.

"Hmph.." Jiao Wu Ying menepis tangan Shiehan yang mana ketika itu cuba menyentuh pipinya. Dia kemudian berjalan keluar dengan sendirinya.

Terkejut? Ya, Shiehan sangat terkejut. Pertama kali dia ditepis sebegitu di mana Jiao Wu Ying dalam keadaan sedar.

"Kakanda jangan pedulikan lelaki tak guna tu." tegur Shiruo yang sejak awal memang tak puas hati dengan Jiao Wu Ying. Lengan bajunya digigit penuh perasaan. Sudah la mencuri Shiehan daripadanya, kini apa lagi yang dia nak ambil dari Shiruo? Kalau dia minta mahu menjaga A-Xian satu hari nanti, Shiruo tak akan benarkan!

Shiehan tersenyum hambar. Dia memandang kelibat belakang Jiao Wu Ying yang tegap dan lebih tinggi daripadanya. Sejak bila agaknya? Dia jatuh hati terhadap lelaki sombong itu. Musang yang terlalu penuh dengan ego diri sendiri. Terlalu pentingkan maruah diri sehingga tidak peduli tentang orang lain.

"Kakanda, tidak mahu berbual dengan A-Xian? Ini kali pertama dia berjumpa kakanda." tanya Shiruo, menukar topik.

"Berbual? Apa yang nak dibualkan? Kita..tak tahu." balas Shiehan sambil menggenggam tangannya. Ya, dia tidak tahu. Sebagai ibubapa, bagaimana cara dia mahu puaskan hati si anak? Dia tidak tahu. Dia sudah cuba tapi dia tidak pandai. Ibubapanya dahulu pun tidak pernah menjaga dia dan Shiruo. Orang yang bertanggungjawab menjaga mereka kembar adalah Shi Zhuming, pendeta terdahulu.

Kemahiran untuk menjadi ibubapa yang baik, Shiehan tak ada benda tu. Dia hanyalah seorang yang lemah dan tak mampu kawal perasaan sendiri. Kerana itu, dia jatuh. Jatuh di hadapan Jiao Wu Ying. Jatuh di hadapan A-Xian. Dia gagal untuk menjadi seorang isteri yang baik mahupun seorang ibu.

Isteri? Shiehan hanya mampu ketawa. Ini kerana tidak ada orang yang tahu melainkan Shiruo dan Dewa Takdir itu. Mereka yang lain semua fikir dia sebagai Dewa Keamanan asyik bermain-main dengan Dewa Musang. Tak ada orang tahu yang dia sebenarnya seorang dewi. Sekali lagi, dia gagal. Ibu? Macam mana dia mahu menjadi ibu apabila semua orang fikir dia dewa? Mustahil dewa akan menjadi seorang ibu. Mereka tak boleh melahirkan anak. Sekali lagi, dia gagal.

"Shiehan." Shiruo terdiam. Tidak mampu meneruskan apa-apa. Dia tahu, apa yang dia cakap sekalipun Shiehan tak akan dengar. Bagi Shiehan, dia tak layak menjadi ibu kepada A-Xian. Ibu yang telah tinggalkan anak sendiri dalam jagaan orang lain.

"Mika lebih sesuai jadi bonda A-Xian." ujar Shiehan sebelum berlalu pergi tanpa sempat Shiruo membalas.

Shiruo kaku. Dia memandang di hadapan yang kini kosong, tidak ada lagi kelibat Shiehan dan Jiao Wu Ying. Barangkali mereka meneruskan kerja mereka bagi membantu Pendeta Kayangan. Tapi ditinggalkan begitu saja dengan ayat Shiehan yang sebegitu buat hati Shiruo sakit dan terseksa.







The Demon Hunter (Completed)Where stories live. Discover now