Arc XIII - Alchipesto 4

360 33 7
                                    

Shen Mei mengheret A-Uin bersamanya untuk mencari jalan keluar dari dunia perpustakaan milik Jinlong tapi walau macam mana dia cari sekalipun, dia tak berjaya jumpa. Geram, anak matanya semakin mengecil dan membentuk garis lurus kerana marah. Warna anak matanya umpama bercahaya.

"Pfftt~ Heilong, cemburu?" ejek Jinlong sambil dia menyusur di udara, mengekori langkah Shen Mei dan A-Uin.

"Shen Mei, berhenti." A-Uin menarik tangannya dari pegangan lelaki itu. Dia mengeluh sambil memeluk tubuh.

"Xiao Huo~" Shen Mei mencebik dan wajahnya macam A-Uin yang bersalah. Sengaja minta simpati.

A-Uin menggigit bibir. Dia memandang Jinlong yang mana kini turut sama berhenti dan dia berada betul-betul di atas mereka.

"Jinlong, Mika panggil Kita ke sini untuk apa?" soal A-Uin.

"Hm, akhirnya ada orang yang boleh berfikiran rasional." Jinlong memerli Shen Mei.

"Ggrr~" taring Shen Mei yang tajam terkeluar dari celah bibirnya. Dia menyeringai ke arah naga emas itu. Sinis namun dalam masa yang sama dia bagai memberikan arahan supaya si naga emas menjauhkan diri dari A-Uin.

Sudah tentu, sikapnya yang terlalu possessive itu adalah antara salah satu karakteristik seekor naga. Jinlong hanya tersenyum.

"Heilong masih kecil, masih belum matang." ujar Jinlong.

"Gah?!" Shen Mei tersentak. Matanya membulat dan dia yang asalnya tadi berlagak, rasa macam kena pijak tiba-tiba.

"Hm. Apa yang Mika cakap tu benar." A-Uin mengiyakan dan mengangguk.

"Gah?!!" Shen Mei kali ini terus merudum jatuh semangatnya dan dia duduk di tepi penjuru sebuah rak buku sambil melukis bulatan.

"Bwahaha!! Pendeta Kayangan, jadi kau sedar. Kalau Heilong terus begini, dia tak akan dapat kalahkan Lan Qiandan." beritahu Jinlong, jujur. Semasa dia merasuk ke dalam tubuh A-Uin, dia telah mengetahui segala perkara yang berlaku melalui memori A-Uin sendiri.

"Dalam erti kata lain, Mika mahu tolong Kita?" A-Uin bertanya.

Shen Mei ditepi hanya mampu melihat Jinlong dan A-Uin berbual seolah-olah dia tidak wujud disitu. Terasa. Hatinya yang lembut bak tofu itu pecah berderai.

"Hm.. Beta tak cakap nak tolong. Tapi semuanya bergantung pada Heilong sendiri. Seekor naga selamanya tak akan matang dan membesar jika mereka tidak menjalani Upacara Kebesaran, Guan Li. Upacara ini dilakukan oleh naga yang telah matang dengan memberikan bebola tenaga kuasa mereka yang dikait dengan sisik naga. Naga yang menjalani upacara ini kemudiannya menelan bebola tenaga tersebut sebelum tidur di dalam kepompong yang dibuat sendiri selama tiga hari. Selepas itu, mereka akan dilahirkan semula sebagai naga yang telah matang." terang Jinlong dengan sabar.

A-Uin mengangguk. "Tapi, selain Shen Mei, tak ada lagi naga lain yang wujud." tambahnya. Seketika kemudian A-Uin menunjuk ke arah Jinlong. "Kecuali Mika."

Jinlong ketawa. "Sebab itu Beta cakap, semuanya bergantung pada Heilong sendiri. Sejujurnya, untuk Beta melihat naga hitam.. hahah!! Beta sendiri tak sangka ia wujud!"

Kening A-Uin terangkat sebelah. "Kenapa Mika cakap begitu?"

"Hm, sebabnya naga hitam hanya akan dilahirkan jika langit mahu menurunkan hukuman atau mahu menghancurkan dunia. Naga hitam yang matang mampu membunuh dewa dan dewi. Mereka mampu menghancurkan dunia dengan mudah. Kuasa mereka memang khas untuk kehancuran. Disebabkan itu, naga hitam digeruni di kalangan naga sendiri. Heilong, nampaknya kali ini dia lahir dari kuasa seorang Dewa Agung yang benar-benar mahukan keamanan dunia." terang Jinlong lagi. Atau kehancuran dunia, namun perkara itu hanya disambung di dalam fikirannya.

Mulut A-Uin terbuka sedikit sebelum kembali tertutup. Dia rasa dia tahu banyak perkara dari naga emas tersebut. Patutlah dia digelar Pendeta di masa dahulukala. Lihat saja dunia luas yang dipenuhi oleh buku ini. Barangkali semua ilmu ada disini.

"Oi, dah habis berbual ke?!" Shen Mei mencebik. Bibirnya dimuncungkan, merajuk.

"Shen Mei, kalau Mika tak kisah.. apa kata Mika benarkan Jinlong untuk lakukan Guan Li untuk Mika?" cadang A-Uin tanpa segan silu.

"Ha?! Bergurau ke?! Tengok la muka dia tu, nampak sangat tak ikhlas!" Shen Mei melenting sambil menuding jari ke arah Jinlong.

Jinlong tersengih. "Oh? Kami pun tak ingin kalau kamu tak mahu!"

Shen Mei mengetap gigi. A-Uin yang mendengar mengeluh sambil menekup sebelah muka dengan tangannya dan dia menggelengkan kepala.

"Shen Mei, dengar sini. Kita perlukan Mika untuk hapuskan Lan Qiandan. Faham? Tanpa Mika, Lan Qiandan tak akan berjaya dibunuh." terang A-Uin satu per satu umpama menerangkan rancangan tersebut pada anak kecil.

"Ha?! Aku bukan budak-budak, benda kecil macam tu aku boleh faham!" Shen Mei menggenggam erat tangannya. Kenapa semua orang layan dia macam dia bodoh tak tahu apa-apa? Ego miliknya tinggi menggunung. Shen Mei dapat rasa tubuhnya yang mana semakin lama semakin panas.

Marah? Untuk apa dia marah?

Ah..

Kerana naga emas yang tiba-tiba muncul dan heret A-Uin ke dalam dunianya. Kerana naga emas yang tiba-tiba rampas A-Uin dari dia.

Shen Mei rasa tak puas hati.

"Pfftt~ Pendeta, tak perlu terangkan pada 'budak' ni." Jinlong sengaja. Ya, dia sengaja menambah minyak pada api yang sedang marak. Hanya dengan cara begini saja dia dapat buat Shen Mei bersetuju. Ego seekor naga terlalu besar dan tinggi. Tak mungkin jatuh dengan mudah kecuali di provok atau menggunakan tipu helah.

"Hah?! Siapa budak?!" Shen Mei kali ini memandang Jinlong berhadapan. Matanya mencerlung tajam. Anak matanya bertukar menjadi segaris nipis, macam ular pemangsa melihat mangsanya.

"Heh.." Jinlong sinis tersengih.

"Ggrr!! Baiklah! Kalau kau nak sangat buat Guan Li tu, buat la!! Ingat aku kisah? Hmph!" Shen Mei menyilangkan dua tangannya di dada.

"Oho? Tapi dengan satu syarat." Jinlong bersuara.

"Apa syaratnya?" A-Uin kali ini memilih untuk menyoal. Tak boleh harapkan Shen Mei yang melancarkan mogok.

"Beta tak boleh bergerak bebas dengan tubuh ini. Jadi Beta perlukan 'tubuh' baru." beritahu Jinlong.

A-Uin mengangguk, faham. "Baik. Mika boleh gunakan tubuh Kita." laju saja dia bersetuju.

Shen Mei yang mendengar terkejut. Dia belum sempat cakap apa-apa bila Jinlong terlebih dahulu ketawa dan masuk ke dalam badan A-Uin.

"Ahaha!!! Akhirnya!! Akhirnya Beta berjaya!!" Jinlong melihat kedua belah tapak tangan A-Uin. Rambut si pendeta kini berubah kuning keemasan dan matanya bersinar seperti seekor naga. Di mata Shen Mei, A-Uin kini kelihatan seperti watak penjahat dalam cerita di Dunia Manusia.

"Xiao Huo?! Tidak!!" Shen Mei rasa nyawanya bagai terkeluar dari mulut. Dia jatuh terduduk di atas lututnya. Kenapa dia rasa macam baru saja dikalahkan oleh 'penjahat' ni?

"Ohoho!! Baiklah! Mari kita mulakan Upacara Kebesaran ni! Ah, tapi sebelum tu.. Beta lapar." Jinlong bersuara sambil mengusap perutnya. Dah berapa tahun berlalu sejak kali terakhir dia makan? Kini dia akhirnya dapat 'tubuh' untuk bergerak bebas, apa salahnya kalau dia makan banyak sikit?

"Oi!!" Shen Mei umpama dapat mendengar suara jahat dalam minda Jinlong. Kalau makan terlebih nanti Xiao Huo dia gemuk!! Tidak!! Walaupun A-Uin yang gemuk, Shen Mei mungkin boleh terima. Tapi kalau Jinlong punya kerja, dia tak rela!









The Demon Hunter (Completed)Where stories live. Discover now