Arc IV - Pertemuan 4

488 49 14
                                    

"Yu Yue!!!!"

Sebelum sempat tangan Lui Yen mengenai tubuh Yu Yue, seseorang serba putih muncul dihadapannya dan sesaat kemudian tubuh Dewa Angin itu melayang dan bergolek beratus meter dari mereka semua dan asap kelabu berkepul di udara membentuk satu letupan kecil.

Seorang lagi lelaki muncul dan dia menunjukkan taringnya ke arah Lui Yen dengan tangan yang kini lekat darah merah milik Lui Yen. Kukunya panjang dan matanya yang merah menampakkan kontra si lelaki dengan rupanya yang putih mulus.

"Wuwu, jangan berkasar dengan dia. Lui Yen masih belum sedar. Dia masih terkejut dengan kematian Dewi Bulan." tegur seseorang serba putih yang melindungi Yu Yue tadi.

"Eheh.. tapi dia dah naikkan tangan pada keluarga Kita. Mahu atau tidak, Kita akan pastikan dia balik dengan separuh badan." Jiao Wu Ying tersengih ke arah Shiehan.

Shiehan mengeluh sambil mengurut dahinya. Tidak tahu apa lagi yang patut dia lakukan bagi menasihati si suami yang sudah 'gila'. "Apa pun, biar Tianzi yang uruskan. Wu Tian dan Tang Zhi dalam perjalanan."

"Mn." Jiao Wu Ying menjawab acuh tidak acuh dan mula menghilang sebelum muncul dihadapan Lui Yen.

Dewa Angin itu diangkat sebelah tangan dan kedua belah tangannya ditarik ke belakang bagi mengunci sebarang pergerakan. Jiao Wu Ying kemudian menggunakan magik sumpahan dan beberapa rantai besi yang bercahaya merah mengikat Lui Yen sebelum Dewa Angin itu dipasung ke udara dengan rantai besi tersebut.

"Yu Yue, kamu tak apa-apa?" kini Shiehan menoleh ke arah Yu Yue selepas memastikan keadaan kembali terkawal.

Yu Yue diam. Matanya merenung orang yang berpakaian serba putih dihadapannya itu. Rambutnya yang panjang dan putih umpama salju itu menarik perhatian Yu Yue. Mata biru yang sangat cantik dan begitu penuh dengan kelembutan. Jantung Yu Yue terasa bagai terhenti sesaat. Teringat akan seseorang. A-Xian. Sedang dia asyik merenung, Jiao Wu Ying muncul dibelakang Shiehan dan menarik Dewa Keamanan itu ke dalam pelukannya. Mata merahnya tajam menikam ke arah Yu Yue.

"Apa Mika pandang? Huh?" soal Jiao Wu Ying.

Yu Yue meneguk liur. Menggigil saat aura Dewa Musang itu dikeluarkan bagi menakutkan Yu Yue. Jiao Wu Ying memang sengaja.

Pap!

Pipi Jiao Wu Ying ditampar oleh Shiehan sebelum telinga dewa itu ditarik.

"Jangan nak buli Yu Yue! A-Xian akan menangis nanti!" marah Shiehan.

"Wuuuu~ sob sob.." Jiao Wu Ying menangis dengan air mata buaya. Sakit telinganya dipiat.

"Dewa Musang... dan Dewa Keamanan? Kita berjumpa lagi." ketika itu, Shen Mei mencelah.

Kini semua perhatian beralih arah kepada Shen Mei. Jiao Wu Ying dan Shiehan memandang ke arah Shen Mei.

"Oh, Demon Hunter." tegur Shiehan. Kenal kerana mereka ditangkap oleh lelaki itu saat memecah masuk ke Diyu.

"Terima kasih." ucap Shen Mei, ikhlas. Sejujurnya kalau Shiehan dan Jiao Wu Ying tidak ada, dia sendiri tak pasti jika dia mampu selamatkan Yu Yue.

"Dewa Musang? Dewa Keamanan?" Yu Yue memandang dua orang dihadapannya itu kini dengan mata yang membulat besar.

Shiehan menutup mukanya dengan sebelah tapak tangan. Sudah biasa orang memanggilnya dewa. Lagipun tak ramai yang tahu dia sebenarnya dewi. Pedulikan.

"Apa yang terjadi?" soal Guron sambil tampil ke hadapan. Dia melihat ke arah Dewa Angin yang dipasung oleh Dewa Musang dengan kerutan di dahi.

"Dewi Bulan telah dibunuh oleh mahkluk Diyu menggunakan pedang Demon Lord. Sekarang suasana kucar kacir. Mereka dari Kayangan fikir Dunia Kegelapan telah mengkhianati mereka. Tapi mujurlah perkara ini cuma diketahui oleh mereka di barisan hadapan sahaja. Tianzi tidak mahu semua orang tahu atau keadaan akan bertambah tegang." terang Shiehan.

"Pedang Demon Lord?! Sejak bila Tuanku ada pedang?" tanya Dajin sambil memandang ke arah Shen Mei. Selama dia bersama Shen mei, sudah banyak kali dia bertemu Lan Zhong Yi. Tidak pernah dia lihat raja itu menggunakan pedang. Lebih banyak bercinta dengan isterinya adalah.

"Tuanku tak gunakan sebarang senjata." balas Shen Mei. Entah mengapa dia rasa tidak sedap hati. Awalnya tentera mereka telah dihalang untuk tiba ke medan perang tepat pada masanya. Kini Demon Lord dituduh membunuh? Siapa yang mahu mencetuskan perang sampai macam ni sekali? Sudah cukup dengan kes Dewa Laut Hitam yang masih belum selesai walaupun dah mati, tambah lagi dengan Dewa Qilin dari Kayangan yang sudah hilang...

"Kita tak tahu. Pendeta Kayangan telah ke Diyu bagi berbincang dengan Demon Lord. Kami semua menanti berita darinya. Tapi Pendeta masih belum pulang hingga kini." Shiehan bersuara sambil menggelengkan kepalanya.

Shen Mei diam seketika. Pendeta? Perempuan kecil yang dilihatnya sebelum ini bersama dengan Lan Zhong Yi? Namun dia tidak dapat melihat dengan jelas kerana memorinya samar-samar. Ini kerana dia telah pengsan selepas itu. Bila sedar saja dia dan Dajin terus berangkat untuk bertemu Guron. Apa yang berlaku pada Pendeta itu, dia tidak tahu. Dia tidak nampak perempuan kecil itu selepas dia sedar.

Saat fikirannya melayang mengingatkan A-Uin, dia dapat rasakan sesuatu pada dadanya. Jantungnya mula berdegup kencang. Ada sesuatu yang dia lupa. Namun apa yang dia lupa, Shen Mei tak pasti. Xiao Huo? Dia bagai mengingati nama seseorang. Namun siapa? Dia tidak tahu. Keliru.

"Tuan Shen?" panggil Guron apabila perasan akan perubahan riak wajah Shen Mei.

"Kalau Pendeta Hua Shi Yuen yang kau maksudkan, General ada beritahu yang dia sedang lakukan tugas dari Demon Lord." kali ini soalan Shiehan dijawab oleh Dajin.

"Hua Shi Yuen?" dahi Shen Mei berkerut seribu ketika mendengar nama itu. Nama yang asing namun wajah yang muncul di dalam memorinya menunjukkan bahawa dia mengenali individu tersebut.

Tidak.. lebih kepada dia mengenali siapa di sebalik rupa wajah Pendeta itu. Xiao Huo.

Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo Xiao Huo

Siapa?

Akhirnya Shen Mei tidak dapat menahan rasa sakit yang menyerang kepalanya lantas suhu badannya yang memang sejak awal agak tinggi, semakin menaik. Wajahnya bertukar merah dan dia mula terhuyung-hayang. Dajin memandang Shen Mei dengan pelik. Masih demam? Dia lantas memegang kedua belah bahu Shen Mei.

"Tuan Shen?" panggil Dajin.

Buk!

Tubuh Shen Mei jatuh ke dalam pelukan Dajin. Tidak lagi menyedarkan diri. Shiehan lantas mendekati Dajin yang kini perlahan-lahan dan duduk seraya memeluk Shen Mei yang telah pengsan sekali lagi. Kepala lelaki itu dibaringkan ke atas pahanya.

"Kenapa dengan dia?" soal Shiehan.

Guron dan Yu Yue lantas turut sama mendekati bagi melihat apa yang berlaku.

"Masih tak sihat?" Yu Yue menyoal sambil dia melutut ke bawah dan merasa dahi Shen Mei. Masih panas.

"Demam?" Shiehan memandang ke arah Yu Yue. Si musang hitam mengangguk.

Jiao Wu Ying yang sejak tadi berdiam diri mula membuka mulut apabila dia perasan akan sumpahan pada tubuh Shen Mei.

"Dia bukan demam." ujar dewa itu dengan selamba. "Dia diracun."

Kali ini semua mata dialihkan ke arah Jiao Wu Ying.









The Demon Hunter (Completed)Where stories live. Discover now