A-Uin sudah menerima utusan dari Diyu tentang pasukan regimen yang dihantar oleh General milik Demon Lord ke sempadan dunia mereka. Walaupun dia tahu, tetapi pasukan tersebut mengambil masa yang lama untuk sampai! A-Uin menggenggam surat di dalam tangannya sehingga renyuk. Sudah tiga hari perang berlansung. Pasukan pemberontak dari kumpulan Dewa Laut Hitam masih mengganas. Walaupun dewa yang mereka berkhidmat tidak lagi wujud tetapi mereka masih melakukan kekacauan.
Bang!
Tempat letak tangan di kerusinya itu ditumbuk. A-Uin bangun dari kerusinya dan menarik nafas sebelum menghelanya untuk bertenang. Dia tak boleh tewas. Dia merupakan pendeta kayangan sekarang ni. Dia tak boleh harapkan apa-apa. Ini kerana penduduk kayangan yang berharap padanya. Tugas pendeta adalah melindungi takdir dewa dan dewi serta penduduk dunia. Itu adalah pesan terakhir gurunya, pendeta Shi Zhuming sebelum meninggal dunia.
"Jangan risau. A-Uin akan cuba lakukan yang terbaik." bisik A-Uin sebelum berjalan keluar ke Istana Wilayah Beku.
Dewa Takdir Manusia, Hua Disung, berada di balairung seri seperti yang sudah dia agak. Ayahandanya sedang berbicara dengan bondanya, Permaisuri Wilayah Beku.
"Ayahanda, Bonda, ada sesuatu yang perlu A-Uin beritahu." tegurnya seraya mematikan perbualan antara Shiruo dan Hua Disung.
"A-Uin, ada apa?" soal Shiruo sambil tersenyum manis. Jarang sekali anaknya itu keluar dari kediamannya, di bangunan yang hanya boleh dimasuki oleh pendeta.
Surat yang telah renyuk tadi dibuka kembali oleh A-Uin dan diratakan sebelum diberi pada Hua Disung dan Shiruo. Surat tersebut kemudian beralih tangan dan dibaca.
"Ah, jadi mereka menghantar pasukan dari kem pertahanan di bahagian timur Dai Diyu? Lagipun kawasan itu paling dekat dengan sempadan." Shiruo mengangguk sambil meneliti isi surat.
"Tapi kalau betul, sepatutnya mereka sudah sampai dua hari yang lepas? Perang di bahagian barisan hadapan tak akan mengalami kesulitan sebegini. Sudah tiga hari sejak perang bermula. Mereka khianati perjanjian dengan Kayangan?" Hua Disung berkerut.
"Tak mungkin. Demon Lord Lan Zhong Yi bukanlah jenis yang akan khianati sesuatu perjanjian." Shiruo menafikan kenyataan tersebut.
"Tapi kalau dunia sebelum ini pun dia hancurkan, apa yang Mika harapkan dari dia?" perli Hua Disung.
Shiruo mengetap bibirnya. Suaminya yang seorang ni memang bencikan Dunia Kegelapan. Baginya kematian Dewa Agung Fu Hann Li adalah kerana pengkhianat yang melarikan diri ke Diyu. Hanya kerana itu dia mempersalahkan semua Dunia Kegelapan. Hingga kini dia masih dengan sikapnya yang beku terhadap mereka yang berasal dari Diyu atau pengkhianat. Pantang dengar perkataan 'khianat'.
"Salah. Tentu ada sesuatu yang berlaku di kem pertahanan bahagian timur Dai Diyu." A-Uin kemudian membuka mulut bagi membetulkan andaian kedua ibubapanya.
"Sesuatu? A-Uin ada berita tentang ini?" tanya Shiruo. Mukanya berubah reaksi kepada risau.
"Mn. Sebab tu la Kita datang ke sini, untuk beritahu yang Kita akan ke Dai Diyu. Hanya Pendeta sahaja yang boleh bergerak bebas antara Tiga Alam Dunia jadi Kita mahukan jawapan dari Demon Lord. Surat utusan darinya masih belum tiba. Kalau benar ada sesuatu yang berlaku, lebih baik perkara tersebut diselesaikan dengan cepat." cadang A-Uin.
Hua Disung memandang A-Uin tajam. "Tak boleh." tegasnya.
"Mika.. Jangan begini." pujuk Shiruo.
"Ayahanda, Kita seorang Pendeta kini. Ayahanda tak ada kuasa untuk halang. Kita juga tak perlukan kebenaran sesiapa." A-Uin juga tak mahu mengalah. Dia mengetuk tongkatnya pada lantai dan saat itu cahaya seperti riak air terbentuk di bawah tapak kakinya. Selepas itu cahaya tersebut menyelubungi A-Uin. "Kita minta diri dulu." ujarnya sebelum menghilang seperti kabus di waktu pagi.
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Fiction Historique#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...