Ah Yin memandang dua orang yang sedang membuat hal sendiri di meja masing-masing. Sedikit pun tak berikan tumpuan pada pembelajaran kelas. Tapi bila dah bersama buat masa yang lama, Ah Yin dah tak ambil peduli.
"Ujian tak lama lagi akan berlansung di Wilayah Tengah." Ah Yin berpesan.
"Hm." Yu Yue membalas pendek. Dia sibuk melukis di atas kertas.
"Jangan lupa buat yang terbaik." pesan Ah Yin lagi.
"Hm." kali ini A-Xian pula yang bersuara. Dia sibuk mengasah kukunya.
Ah Yin mengeluh.
"Ah Yin, janganlah masam sangat. Mika ni terlalu risau." A-Xian tersenyum.
"Betul." Yu Yue mengiyakan.
"Xiao Wangzi, jangan sentiasa setuju dengan A-Xian. Sekali sekala kena ada pendapat sendiri." bebel Ah Yin.
"Tapi A-Xian sentiasa betul." beritahu Yu Yue tak mahu kalah.
"Eheh.." A-Xian tersengih.
Sekarang Ah Yin pasti pengaruh buruknya dari siapa tapi nak tegur pun dah tak berguna.
"Janganlah sedih Mika ni. Mari, mari. Pakai baju ni." saat itu A-Xian mengeluarkan sesuatu dari bawah meja.
Ah Yin terdiam. Wajahnya tidak ada sebarang reaksi.
"Tu baju perempuan." tegur Ah Yin yang mana saat itu fikir A-Xian telah salah pilih pakaian.
"Ahaha!" Yu Yue ketawa.
"Marilah cuba." pujuk A-Xian sambil menarik Ah Yin ke arahnya.
Sesaat kemudian, barulah Ah Yin tersedar akan bahaya yang mendatang. Pembulian dua ekor musang ini lebih teruk dari yang dia sangka. Tidak, lebih tepat pembulian mereka semakin lama semakin teruk. Dia faham mengapa semua cikgu larikan diri dari dua mahkluk ini. Mahu atau tidak, Ah Yin tidak lagi dapat lari.
Beberapa minit selepas itu, dia telah ditukarkan ke dalam baju merah yang sangat cantik. Cermin mata monocle miliknya telah hilang entah ke mana saat dia bergelut dengan dua ekor musang itu. Tubuhnya yang agak kecil pada siang hari membuatkan baju yang dipakai agak besar namun sedikit pun tidak mencacatkan rupanya.
"Fiuh~!" Yu Yue bersiul kecil.
"Eheh.. Ah Yin memang sangat cantik. Macam perempuan." puji A-Xian dengan senyuman lebar.
Wajah Ah Yin berona merah. Bukan pujian yang dia mahu. Lebih teruk, baju itu adalah baju pengantin perempuan. Sedang dia berasa malu diperlakukan sebegitu rupa, Yu Yue menarik tangan Ah Yin dan dibuka tapak tangannya. Lalu cermin mata monocle miliknya diletakkan ke atas tapak tangan oleh Yu Yue. Ah Yin mendongak untuk melihat Yu Yue yang berdiri dihadapannya memandangkan dia sedang duduk di atas kerusi.
"Yin Gege punya." beritahu Yu Yue sambil tersenyum.
"Ah.. Terima kasih." balas Ah Yin. Terkedu sekejap.
Jadi musang ni pun boleh jadi budak baik juga. Ah Yin mengangguk kepada fikirannya sendiri. Tapi untuk fikir Jiao Shi Xian, anak kepada Dewa Musang dan Dewi Keamanan untuk menjadi budak nakal.. Ah Yin hanya mampu mengeluh. Selain itu, Huo Yue Ran, anak kepada musang putih berekor sembilan rank 12 dan Dewa Pahlawan Manusia itu turut sama ikut jadi macam Jiao Shi Xian..
Sekali lagi Ah Yin mengeluh. Walaupun tak ramai yang tahu sebenarnya Raja Qin Yian itu merupakan Dewa Pahlawan Manusia, anak dewa tetap anak dewa. Yu Yue memalukan seluruh ahli keluarganya dengan sikapnya yang seperti itu. Entah apa dua ekor musang ini fikirkan pun Ah Yin tak pasti. Membuli guru mereka setiap hari dan langsung tak menunjukkan minat untuk belajar.
"Hahh.." Ah Yin mengeluh lagi untuk kali yang ketiga sebelum akhirnya tersenyum lemah.
A-Xian dan Yu Yue terkedu. Kenapa Ah Yin tak marah? Kenapa cikgu ini tidak marah pada mereka? Bukankah selalunya mereka akan dimarahi macam cikgu yang lain? Semua guru mereka sama saja. Jadi kenapa.. Kenapa?! Walaupun A-Xian mahu Ah Yin jadi kawan mereka, maksud dia pada Yu Yue adalah membuli. Sama macam guru mereka yang sebelum ini.
Akhirnya Yu Yue dan A-Xian yang telah hilang minat itu keluar dan meninggalkan kelas mereka. Ah Yin mengetap bibir. Susahnya nak jaga anak yang bermasalah. Dia kemudiannya turut keluar tidak lama selepas itu. Untuk apa dia terus berada di dalam kelas tanpa anak murid? Sampai di satu tempat bersalji, dia berhenti berjalan.
Rupanya yang seperti budak itu kemudian bertukar menjadi rupa asalnya. Wajahnya tidak terlalu dewasa dan tidak terlalu kanak-kanak. Seperti remaja 19 tahun kalau ikut dunia manusia. Ini adalah rupa asal Ah Yin. Dia yang sudah mampu mengawal kuasanya tidak ada sebarang masalah untuk bertukar rupa. Cuma di malam hari, dia lebih suka biar dirinya nampak dewasa dan di siang hari nampak seperti budak.
Tidak seperti Yu Yue dan A-Xian yang lebih tua dari Ah Yin, musang itu kelihatan seperti orang berumur 20-an dalam dunia manusia. Baju yang dipakai oleh Ah Yin kini sudah muat dengan tubuhnya. Tidak lagi longgar. Baru dia rasa selesa. Walaupun dia lupa yang dia masih memakai baju pengantin yang diberi oleh A-Xian tadi, dia masih berjalan-jalan tanpa arah tuju.
Saat itu matanya menangkap kelibat seekor arnab putih dalam timbunan salji. Langkah kaki Ah Yin terhenti. Dia memandang kiri dan kanan jika dirinya telah melangkah ke Wilayah Qin Yian. Mana tahu, dia berjalan sudah jauh. Wilayah Qin Yian hanya di sebalik bukit belakang bangunan institusi belajar. Apabila dia pasti bahawa Wilayah Qin Yian masih jauh dari situ, tahulah dia bahawa arnab itu telah tersesat.
Ah Yin boleh mendengar suara hati arnab sejak kecil kerana kuasa ibunya yang merupakan Dewi Bulan. Jangan tanya kenapa dia ada kuasa ni. Selain itu dia juga boleh mendengar suara angin. Jadi dia mengangkat arnab putih itu keluar dari timbunan salji dan direnungnya haiwan berbulu itu. Comel.
"Mika sesat?" soal Ah Yin sambil arnab itu diangkat separas mukanya.
"Kita sedang menunggu."
Ah Yin terkejut. Tak sangka akan arnab itu yang akan menjawab soalannya.
"Oh. Mika tunggu siapa?" tanya Ah Yin lagi sambil meletakkan arnab itu ke atas lengannya dan dipeluk dekat dengan dada.
"Tuan yang menjaga Kita. Mereka masih belum pulang." balas arnab itu dalam fikirannya.
"Hm. Mika dari mana? Siapa tuan Mika tu? Mana tahu Kita boleh tolong carikan?" cadang Ah Yin. Dari dia sibuk dengan musang tak sedar diri, lebih baik dia jaga arnab.
"Dua orang lelaki. Seorang lelaki bertopeng dan seorang lagi lelaki cantik." arnab itu setia menjawab segala pertanyaan Ah Yin.
Ah Yin berfikir sejenak. Lelaki bertopeng dan lelaki cantik? Ada ke di kayangan ni orang macam ni?
"Dah berapa lama Mika tunggu?" Ah Yin menyoal lagi untuk kepastian.
"Tak pasti. Sudah lama. Bila sedar saja Kita sudah berada di sini." jawab arnab tersebut.
Ah Yin terdiam. Jika benar apa yang dikatakan, bermaksud arnab itu telah lama mati. Haiwan yang telah mati akan kembali ke kayangan sebagai ruh. Jika ruh ini berjaya mendapatkan kuasa dengan meditasi, ia akan menjagi magical beast atau demon beast. Namun proses ini mengambil masa yang sangat lama. Lebih 1000 tahun. Arnab di dalam pelukan Ah Yin kini merupakan magical beast rank 1.
Sudah lebih 1000 tahun dia berada di situ menanti orang yang tak akan datang sehingga tidak sedar dirinya juga telah lama mati. Kasihan.
"Baiklah. Sementara Mika tunggu tuan Mika, apa kata Mika duduk bersama Kita? Tak adalah Mika bosan?" Ah Yin tersenyum. Bukan apa, dia cuma tak sampai hati nak cakap bahawa manusia yang ditunggu oleh arnab itu telah lama meninggal dunia.
YOU ARE READING
The Demon Hunter (Completed)
Historical Fiction#BOOK 3 (DUNIA KEGELAPAN) siri tiga alam dunia.. Aku penat. Kau tenat. Kita sama-sama rehat. Kau bising. Aku pusing. Kita sama-sama pening. ********* "Xiao Huo.. Xiao Huo.." ---- Hei Long. "Berhenti panggil Kita macam tu!" ---- A-Uin. "Ah Yin! Pakai...