Arc IX - Godaan 4

390 34 15
                                    

Xiao Tu melilau di jalanan dan lorong-lorong dengan pandangan kosong pada matanya. Macam orang yang dah putus harapan. Dia tak mahu hidup tapi entah kenapa nyawanya liat betul nak mati. Dia putus asa tapi kenapa dia masih hidup? Perlu ke dia terus diseksa sampai macam ni sekali? Apa salah dia?

Di jalan dan lorong yang sunyi, dia dibuli. Lelaki-lelaki tak guna yang ternampak dia akan rakus meratah Xiao Tu sebelum ditinggalkan begitu sahaja. Pakaian tak ubah macam pengemis jalanan. Kenapa? Kenapa? Dia nak mati!

Lalu pisau lipat yang dijumpai di tong sampah mula ditoreh pada lengan. Toreh, toreh, toreh! Potong, potong, potong! Tikam, tikam, tikam!

"Ahahahah!!!" Xiao Tu ketawa. Matanya bertukar merah. Penat menangis. Kering air mata.

Pandangannya semakin kabur.

"Xiao Tu?! Xiao Tu!!" jeritan seseorang samar-samar kedengaran.

Tubuhnya melayang jatuh dan tersembam di atas jalan. Matanya kosong tanpa sebarang perasaan. Semuanya dah hilang. Dah hilang.

Perasaan? Apa tu?

.
.
.

Bila matanya dibuka, dia melihat sekeliling yang putih bersih sebelum pandangan mata menjadi jelas. Syiling dan dinding serba putih. Dia melihat sekeliling. Dalam hospital? Kenapa dia tak mati?! Kenapa?!

"Xiao Tu? Baguslah..awak dah sedar.." suara seseorang yang sama menjerit memanggil namanya.

Xiao Tu menoleh ke sisi. Siapa?

"Xiao Tu.. awak ingat saya lagi?" soal Guang Yin dengan senyuman lemah di bibir.

"Nama saya Guang Yin." tambah lelaki itu.

Guang Yin? Guang Yin. Ahh.. Guang Yin. Hanya sebab dia menyebut nama lelaki itu, dia dirogol oleh Yu Dan. Kemudian dia dilayan macam hamba oleh Mei Li hanya kerana dia mempunyai perasaan terhadap Guang Yin. Kini keluarga Qing telah musnah, suaminya telah meninggal dunia dan dia menjadi pengemis di jalanan.. semuanya kerana lelaki bernama Guang Yin!!!!

"Xiao Tu.." panggil Guang Yin sambil menyentuh tangan gadis kesayangannya namun ditepis oleh Xiao Tu.

"Siapa kau?!" soal Xiao Tu kasar.

Guang Yin terkedu. "Awak.. tak ingat?" soalnya.

"Pergi!!! Pergi dari sini!! Aku nak mati!!!" jerit Xiao Tu secara tiba-tiba.

Dia melompat turun dari katil dan mencabut semua wayar yang melekat pada tubuhnya. Darah merah memancut keluar dari jarum yang dicabut keluar.

"Xiao Tu?!" Guang Yin panik. Dia terus menekan butang kecemasan di dalam bilik rawatan itu.

Jururawat dan doktor semua masuk ke dalam bilik dan cuba menenangkan Xiao Tu. Apabila tidak berjaya, doktor telah memberikannya suntikan ubat penenang. Akhirnya dia kembali pengsan. Guang Yin terduduk di atas sofa di dalam bilik rawatan tersebut. Wajahnya keruh. Dalam hatinya penuh dengan pelbagai spekulasi.

Xiao Tu bencikan dia? Adakah kerana dia terlambat? Xiao Tu sengaja buat-buat tak ingat dia? Atau Xiao Tu memang tak ingat dia? Kenapa gadis kesayangannya mahu membunuh diri? Apa yang berlaku sebenarnya sebelum ini? Melihat doktor dan jururawat yang telah keluar, kini bilik rawatan itu kembali sunyi dengan hanya dua orang di dalamnya.

Guang Yin kembali mendekati Xiao Tu di atas katil. Tangan gadis itu diambil dan lengan baju diselak. Jelas kelihatan parut dan luka. Kulitnya bukan lagi putih mulus macam dulu. Jantung Guang Yin rasa bagai terhenti untuk sesaat. Dadanya sesak untuk bernafas. Dia beranikan diri dan menyelak pula baju Xiao Tu. Perut gadis itu terdedah. Kesan lebam, parut dan luka yang lama serta baru semakin menambah rasa sakit dalam hati Guang Yin.

The Demon Hunter (Completed)Where stories live. Discover now